Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

•15•

SEKOLAH...

Namjoon mengemaskan segala peralatannya dengan gelabah. Dia begitu terkejut dengan apa yang telah disampaikan oleh pengetua sekolah itu. Akibat terlalu gelabah, dia terlupa hendak zipkan begnya.

Ketika Namjoon sedang menuruni anak tangga, dia terlanggar bahu Jungkook yang sedang menaiki anak tangga.

"Maaf!! Maaf!! Aku nak cepat!! Ada hal!! Jerit Namjoon tanpa memandang kearahnya dan terus meninggalkan Jungkook.

Tanpa dia sedar, sebuah fail berwarna merah telah terjatuh. Segala isi kandungan didalam fail itu turut terkeluar. Jungkook terkejut lalu terpandang kearah surat-surat yang sudah berterabur di atas lantai itu.

Baru sahaja dia ingin memanggil Namjoon, lelaki itu sudah hilang dari pandangannya.

Keluhan dilepaskan lalu dia segera mengutip surat-surat itu. Tiba-tiba satu surat telah menarik perhatiannya.

Dia mengambil surat itu lalu membaca nya satu persatu.

Nama suami: Kim Namjoon

Nama isteri: Park Yoona

Bulat mata Jungkook apabila selesai membaca isi surat itu. Dia lebih terkejut apabila nama Yoona yang tertera disitu.

"J-jadi... Namjoon hyung dah kahwin dengan Yoona? Patutlah perangai dia pelik sejak kebelakangan ini. Tapi surat ini kan kena hantar, kenapa Hyung tak hantar lagi?"

Jungkook segera memasukkan surat itu kedalam fail semula lalu beredar dari situ.

'aku mesti pulangkan semula pada hyung.'
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hospital.......

Namjoon dan Yoona segera menghampiri Puan Kim yang sudah lama menunggu diluar bilik kecemasan itu. Matanya sembab menunjukkan yang dia sudah banyak mengeluarkan air mata.

Hampir 3 jam menunggu, tapi doktor yang merawat Namjeen masih belum keluar.

"Mama, pihak polis dah tahu siapa yang menyebabkan Namjeen kemalangan?" Tanya Namjoon lalu melabuhkan punggungnya disebelah mamanya.

"Pihak polis masih lagi dalam siasatan." Singkat sahaja jawapan Puan Kim. Yoona pula mengusap-usap belakang Puan Kim cuba untuk menenangkan nya.

Namjoon melepaskan keluhan berat. Tuan Kim juga sudah kelihatan sangat penat.

Tidak lama kemudian, doktor dan beberapa orang jururawat keluar. Mereka semua berdiri lalu menunduk hormat dan dibalas semula oleh doktor itu.

"Doktor, macam mana keadaan anak saya?"

Keluhan kecil dilepaskan oleh doktor itu. Dia memandang kesemua ahli keluarga pesakitnya.

"Kami minta maaf, keadaan pesakit sangat kritikal sehingga kami sendiri sudah tidak pasti sama ada pesakit boleh diselamatkan atau pun tidak."

(Boleh ke aku buat ayat macam tu?😁)

Masing-masing terkejut dengan apa yang dikatakan oleh doktor itu tadi.

Puan Kim hampir pengsan tapi cepat-cepat dipegang oleh Namjoon lalu didudukkan mamanya diatas kerusi.

"Doktor, tolong lakukan yang terbaik. Kami tak nak kehilangan dia lagi." Ucap Tuan Kim.

Cukuplah dia meninggalkan keluarganya semata-mata ingin belajar diluar negara.

"Kami akan lakukan yang terbaik. Kalau nak melawat pesakit, silakan. Tapi jangan terlalu lama."

Doktor itu menunduk hormat lalu meminta diri.

"Joon, papa dan mama akan melawat nanti. Kamu dan Yoona lawatilah dulu. Papa nak tenangkan mama kamu."

Namjoon hanya mengangguk.

Hilang saja dari pandangan, Namjoon menolak sedikit daun pintu. Hatinya sebak melihat abangnya yang sedang bertarung nyawa. Wayar-wayar berselirat yang ditampal pada badan abangnya menambah lagi sebaknya. Airmata ditahan supaya tidak jatuh. Dia kena kuat untuk abangnya.

Pintu ditutup semula lalu mengajak Yoona pulang.








Sampai sini dulu kot....



Ade yg tertunggu ke cerita aku(kembang semangkuk)😂😂😂😂

K gurau jer.....

Maaf kalau hambar.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro