•9•
Yoona melangkah keluar dari bilik air apabila dia selesai melabur. Tangannya yang basah dilap menggunakan tisu lalu tisu itu dibuang ke dalam tong sampah.
Langkah diatur menuju ke kelas.
Dalam perjalanan ke kelas, langkah Yoona terhenti apabila ada seorang lelaki yang menghalang laluannya.
Yoona mendongakkan kepalanya untuk melihat siapakah lelaki itu.
Bulat mata Yoona melihat lelaki itu. Rupa-rupanya Changkyun si Playboy itu.
"Yoona, aku suka kau.." Ucap Changkyun tanpa ragu-ragu.
Badannya ditolak ke dinding lalu Changkyun mengunci pergerakan Yoona agar tidak lari.
"Kau memang tak faham!! Aku kata tak suka, tak sukalah!!!" Marah Yoona.
Dia mengumpulkan sekuat tenaganya lalu menolak badan Changkyun hingga Changkyun terdorong ke belakang.
Tanpa berfikir panjang dia terus berlari meninggalkan Changkyun yang sudah tersenyum sinis.
"Jual mahal dengan aku nampak." Tak apa Yoona aku akan dapatkan kau walaupun terpaksa guna cara kasar."
******************************
Deringan telefon milik Puan Kim berbunyi. Tanpa melihat siapa pemanggil terus diangkat.
"Are you miss me my mom??"
"Namjeen!!! Anak sulung mama!!"
Puan Kim sedikit sebak kerana sudah lama tidak mendengar khabar anak sulungnya.
"Mama..Nam dah nak sampai rumah ni.. jangan lupa sambut.."
" APA!? Dah nak sampai??"
Namjeen hanya gelak.
"Kamu suka balik mengejut macam ni.."
Memang sudah menjadi kebiasaan bagi seorang lelaki bernama Kim Namjeen. Pulang secara mengejut. Katanya supaya 'suprise'.
Pernah dia kata hendak pulang, tiba-tiba sudah terpacak dihadapan rumah. Hampir tercabut jantung mamanya
"Kalau macam tu mama masak makanan kegemaran kamu ye.."
Kata Puan Kim lalu meletak gagang telefon. Hatinya berbunga-bunga tidak sabar untuk menyambut kepulangan anak sulungnya.
***
Hidangan makan malam sungguh berbeza dari malam sebelumnya kerana menyambut kepulangan Namjeen dari Jepun.
Namjoon pula mempamerkan riak biasa. Bukan tidak gembira malah dia sangat rindu akan abangnya. Tetapi sikap abangnya yang suka mengusiknya sehingga menyebabkan sakit hati membuatkan dia tidak gembira.
"Joon, Yoona mana?" Tanya Puan Kim.
Namjoon tersedar dari lamunannya. Baru hendak bersuara, Namjeen memotong.
"Yoona? Siapa tu? Maid baru ke?"
"Mulut kamu jaga sikit."kata Puan Kim.
Namjeen sengih.
"Yoona tu adik ipar kamu, isteri Namjoon.." Tuan Kim bersuara setelah lama berdiam diri.
Namjeen kerutkan dahi tanda masih tidak faham.
"Sebab nak selamatkan syarikat papa.." Jelas Namjoon.
Namjeen mengangguk-angguk kan kepalanya tanda faham.
'kira kahwin kontrak lah ni..hmm...aku ada jalan lah ni nak usik Namjoon..' bisik Namjeen sambil melihat kearah Yoona.
Yoona melabuhkan punggungnya disebelah Namjoon.
Sepanjang makan, mulut Namjeen sahaja berbunyi menceritakan keindahan negara Jepun. Sekali sekala matanya galak melihat Yoona menyebabkan Yoona tidak selesa.
Namjoon yang menyedari hal itu berasa geram. Mahu sahaja dia menjolok mata gatal abangnya itu tetapi ditahan.
AMACAM GAISS!!!!
ORANG KEDUA PULAK MUNCUL!!!
LAF YU OLLS!!!!!!!
😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro