•17•
1 minggu kemudian.....
Seminggu berlalu, namun Namjeen masih tidak sedarkan diri. Tanda-tanda untuk dia sembuh juga agak tipis kerana kecederaan yang dialaminya sangat serius.
Setiap hari Namjoon akan melawat abangnya. Dan sentiasa memberi kata-kata semangat kepada abangnya. Kerana dia tahu abangnya pasti dengar.
Setiap itulah dia akan menangis. Hatinya sebak. Lebih-lebih lagi apabila teringatkan mesej-mesej Namjeen yang dihantar kepada Tuan Kim sebelum dia terlibat dalam kemalangan.
Flashback...
Tuan Kim : Kat mana sekarang?
Namjeen : Kat kedai jam. Nam ingat nak beli jam yang baru keluar tu.
Tuan Kim : Jam? Untuk apa?
Namjeen : Tak lama lagi kan hari lahir Namjoon. Jadi Nam ingat nak belikan jam yang dah lama dia inginkan tu.
Tuan Kim : Kalau macam tu, baiklah. Tapi papa nak tanya kamu, sampai bila kamu tak nak ubah perangai kamu yang suka sangat usik dia. Kamu nak tunggu dia benci kamu dulu baru nak menyesal?
Namjeen : Hihi... Yang tu papa jangan risau, nanti Nam akan uruskan. Sebab Nam pun kesian jugak tengok dia. Nam harap dia dapat maafkan Nam.
Tuan Kim : Baiklah..
Namjeen : Nam bukan apa... Mana tahu Nam takde nanti, Nam akan jadi kenangananis untuk Namjoon. Hihi..
Tiba-tiba.. Bumm!!!
Alhamdulillah, Namjeen selamat mendarat di atas jalan...
(Apa aku merepek😅)
END FLASHBACK..
******
Cuti sekolah membolehkan Namjoon melawat abangnya pada waktu pagi. Kerana waktu sekolah dia akan melawat pada waktu malam.
Pintu bilik rawatan itu dibuka perlahan. Lalu langkahnya diatur menuju kearah Namjeen yang masih bergantung harap pada mesin bantuan pernafasan yang bunyinya memecahkan sesunyian bilik itu.
Yoona hanya menunggu diluar kerana Namjoon ingin berseorangan.
Tangan abangnya digenggam erat lalu dia memandang sayu kearah abangnya.
Airmatanya jatuh tatkala dia teringatkan mesej-mesej perbualannya bersama Tuan Kim sebelum dia terlibat dalam kemalangan itu.
"Kenapa kau sanggup buat aku macam ni? Kau tahu tak yang aku hampir nak bencikan kau.. aku harap kau cepat sembuh." Kata Namjoon dan meminta diri untuk pulang.
Baru sahaja dia ingin melepaskan genggamannya, tangannya digengganm erat.
Dia memandang kearah abangnya yang sedang membuka mata secara perlahan-lahan.
"Hyung?"
Senyum itu sedekah 😁
Jumpa next chapter.. idea aku sampai sini je dulu....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro