•11•
Petang itu Yoona duduk bersantai di pondok yang berada dihalaman belakang rumah.
Dia mengusap kakinya yang masih kemas berbalut. Sesekali dia tergelak kerana teringatkan bebelan Namjoon ketika merawatnya.
Buku novel yang berada disebelahnya diambil. Tetapi belum sempat dia mengambil buku itu dia dikejutkan oleh satu suara yang menegurnya.
Dia mendongakkan kepalanya keatas untuk melihat siapakah gerangan yang telah menegurnya.
"Sakit lagi ke kaki tu?" Tegur Namjoon sambil melabuhkan punggungnya disebelah Yoona.
"Sikit.." Jawab Yoona lalu senyum.
"Kejap lagi aku nak keluar, kalau ada apa-apa, telefon je aku." Kata Namjoon.
Yoona mengangguk tanda faham.
Namjoon mengusap kepala Yoona sebelum dia bangun meninggalkan Yoona.
Yoona sedikit terkejut dengan kelakuan Namjoon tetapi dia tidak menghiraukannya. Lalu dia pun membaca buku.
Apabila hari sudah mula gelap, baru Yoona masuk ke dalam rumah.
*****
Malam itu Namjoon menonton tv. Filem aksi kegemarannya tidak pernah ditinggalkan. Yoona pula, awal-awal lagi sudah masuk tidur.
"Seorang je ke?" Tegur Namjeen lalu melabuhkan punggungnya disebelah Namjoon.
"Hmm...."
Itu sahaja jawapan yang keluar dari mulutnya. Malas nak melayan abangnya.
"Joon, lepas syarikat papa dah pulih, kau mesti akan lepaskan Yoona kan?"
Pertanyaan Namjeen membuatkan Namjoon sedikit terkejut tetapi dia cuba berlagak tenang.
"Lepaskan Yoona? Apa yang kau merepek ni?"
"Yelah... Perkahwinan korang kan sebab nak selamatkan syarikat papa je.."
Namjoon mula panas.
"Tapi keputusan itu terletak pada aku, sama ada nak lepaskan dia ataupun tidak."
Namjeen gelak lalu menepuk-nepuk bahu Namjoon.
"Suka hati kaulah. Tapi aku akan pastikan yang kau akan lepaskan Yoona."
Namjeen bangun lalu meninggalkan Namjoon. Sofa ditumbuk tanda geram. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia menumbuk abangnya itu.
Tv ditutup. Moodnya untuk menghabiskan filem aksi itu terbatal kerana sikap abang nya tadi.
Langkah diatur menuju ke bilik tidurnya.
Dia menghampiri Yoona yang sedang tidur diatas sofa. Namjoon menyelitkan rambut Yoona yang menutup sedikit mukanya.
Tangan kanannya mengelus lembut pipi Yoona sambil matanya tak lepas dari merenung wajah Yoona.
Kini matanya tepat memandang bibir mulus Yoona. Tiba-tiba hatinya meronta-ronta ingin merasai bibir mulus itu. Dia mendekatkan wajahnya pada wajah Yoona.
Dekat.....
Dekat.....
Dekat.....
Semakin dekat.....
Dan......
Namjoon tersentak. Dia bangun lalu meraup wajahnya beberapa kali.
Jantungnya berdegup kencang.
Ditarik nafas sedalam-dalamnya lalu dihembus secara perlahan-lahan supaya jantungnya sedikit tenang.
Dia menghampiri Yoona semula lalu menyelimutkan seluruh badan Yoona. Setelah itu barulah dia menuju ke katil nya.
BOSAN TAK??
HAMBAR TAK??
APA2 PUN KORANG ENJOY LAH YE!!
😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro