Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 1

Hanya kerana satu panggilan telefon, Heidry membatalkan satu urusan yang cukup penting untuk dirinya dan bergegas pulang ke Malaysia dengan menaiki pesawat yang paling awal, yang dibeli dengan harga 789.53 Euro. Terbang selama tujuh belas jam dari Barcelona ke Kuala Lumpur semata-mata untuk menghentikan satu perjanjian.

Dengan riak wajah yang tegang, Heidry melangkah laju menuju ke bilik mesyuarat Hussien Holdings. Seorang gadis tinggi lampai yang cuba menghalangnya, tidak diendahkan. Dengan selamba dan kasar, dia menolak pintu bilik mesyuarat.

"Stop everything!" jerit Heidry lantang.

Empat pasang mata yang berada di dalam bilik mesyuarat terhala ke arahnya. Terkejut dengan kemunculannya yang secara tiba-tiba itu. Sekali gus mematikan sesi menurunkan tandatangan Perjanjian Jual Beli di antara Pengarah Urusan Hussien Holdings bersama seorang usahawan muda.

Heidry tidak ambil peduli pada mata-mata yang memandangnya. Mata dia hanya tertumpu ke arah satu wajah lelaki tua yang duduk di atas kerusi pengarah urusan. Pandangan matanya cukup tajam. Bagaikan ingin membunuh.

"The deal is off. I tak akan benarkan you jual Sunshine," tegas Heidry dengan nada yang keras.

"Maaf, Dato... Saya dah cuba halang tapi..."

Setiausaha peribadi Dato Hamzah tidak jadi meneruskan bicara apabila Dato Hamzah memandangnya dan memberi isyarat mata untuk keluar dari bilik itu. Dengan penuh rasa bersalah, gadis itu melangkah pergi.

Dato Hamzah berdeham. Wajahnya tidak beriak. Pandangan matanya dikalihkan ke arah Hilman. Dengan nada yang perlahan seakan-akan berbisik, dia menyuruh Hilman membawa keluar semua orang dari bilik itu termasuklah usahawan muda yang masih terpinga-pinga dengan situasi di bilik mesyuarat itu.

Hilman mengangguk tanda faham. Tidak sampai satu minit, bilik mesyuarat itu sudah kosong. Yang tinggal, hanyalah Dato Hamzah dan Heidry.

Suasana di dalam bilik mesyuarat sunyi sepi. Sepi yang bertemankan ketegangan. Heidry masih berdiri di tempat yang sama. Memandang Dato Hamzah dengan riak wajah yang sama. Tegang. Bengis. Aura kemarahan jelas terpancar di wajahnya.

Dato Hamzah membalas pandangan mata Heidry tanpa sebarang riak. Kosong. Tanpa sebarang perasaan. Lelaki separuh abad itu tidak kelihatan terkejut dengan kemunculan anak lelakinya walaupun mereka sudah bertahun-tahun tidak bertemu.

"Duduk," kata Dato Hamzah, kedengaran seperti satu arahan. Persis arahan seorang ketua kepada orang bawahannya.

Heidry silang tangan. Tidak berganjak dari tempat dia berdiri.

"Daddy kata duduk," tutur Dato Hamzah lagi dengan nada yang sama.

Dengusan kecil terbit di hujung bibir Heidry. Hujung bibirnya digigit geram. Kerusi yang diduduki Hilman sebentar tadi ditarik kasar. Punggung dihempaskan.

"Setelah lima tahun menghilang, macam ni ke cara Heidry jumpa daddy?" soal Dato Hamzah tanpa nada meskipun soalannya berbaur sinis.

"Jangan tukar topik. I datang sini bukan nak buang masa."

"So, you nak cakap pasal Sunshine?"

Respons dingin Heidry sedikit pun tidak memberi kesan pada Dato Hamzah. Riak wajah lelaki itu masih sama. Namun, nada suaranya kedengaran lebih keras dan tegas daripada tadi.

"Yes!"

"You sedar tak apa yang you baru buat tadi?"

"Yes, of course. I'm stopping you from selling Sunshine."

"Dengan malukan daddy depan semua orang? Depan lawyer daddy? You tak rasa you kurang ajar ke rempuh masuk bilik ni?"

"I don't care. That's none of my business," balas Heidry bersahaja sebelum menambah bicara.

"I tak akan malukan you kalau you tak sentuh Sunshine."

Heidry kerling Dato Hamzah dengan riak meluat.

"And please... Tolong jangan cakap apa yang I dah buat dekat you. Sebab you tak tahu apa yang you dah buat dekat I bila you putuskan untuk jual Sunshine."

"Bagi tahu daddy kenapa daddy tak boleh jual Sunshine?" pinta Dato Hamzah. Tubuhnya disandarkan ke kerusi. Mata masih tertumpu ke wajah Heidry.

"Seriously?"

Heidry pandang Dato Hamzah bersama kening yang ternaik.

"Should I enlighten you?" tanya Heidry. Sinis.

"Yes, please."

Hujung bibir Heidry diherotkan. Menyeringai.

"Wow! I tahu you lelaki yang tak ada perasaan, hati batu... Tapi I tak sangka you sekejam ini."

Wajah Dato Hamzah masih tidak beriak meskipun anak lelakinya melontarkan kata-kata sebegitu. Mungkin benar kata Heidry... Dato Hamzah seorang lelaki yang tak ada perasaan. Atau sebenarnya lelaki itu pandai mengawal perasaannya agar tidak terbias di wajah?

"Biar I ingatkan you... In case you dah terlupa. Sunshine tu harta isteri you yang paling berharga. Isteri pertama you. Yang you kahwin atas dasar cinta kononnya. Macam mana you boleh terfikir untuk jual Sunshine? You nak hapuskan semua pasal isteri pertama you ke?"

"Daddy tak lupa. Daddy tahu tu harta yang paling berharga untuk isteri daddy. How about you?"

Heidry tidak beri respons. Kurang mengerti.

"Kalau itu harta yang paling berharga untuk isteri daddy, maknanya itu juga harta yang paling berharga untuk mummy you. Tapi apa yang you buat?" soal Dato Hamzah, membidas bicara anak lelakinya.

"You cuba salahkan I pula? You yang nak jual Sunshine. Bukan I."

Heidry mula berang.

"Daddy nak jual Sunshine sebab Sunshine dah tak ada value. For the past two years, Sunshine tak bagi keuntungan pada daddy."

"Just because of that? So, you choose profit over your late wife?" soal Heidry, sedikit terkilan.

"I think you forgot something. I'm a businessman. Yet this isn't a charity," balas Dato Hamzah dengan nada yang sama seperti sebelum ini. Datar dan tanpa sebarang perasaan.

Heidry tersandar. Mulutnya membentuk huruf 'O'. Ternganga. Tidak sangka kata-kata itu keluar dari bibir lelaki yang arwah mummynya kahwini atas dasar cinta. Ini ke lelaki yang mummy agung-agungkan sehingga ke akhir nafas mummy?

Heidry tarik nafas dan dilepaskan perlahan-lahan. Mata kembali meratah wajah Dato Hamzah.

"I sepatutnya tak terkejut dengan apa yang you cakap. This is you. Ini apa yang you selalu buat dekat kami. Tapi tak tahu kenapa I still feel bitter." Terselit kehampaan pada nada suara Heidry.

Tiada respons. Dato Hamzah tidak beriak.

Senyuman terbentuk di hujung bibir Heidry. Hambar.

"Whatever it is... You tak boleh jual Sunshine. Bukan sekarang mahupun kemudian. Sunshine akan kekal sebagai milik mummy. I tak akan izinkan you jual Sunshine."

"You tak ada hak untuk halang daddy."

"Well, I ada. Langkah mayat I dulu kalau you nak jual Sunshine."

"You have no rights. Selama lima tahun ni, you tak pernah ambil tahu pasal Sunshine. You tak tahu apa yang berlaku dekat Sunshine. And now tiba-tiba you nak act like you care?"

Dato Hamzah berjeda.

"Kenapa daddy perlu simpan Sunshine kalau tiap-tiap tahun daddy rugi? Let me tell you once again. I'm a business person. Not a charity person. If you tak nak ambil tahu apa yang berlaku dekat Sunshine, then you tak ada hak untuk halang I daripada jual Sunshine."

"Kenapa you kejam sangat walaupun dengan harta kesayangan arwah isteri sendiri?!" tempelak Heidry, bengang.

"At least, I let Sunshine run for five years. You?"

"Do not manipulate the topic," tegas Heidry.

Dato Hamzah kerling jam di pergelangan tangan.

"I don't have much time. If you are done, please leave this room. I have to continue with the deal."

Heidry semakin berang. Kedegilan Dato Hamzah benar-benar mencabar kesabarannya yang tidaklah setebal mana. Kedua-dua tangannya sudah mengepal penumbuk sehingga timbul urat-urat hijau.

"I'm not done yet! I tak akan berganjak dari sini selagi you tak batalkan perjanjian you untuk jual Sunshine. I dah korbankan banyak benda untuk berada dekat sini dan I tak akan sia-siakan apa yang I dah korbankan."

"You should know by now... Once daddy dah buat keputusan, tak ada apa yang boleh ubah keputusan daddy."

Heidry menajamkan pandangan matanya pada Dato Hamzah.

"I akan buat you ubah keputusan you."

"How?"

"I will do anything to stop you from selling Sunshine. Anything!"

"Contohnya?" soal Dato Hamzah, seperti mencabar Heidry.

Diam. Tiada respons. Lelaki itu masih tidak tahu apa yang akan dia lakukan untuk menghentikan Dato Hamzah daripada jual Sunshine.

"You know what... Waktu macam ni, you have to offer me something. Something yang boleh ubah keputusan daddy."

"What do you mean?"

"Bukan what do you mean? Tapi what do you want?"

"Okay. What do you want?" soal Heidry, membetulkan bicaranya.

Dato Hamzah menumpukan pandangan mata ke arah anak lelakinya. Wajahnya tampak serius.

"I give you two options. You have to decide by yourselves."

"What is it?" tanya Heidry, kurang sabar untuk mencapai jalan penyelesaian.

"Option pertama, balik Malaysia, duduk dengan daddy dan kerja dekat sini."

Pilihan pertama yang diberikan Dato Hamzah terus ditolak. Dia tiada masalah untuk balik ke Malaysia walaupun luka dalam hatinya masih belum pulih sepenuhnya. Tetapi dia ada masalah untuk duduk dengan lelaki itu dan kerja di Hussien Holdings.

Duduk bersama Dato Hamzah bermakna dia akan duduk sebumbung juga dengan isteri kedua lelaki itu dan Hilman, anak pertama daddynya bersama isteri kedua. Memang taklah dia nak duduk di bawah bumbung yang sama dengan Datin Widad dan Hilman. Tak mungkin! Dan dia yakin Datin Widad pun tidak akan membenarkan dia untuk tinggal di rumah itu.

Sama juga dengan bekerja di Hussien Holdings. Dia tahu Datin Widad tak akan membenarkan dia bekerja di syarikat warisan arwah atoknya yang tak pernah menganggap dia sebagai cucu walaupun dia juga anak Dato Hamzah yang sah. Dia pun tak hadap nak bekerja di syarikat ini.

"Option kedua, balik Malaysia, take over Sunshine and give me positive result within six months. Daddy nak Sunshine kembali bersinar macam dulu. Macam waktu arwah mummy masih ada."

"You want me to take over Sunshine?"

Dato Hamzah menganggukkan kepalanya.

"Sekarang?"

Sekali lagi Dato Hamzah mengangguk.

Heidry terdiam. Memikirkan urusan-urusannya di Barcelona. Sudah lima tahun lelaki itu menetap di Barcelona. Sebuah negara yang terkenal dengan seni lukisan selain sukan bola sepak. Negara yang telah melahirkan seorang pelukis terkenal di abad ke-20, Pablo Picasso.

Lambat-lambat Heidry menggelengkan kepalanya.

"I can't do it now."

"You have no choice. Sama ada you pilih option number one or two... Atau I jual Sunshine."

"You cuba ugut I ke? This is totally unfair. I ada banyak benda nak kena settlekan kat sana."

"Itu bukan masalah daddy. You can call it ugut or whatever you want," balas Dato Hamzah, bersahaja seraya bangkit dari kerusi empuknya.

"Tell me your decision by tomorrow, before twelve. Daddy akan jual Sunshine if I didn't hear anything from you. Muktamad!"

Usai menghabiskan bicaranya, Dato Hamzah terus mengatur langkah keluar dari bilik mesyuarat. Riak wajah lelaki itu kekal sama. Dari awal perbincangan hingga ke akhir. Kosong tanpa sebarang perasaan.

"Oh... One more thing."

Dato Hamzah kembali bersuara. Langkahnya terhenti di depan pintu bilik. Tubuhnya dipusingkan, menghadap Heidry.

"Option number two termasuk you kena duduk dengan daddy."

What?!

Terjatuh rahang lelaki itu. Dia ingin membantah tetapi bayang Dato Hamzah sudah tidak kelihatan. Heidry ketap bibir. Geram.

Nafas berat dilepaskan. Wajahnya diraup. Cuba menenangkan hati yang sedang radang. Dihembus nafas kasar beberapa kali.

Apa yang patut aku lakukan?

Buntu. Bingung. Keliru. Celaru.

Ini apa yang dia rasakan ketika ini. Buat beberapa detik, dia duduk sendirian di bilik mesyuarat. Cuba memikirkan langkah yang perlu diambil seterusnya.

Namun, tiga puluh minit kemudian, dia masih tidak dapat membuat sebarang keputusan. Kesudahannya dia bangkit dari kerusi dan ingin beredar dari bilik mesyuarat. Saat tubuh dipusingkan ke belakang, pandangan matanya mendarat ke arah seorang gadis yang sedang bersandar sambil peluk tubuh di pintu bilik mesyuarat.

Heidry kaget. Matanya terpaku ke arah si gadis yang sedang menghulurkan senyuman saat mata mereka bertemu. Jantungnya bagaikan berhenti berdegup buat sesaat. Dia berdiri kaku di tempatnya. Tidak berganjak walau setapak.

"Hai, Heidry..." tegur gadis itu, mesra dan ceria bersama langkah yang santai menghampiri Heidry.

"Errr... Hai," balas Heidry. Sedikit gugup.

"I terkejut bila Hilman beritahu you dah balik."

Heidry senyum segaris.

"Dah lama ke you berdiri kat situ?"

Terbit soalan di bibir Heidry setelah lelaki itu berjaya mengawal dirinya di hadapan Naura. Gadis yang cukup tidak asing buat dirinya. Gadis yang membesar bersama-sama dengannya. Dan juga... Hilman.

Naura mengangguk.

"Kenapa you tak tegur I?"

Naura ukir senyum. Senyuman yang cukup manis. Senyum yang sudah lama Heidry tidak lihat. Tidak semena-mena hati mula buka peti rindu yang dia kunci selama ini.

"I tak nak kacau you."

Mata Heidry merenung lembut wajah ayu Naura.

"You masih cantik macam dulu," komen Heidry.

"Stating the obvious," balas Naura bersama gelakan halus sebelum menyambung bicara.

"Of course I masih cantik macam dulu. Malah lagi cantik daripada dulu," seloroh gadis itu, menekankan perkataan lagi. Selamba sahaja gadis itu memuji diri sendiri.

You never change, Naura. You masih macam dulu, desis hati Heidry. Senang dengan sikap Naura. Tersungging senyuman di bibir lelaki itu.

"But you..."

Mata Heidry membesar. Sedikit blur dengan bicara Naura yang tergantung.

"Apa dah jadi dengan you? Mana pergi wajah kacak you? Kenapa serabai sangat sekarang ni?" soal Naura. Cukup selamba mempersoalkan penampilan Heidry.

"Serabai ke? I rasa okey aje."

"No! Tak okey. Langsung tak okey. Dengan rambut panjang macam ni, dengan muka yang tak shave... Ini yang you panggil okey?"

"Mungkin sebab I dah tak ada sesiapa yang I nak impress," balas Heidry. Bersahaja tetapi penuh dengan makna yang tersendiri.

Naura berdeham. Pandangan matanya dilarikan ke arah lain. Tidak mahu berbalas renungan dengan lelaki di hadapannya.

"You ada nak pergi mana-mana ke lepas ni?" soal Naura tanpa mengulas bicara terakhir Heidry.

Heidry menggeleng. Perlahan.

"Jom ikut I. Kita pergi minum."

Pandangan mata Heidry dihalakan tepat ke anak mata Naura. Ada kelainan pada sinar matanya. Seakan-akan gembira dengan ajakan Naura. Pantas dia memberi kata setuju.

"Great! I ajak Hilman kejap. I rasa dia pun nak join kita."

Hilang terus sinar gembira di mata Heidry. Kepalanya ditundukkan sedikit.

"Tak perlu ajak Hilman!"

Nada suara Heidry kedengaran keras.

Naura terpinga-pinga. Heidry dipandang bersama kening yang ternaik.

Heidry kembali menghalakan pandangan matanya ke arah Naura, menentang pandangan mata gadis itu.

"I nak minum dengan you. Berdua. Tanpa orang lain," tutur Heidry satu per satu.

Naura telan liur. Lambat-lambat kepalanya mengangguk, memberikan persetujuan.

BILA Heidry mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia, dia tahu dia akan berhadapan semula dengan kisah lima tahun lalu yang cuba dia lenyapkan daripada ingatannya. Dia cukup tahu. Cukup mengerti. Dan kini dia sedang berhadapan dengan salah satu kisah yang cuba dilupakan itu.

Mata Heidry ditumpukan ke arah gadis yang sedang menyisip minuman di hadapannya. Sedari tadi, matanya tidak beralih daripada menatap wajah itu. Wajah yang kadangkala hadir di dalam mimpi bila dia sudah tidak mampu menanggung perasaan rindu.

"You masih tak boleh nak berpisah dengan Hazelnut Chocolate you," komen Heidry. Masih mengingati minuman kegemaran gadis itu.

"You pun sama. Masih tak boleh berpisah dengan kopi-kopi you," balas Naura seraya menjeling Hot Latte di depan Heidry.

Senyuman terhias di bibir masing-masing.

"Dah lama kita tak minum sama-sama macam ni," ucap Heidry, mengenang memori masa lampau di saat mereka sentiasa bersama tanpa kenal erti jemu.

"Yeah... Dah lama sangat," akui Naura bersama anggukan sebelum menambah bicara.

"Sampai I tak boleh ingat bila kali terakhir kita minum macam ni."

Heidry menudukkan pandangannya ke bawah. Merenung meja yang berwarna kelabu.

18 Mac 2011. Itu kali terakhir you dengan I luangkan masa macam ni. Happily. Sebelum segala-galanya musnah, tutur Heidry sekadar dalam hati.

Heidry kembali memandang Naura. Merenung wajah comel gadis itu.

"How are you?"

Jeda.

"Do you miss me?" soal lelaki itu lagi. Penuh dengan makna tersirat.

Naura lempar senyum. Rambutnya yang panjang dan beralun disebak ke belakang.

"Of course I rindukan you. Dah bertahun-tahun kita tak jumpa. Hampir lima tahun juga I rasa. You masih merajuk dengan I ke?" soal Naura kedengaran bersahaja.

Heidry tersentak.

"I tak merajuk dengan you."

"Tipu!"

Naura cebik bibir.

"Kalau you tak merajuk dengan I, kenapa you putuskan semua connection kita? I e-mel you pun you tak balas."

Heidry buang pandang ke luar kafe. Hati terasa perit saat mengenang kisah lalu.

"I rindukan you," tutur Heidry. Meluahkan apa yang dia rasa selama ini.

"I pun rindukan you."

Heidry senyum. Hambar. Tawar.

"Tapi rasa rindu kita tak sama," kata Heidry. Datar.

Naura cukup faham apa yang dimaksudkan Heidry. Tapi dia tak nak berbicara tentang hal itu lagi. Hal itu sudah lama berakhir. Sudah menjadi sejarah dalam hidup mereka.

Gadis itu menarik nafas lalu dihela perlahan. Cuba berlagak biasa di hadapan Heidry. Seperti sedang bertemu kawan yang sudah lama terpisah.

"Macam mana you tahu pasal Sunshine? Dhani ke yang beritahu you?" tanya Naura, membuka topik baru. Tidak mahu terperangkap dalam memori lalu.

Heidry sekadar mengangguk. Kawan baiknya itu yang memberitahunya. Jika tidak, sudah tentu Sunshine sudah jatuh ke tangan orang lain saat ini.

"I'm sorry. I can't do anything. I dah cuba stop daddy you tapi dia masih nak jual Sunshine."

"You cuba stop Dato Hamzah?" soal Heidry, sedikit terkejut dengan bicara Naura.

"Yeah... Sebab I tahu you tak akan izinkan Sunshine dijual. I tahu Sunshine sangat bermakna buat you. Hilman pun dah cuba stop daddy you. But we can't do anything. That's why I beritahu Dhani. I tak tahu macam mana nak contact you."

Sepi. Heidry hanya mendiamkan diri.

"Sekarang macam mana? You berjaya stop daddy you daripada jual Sunshine?" tanya Naura, ingin tahu. Terpancar riak ambil berat di wajah gadis itu.

Heidry menggeleng lemah.

"Dia bagi I dua pilihan kalau I tak nak Sunshine dijual."

Mata Naura sedikit membesar. Dia tidak tahu pasal pilihan yang Dato Hamzah tawarkan pada Heidry.

"Apa pilihan yang dia bagi?"

"Pilihan pertama, dia nak I tinggal dengan dia dan kerja dekat Hussien Holdings. I rasa ada orang akan mengamuk kalau I setuju dengan pilihan pertama ni," kata Heidry merujuk kepada Datin Widad.

"Eh... Ada pula cakap macam tu. I tak rasa auntie akan mengamuk. You pun famili dia juga."

Heidry tersenyum sinis.

"You belum cukup kenal dia, Naura."

Naura mula rasa kurang selesa bila Heidry mula nak burukkan nama mama Hilman. Cepat-cepat dia tanya pasal pilihan kedua Dato Hamzah. Dia tidak mahu Heidry berterusan memburukkan Datin Widad. Naura cukup tahu yang Heidry tidak pernah suka wanita itu, malah tidak pernah menganggap wanita itu ibu tirinya.

"Pilihan kedua, dia nak I take over Sunshine and bring profit within six month."

"Hmmm, that's great! I setuju kalau you ambil alih Sunshine. I tahu you boleh hidupkan Sunshine semula."

"Tapi tinggal di rumah Dato Hamzah termasuk dalam pilihan kedua," beritahu Heidry.

Ini yang membuatkan hatinya berat untuk menerima pilihan yang diberikan. Tapi kalau dia tak terima, Sunshine akan dijual. Apa yang harus dia lakukan?

"Oh come on, Heid. Takkan you tak boleh tolerate sikit demi Sunshine? I tak rasa tinggal dekat rumah daddy you satu masalah yang besar."

Senyuman terbentuk di hujung bibir.

"Heid. I dah lama tak dengar you panggil I Heid."

Rahang Naura terjatuh separuh.

"Oh my God! Kita tengah bercakap pasal benda yang serius, you boleh pula point out I panggil you Heid. Memang selama ni I panggil you Heid, kan?"

Senyuman tersungging sekali lagi di hujung bibir Heidry.

"Yeah. Cuma I dah lama tak dengar panggilan tu. Kat sana semua orang panggil I Heidry."

Terbit tawa halus di bibir mungil Naura.

"Heid, Heid, Heid, Heid, Heid, Heid, Heid, Heid, Heid! Ha, puas?"

Senyuman Heidry semakin melebar dan akhirnya dia tertawa bersama Naura.

"Puas sangat!"

"Macam-macamlah you ni," komen Naura sambil menggeleng perlahan.

Heidry capai cawan kopi di depannya dan dibawa ke bibir. Menyisip Hot Lattenya, membasahkan tekak.

"So... Berbalik pada topik asal kita, apa yang you akan buat? Will you stay here and take over Sunshine?"

Mata Heidry memanah tepat ke anak mata Naura. Lama. Riak wajah lelaki itu bertukar serius.

"Kalau I stay sini, you akan balik semula kepada I?"

Naura terkesima. Bibir diketap. Perlahan. Tidak menyangka Heidry akan menyoalnya dengan nada yang sebegitu. Nada yang lirih. Gadis itu dapat rasai keperitan pada nada suara Heidry. Dia tidak mampu mengendahkan soalan lelaki itu dan menukar topik seperti di awal perbualan mereka tadi.

"Heidry, I..."

"You're not happy with him, Naura," potong Heidry.

"Siapa cakap I tak happy?" soal Naura, kurang senang. Nada suaranya tiba-tiba berubah. Seakan-akan terkesan dengan bicara Heidry.

Heidry menjeling jari-jemari Naura yang diletakkan di atas meja.

"Tak ada cincin pun kat jari you. Jangan cakap dengan I yang you dengan dia masih tak ada apa-apa ikatan lagi setelah lima tahun you dengan dia bersama."

Terus Naura sembunyikan tangannya di bawah meja.

"Dah lima tahun, Naura. Sampai bila you nak macam ni? Sampai bila you nak mengejar sesuatu yang tak mungkin akan jadi milik you?" tanya Heidry, bersahaja.

Daripada topik tentang Sunshine, kini berubah ke topik peribadi.

"Dia akan jadi milik I," tegas Naura.

"You nak tunggu berapa lama lagi? Lima tahun lagi? Atau sepuluh tahun lagi? Berapa tahun yang you perlukan untuk buat you sedar yang you dengan dia tak mungkin bersama?"

Naura tajamkan pandangannya. Riak wajah gadis itu sudah berubah. Tidak semanis tadi.

"How about you?" tempelak Naura.

"Sampai bila you nak tunggu I? Sampai bila you nak mengharap pada I? Sampai bila you nak larikan diri ke Spain? Berapa tahun yang you perlukan untuk buat you sedar yang I tak mungkin jadi milik you?"

Naura kembalikan soalan yang sama pada Heidry. Lebih tajam. Lebih pedas. Lebih menyakitkan dan memedihkan hati.

Heidry terdiam. Berubah terus wajahnya apabila ditempelak sebegitu rupa.

Dengan kasar, Naura bangkit dari duduk. Melangkah pergi tanpa sepatah bicara. Meninggalkan Heidry di situ.

Heidry hanya mampu menghantar pemergian Naura dengan pandangan mata. Tubuhnya disandarkan ke belakang bersama helaan nafas yang berat. Dia tak ada niat nak buat Naura naik angin. Tapi... Yeah! Dia dah buat Naura naik angin dan rosakkan pertemuan pertama mereka setelah lima tahun tidak bertemu.

Ya, salah dia. Dia tak patut naikkan isu Hilman. Dia bukannya baru sehari dua kenal Naura. Gadis itu memang terlebih sensitif akan hal-hal yang berkaitan dengan Hilman.

Tangan mencapai Hot Latte dan dibawa rapat ke mulut. Ingin membasahkan tekak. Namun, baru sahaja dia ingin menyisip minuman itu, belakang kepalanya terhantuk dengan belakang kepala seseorang. Mujur air separuh panas itu tidak tumpah. Lelaki itu terus menoleh ke belakang. Spontan. Dan matanya terkunci pada seseorang. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro