•13•
Petang...
Namjoon membuat keputusan untuk mengambil angin di sebuah taman rekreasi.
Dia duduk di salah satu bangku yang ada disitu. Lagu Boy With Love dari kumpulan BTS itu dipasang. Udara segar disedut lalu dihembus perlahan cuba menenangkan fikirannya yang bercelaru.
"Kalau papa tak cadang aku kahwin dengan Yoona, mesti semua ni takkan berlaku. Tapi kehadiran Yoona telah mengubah sedikit kehidupan aku. Yoona, kalaulah kau tahu yang aku dah mula sukakan kau."
Namjoon melepaskan keluhan berat lalu meraup. Aku beberapa kali.
Dia melihat sekeliling taman itu sambil mulutnya terkumat-kamit mengikut alunan lagu yang dipasangnya. Sesekali kepalanya terangguk-angguk mengikut rentak lagu. Tidak ramai. Hanya dia dan beberapa buah keluarga sahaja.
Satu jam berlalu.
Akhirnya dia bangun untuk pulang. Tidak sempat membuka langkah, bahunya dipegang seseorang. Dia memusingkan badannya dan....
BUK!!
Tumbukan yang mengenainya menyebabkan dia tertoleh ke kanan.
"Tu sebab kau dah tumbuk aku!"
Tak sempat Namjoon ingin membuka mulut, dia ditumbuk lagi menyebabkan dia jatuh terduduk.
"Tu sebab kau dah rampas Yoona dari aku!!"
Namjoon mengelap hujung bibirnya yang berdarah. Kepalanya mula pening.
"Kau nak apa, Changkyun?" Tanya Namjoon dengan suara yang lemah.
Changkyun tersenyum sinis lalu menarik kolar baju dan memaksanya untuk berdiri.
"Kalau kau sayangkan Yoona, biar dia bersama aku." Kata Changkyun lalu menumbuk keras perut Namjoon.
Dia duduk sambil menahan perutnya yang sakit.
"Aku takkan biarkan." Ucap Namjoon. Badan Namjoon lemah tapi dia cuba kuatkan dirinya untuk bangun lalu pulang.
*****
Dihalaman rumah...(pondok)
Yoona sedang membaca buku. Sesekali dia tergelak apabila membaca bahagian yang lawak.
Tiba-tiba dia ternampak Namjoon yang sedang memasuki pintu pagar dengan jalannya yang terhuyung-hayang menyebabkan Yoona pelik.
"Kenapa tu?"
Tanya Yoona lalu menghampiri Namjoon.
"Namjoon..."
Panggil Yoona.
Namjoon memandang Yoona lemah lalu memeluk Yoona. Dagunya ditongkatkan pada bahu Yoona.
Yoona sedikit terkejut lalu cuba untuk meleraikan pelukan itu. Tapi Namjoon mengeratkan lagi pelukan itu.
Tanpa membuang masa, Yoona terus membawa Namjoon masuk ke dalam rumah dan dibawa ke dalam bilik. Dia merebahkan badan Namjoon ke atas katil.
Dia menyentuh lebam-lebam dimuka Namjoon dan menyebabkan Namjoon mengaduh kesakitan.
Yoona terkejut lalu segera menanggalkan baju sejuk yang dipakai Namjoon. Dia teragak-agak untuk membuka baju Namjoon tapi cepat-cepat dia menyejukkan hatinya mengatakan yang Namjoon pakai baju dalam.
Eh, silap. Baju kat dalam.😅
Hujung bibir Namjoon yang berdarah dilap lalu disapu ubat. Dia juga menuam lebam-lebam itu untuk mengurangkan rasa sakit.
"Apa yang dah berlaku?" Tanya Yoona.
"Changkyun..."
Bulat mata Yoona apabila mendengar nama Changkyun.
"Dia nak apa lagi!?"
"Dia nak kau..."
Yoona mengetap bibirnya menahan geram.
*****
Malam...
Yoona sedang berada di dapur. Dia hendak memasak bubur untuk Namjoon.
Ketika dia sedang menyiapkan bahan-bahan memasak bubur, dia dikejutkan oleh satu suara yang menegurnya.
"Hai. Tengah buat apa?"
Yoona memandang ke arah empunya suara itu.
"N-Namjeen oppa. N-nak masak untuk Namjoon." Jawab Yoona sambil tangannya masih menyiapkan bahan-bahan masakan.
Tiba-tiba Namjeen menghampiri Yoona. Yoona perasan dan dia berasa sungguh takut. Tetapi dia cuba kuatkan dirinya.
Langkahnya semakin hampir dengan Yoona.
Satu suara memanggil Yoona dan Namjeen tersenyum sinis. Ditarik Yoona lalu dipeluk dari belakang.
"O-oppa... Apa ni... Lepaslah.."
Yoona meronta-ronta minta dilepaskan tetapi Namjeen mengeratkan lagi pelukan itu.
"Hyung!!"
Njoon menjauhkan Yoona dari Namjeen.
Namjoon menghadiahkan tumbukan padu pada pipi Namjeen. Dia jatuh terduduk.
Yoona memegang tangan Namjoon apabila melihat Namjoon ingin menyambung perbuatannya lalu menarik Namjoon beredar dari situ.
😉😉😉😉😉😉😉😉😉😉😉😉
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro