Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

•18•


"Hyung??"

Namjoon melihat ke arah abangnya yang cuba membuka mata secara perlahan-lahan.

"Aku panggil doktor, eh?" Tangga Namjoon tetapi Namjeen hanya menggeleng lemah tanda tidak mahu.

Mulut Namjeen bergerak tanda dia ingin berkata sesuatu lantas Namjoon mendekatkan telinganya pada mulut abangnya.

"S-sayang aku t-tak?" Tanya Namjeen lemah.

Namjoon mengerutkan dahinya. Pelik dengan pertanyaan abangnya.

" Mestilah aku sayang. Kenapa pula?"

Namjeen senyum walaupun hanya menampakkan senyuman pudar.

"A-aku nak m-minta maaf k-kat kau. Aku b-banyak buat s-salah kat kau."

" Aku dah lama maafkan kau. Dah jangan banyak bercakap, kau rehat je." Ucap Namjoon.

" Nanti k-kalau aku d-dah takde, jaga k-keluarga elok-elok tau."

"Jangan merepek. Aku yakin kau boleh sembuh. Kau nak mama sedih lagi ke?"

Namjeen senyum lagi.

"Kau rehat jap, aku panggil doktor." Kata Namjoon lalu melepaskan genggaman pada tangan abangnya.

Baru sahaja kakinya ingin melangkah keluar, tiba-tiba....

Bunyi mesin pernafasan yang menjadi bantuan pernafasan Namjeen itu terhenti.

Bulat matanya melihat tubuh Namjeen yang sudah tidak bernyawa.

Dia menghampiri Namjeen.

"Hyung? Jangan main-main. Bangun, hyung. Aku cakap bangun."

Namjoon menggoncangkan badan abangnya berkali-kali.

"Hyung."
Panggil Namjoon lagi.

Akhirnya air matanya jatuh lagi.

" Hyung bangun! Kalau kau pergi, siapa lagi yang nak sakitkan hati aku!? Hyung!!"

Namjoon terus menggoncang badan abangnya.

"HYUNG!!!"

Yoona yang sedang menunggu diluar terkejut akan jeritan Namjoon. Dia segera bangun lalu segera masuk kedalam bilik itu.

Dia menghampiri Namjoon yang sudah jatuh terduduk sambil menangis. Mulutnya ditekup apabila melihat kearah Namjeen.

Bahu Namjoon dipeluk untuk menenangkan Namjoon yang sudah teresak-esak.

" Kenapa dia buat aku macam ni? Dia kata dia sayangkan aku? Tapi dia tinggalkan aku lagi. Kenapa... kenapa?" Luah Namjoon.

Yoona hanya diam. Dia juga tidak tahu mahu menjawab apa. Bahu Namjoon terus diusap Yoona untuk menenangkannya.



























Hai gaisss.....


Idea aku awal2 pagi lagi dah keluar. Jadi sebelum terlupa, aku tulis terus...

Kbye.......

See you next chapter😘





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro