•1•
TUT!!!!!!!
Deringan jam loceng mengejutkan yoona yang sedang dibuai mimpi. Dia bangun dengan malas lalu mengeliatkan badannya.
7:15 pagi....
Terbeliak mata Yoona apabila melihat angka jam itu.
"No!!!!!! Aku xnak lambat!!jerit Yoona. Dia segera mencapai tuala mandi lalu masuk ke dalam bilik air.
SKIP.......
Di sekolah, nafas yoona tercungap-cungap akibat berlari. Dia melabuhkan punggungnya disebelah SooA.
"Kau ni mesti tidur lambat lagi, kan?" tanya SooA.
Yoona hanya tersengih seperti kerang busuk. Tak perlu jawab kerana SooA sendiri sudah tahu apa jawapannya. Apalagi kalau bukan...... Novel.
SooA menggelengkan kepalanya. Dia memang sudah cukup masak dengan perangai Yoona yang suka berkepit dengan buku. Bahkan dalam tandas pun yoona baca juga.
.............................................................
KRING!!!!!!!
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Pelajar-pelajar sekolah SEOL HIGH itu sudah mula memenuhi kantin. Masing-masing ingin menghentikan perut mereka yang sudah lama berdangdut dengan hebatnya.
Siap mengemas mejanya, Yoona membuka langkahnya untuk keluar. Tiba-tiba langkahnya terhenti apabila dia ternampak seorang lelaki sedang memandang ke arahnya disertai oleh senyuman dan lambaian.
Yoona segera memusingkan badannya. Ditarik nafas sedalam2nya. Sudah beberapa kali lelaki itu melakukan hal yang sama kepadanya tetapi Yoona tidak menghiraukannya kerana Yoona tahu siapa lelaki itu sebenarnya.siapa lagi kalau bukan IM CHANGKYUN.
Sekali petik, sepuluh datang kat dia. Tetapi bagi Yoona tidak. Dia tidak sanggup untuk dipermainkan.
Yoona memusingkan badannya semula apabila dia berasa sedikit tenang. Terbeliak mata Yoona apabila melihat lelaki itu sudah dikelilingi oleh bidadari yang tak sedar diri itu.
Akhirnya yoona membuka langkahnya menuju ke kantin.
Dalam perjalanan ke kantin, matanya tidak lepas dari memandang buku. Dibaca,dibaca,dibaca dan ..........
BUK!!!
Lelaki itu jatuh terduduk diatas lantai apabila dia dilanggar oleh yoona.
"Aduh...." lelaki itu menggosok punggungnya yang sakit itu.
"Maaf.. maaf... Saya tak sengaja.. Awak ok,ke?" ucap yoona. Dia mula gelabah.
"Lain kali kalau baca buku tu......." kata2 lelaki itu terhenti apabila mereka mula berpandangan.
Pandangan mereka terkunci.
DUP!DAP!DUP!DAP!
AMACAM SERONOK TAK?
KLU TAK SERONOK,KU HULURKAN SEPULUB JARI MEMOHON MAAF....
🤗🤗🤗🤗🤗🤗🤗🤗🤗
JANGAN LUPA UNTUK VOTE DAN KOMEN TAU........
NOW KITE ENJOY CHAPTER YANG KEDUA.......
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro