Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

•23•


Namjoon dan Changkyun saling menatap tajam antara satu sama lain. Yoona pula menjadi pemerhati mereka. Sudah beberapa minit mereka dalam keadaan begitu.

"Puas hati kau?" Changkyun bersuara.

"Memang hati aku puas tengok kau meringkuk dalam penjara." Kata Namjoon.

"Ini takkan berlaku kalau kau tak rampas Yoona dari aku!" Marah Changkyun.

"Aku tak pernah rampas dia dari kau!" Balas Namjoon. Yoona pula sudah menggigil ketakutan melihat masing-masing tidak mahu mengalah.

"Tipu!!" Jerkah Changkyun.

PAP!!

Meja dipukul kuat oleh Namjoon menyebabkan Yoona tersentak.

"Kau sepatutnya bersyukur sebab aku tak bawa kau ke tali gantung! Kalau tak, kau dah lama mati!" Ucap Namjoon sambil dadanya berombak-ombak menahan marah.

"Hahaha! Kau nak suruh aku hidup sebab kau nak aku tengok kau bahagia dengan dia kan!?"

Namjoon meraup mukanya.

"Aku bukan macam kau, tak ada hati dan perasaan. Aku cuma nak kau berubah. Menyesal atas apa yang kau dah buat."

Changkyun senyum sinis.

"Sebelum kami balik, aku ada bagitau kau tentang kami."

Changkyun mengangkat keningnya.

"Aku dan Yoona, kitorang sebenarnya dah kahwin." Ujar Namjoon.

Bulat mata Changkyun mendengar kata-kata itu.

"Tak! Kau tipu! Aku tak percaya!"

Changkyun bangun dan cuba menghampiri Namjoon.  

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro