Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 5

"Yay!" Hana bersorak gembira. Akhirnya dapat juga dia kerja baru. Kerja di kedai jam Colin yang terletak di Suria KLCC. Alhamdulillah! Hari ini, keletihannya berbayar juga. Berbaloi! Awal pagi, dia curi-curi keluar dari rumah. Fuh!

Hana tersengih-sengih sambil tangannya memegang beg silang yang tersangkut di tubuh. Tangan kanannya menyeluk kocek seluar mengeluarkan Samsung Mini Galaxy miliknya. Sepasang matanya mengecil tatkala terlihat nama Harraz terpampang di skrin alat itu. 30 Missed Calls? Terbelalak anak matanya melihat angka yang tertera.

Apa hal pula tiba-tiba cari aku? Errr, boleh tak kalau aku biarkan aje dulu? Bukan selalu aku nak seronok sorang-sorang, kan? soalnya sendiri. Hana lantas menyisipkan semula objek itu ke dalam poket. Wah! Gembira sungguh hati.

Leka melilau memandang pada bangunan tinggi itu barulah hatinya terusik untuk melihat jam di pergelangan tangan. Jantungnya berdebar. Makkk oiii! Empat petang?

Mampus aku, mampus! Harap-harap umi tak tanya mana aku menghilang. Terkocoh-kocoh dia mengeluarkan telefon pintarnya. Mahu menelefon Puan Ashikin yang sememangnya tengah risau. Sambil berlari-lari anak, sambil itu juga tangannya ligat keluarkan telefon dari poket. Pap! Tubuhnya dilanggar seseorang. Hana jatuh tersungkur. Lengannya menggesel lantai. Barang yang dibeli tadi tercampak hingga terkena kaki pemangsa. Pula! Berkerut-kerut wajah Hana menahan pedih.

Adoi! Siapalah manusia tak ada mata ni? Dia mendongak. Seorang gadis cantik bertudung tunduk mendekati dia.

"Maaf, cik..." Gadis itu memegang lengan Hana dan meniup-niup lembut.

"Maaf, saya terlanggar. Saya minta maaf banyak-banyak. Ada luka kat mana-mana? Saya boleh suruh suami saya bawa cik ke klinik."

Hana tersenyum nipis. Alahai, baiknya perempuan ini. Nampak gaya gadis yang tidak dia ketahui namanya itu seperti sedang mengejarkan sesuatu juga. Hana perlahan-lahan bangun.

"Tak apalah. Sikit aje. Awak pun nampak macam tergesa-gesa aje?" tanya Hana bersahaja. Lemah lembutnya perempuan bertudung lilit itu. Gadis itu bantu dia mengutip semula barang yang bertaburan di atas lantai. Hana menepuk-nepuk seluarnya. Huluran disambut mesra.

"Saya dari kedai jam tu..." Dia tuding jari ke arah sebuah kedai jam yang disinggah Hana sebentar tadi.

"Saya jumpa sepupu saya kat sana. Minta tolong dia betulkan tali jam saya. Lepas tu suami saya pula telefon, dia beritahu yang dia dah sampai kat sini. Tu saya nak cepat. Kami nak balik ke Pulau Pinang hari ni. Maaf, ya..." Satu per satu dia jelaskan. Harap Hana faham keadaannya.

"Eh! Kedai jam tu sepupu awak punya ke?"

Gadis itu geleng. Tak.

"Tu kedai papa saya," jawabnya ringkas.

"Papa awak?" Perghhh!

Mesti anak orang berada dia ni, teka Hana dalam hati.

Gadis itu angguk kepala.

"Ya, Yunus tu papa saya."

Sekali lagi Hana mahu tersedak.

"Dato Yunus tu ayah awak?" soalnya untuk kesekian kali dengan rasa kurang percaya. Gadis itu langsung tidak sombong. Lembut, sopan dan berbudi bahasa. Memang untunglah suaminya dapat isteri begini.

Gadis itu ketawa kecil.

"Ya, dia papa saya. Kenapa?" Sempat pula mereka berbual. Kata dah lambat.

Hana garu-garu kepalanya yang tak gatal.

"Oh! Saya baru aje minta kerja kat situ. Tak sangka jumpa anak tauke kat sini..."

"Oh, begitu. Nama saya Syuhaida." Gadis jelita itu menghulurkan tangan mahu berjabat.

"Hana." Hana turut memperkenalkan diri.

Syuhaida mengusap tangan Hana.

"Maaf sekali lagi, ya? Saya kena pergi, suami saya dah sampai. Apapun, ni kad saya." Syuhaida keluarkan sekeping kad perniagaan. Senyuman mekar tersungging di bibir.

Hana terkedu. Wah! Pengurus kedai barang kemas Suzana? Siapa pula Suzana? Huh! Entah-entah ibunya...

"Terima kasih. Jumpa lagi," ucap Hana ikhlas. Alah! Nama pun tak sengaja.

"Saya doakan semoga Cik Hana gembira kerja dengan kami."

"Erk... Okey. Bye!"

Syuhaida mengemaskan beg tangan di bahu.

Haih! Untunglah yang terlanggar aku tadi anak tauke Colin, gumam hati Hana.

Lekas dia kirimkan pesanan ringkas kepada Harraz.

Harraz, ada apa awak call? - Hana

SYUHAIDA tarik daun pintu kereta Honda Accord yang terpakir kemas di tingkat bawah bangunan. Tangan Rizal dikucup. Lelaki itu sekadar tersenyum nipis.

"Sorry buat abang tunggu lama." Syuhaida meletakkan beg tangan di atas riba. Kepalanya dia sandarkan ke tingkap. Termengah-mengah nafasnya keletihan. Rizal menyingsingkan lengan kemejanya hingga ke paras siku. Hari ni, mereka akan pulang ke Pulau Pinang. Tinggalkan Kuala Lumpur dengan hati yang belum cukup rela sepenuhnya. Sekurang-kurangnya dia perlu tahu rumah Mariah.

"Syu, dah betulkan tali jam tu?" Matanya fokus pada jalan raya. Sterengnya dipusing mengambil tempat di belakang sebuah lori sementara lampu isyarat masih merah.

Isterinya angguk.

"Dah. Hasmiza kirim salam kat abang. Tadi lepas Syu dapat call dari abang, Syu terus meluru keluar. Tak nak abang tunggu lama. Kesian abang nanti. Lepas tu secara tak sengaja Syu terlanggar orang."

Rizal ketawa kecil. Dia menggeleng kepala. Haih! Syuhaida...

"Lelaki ke perempuan orang yang awak langgar tu? Dah minta maaf dah?" soalnya sambil mengetuk-ngetuk stereng.

"Syu dah minta maaf kat dia. Syu kelam-kabut sangat."

"Lain kali jangan kelam-kabut sangat, Syu."

"Saya faham, bang." Syuhaida ketawa kecil.

"Dia tu rupa-rupanya ada minta kerja kat kedai jam papa. Kebetulan, kan? Masa tu pun dia baru aje keluar dari kedai baju."

"Oh! Budak perempuan tu seorang aje ke?"

"Haah. Dia seorang. Peliklah takkan dia tak ada boyfriend?" Rizal menjeling isterinya sekilas lalu. Kemudian dia meluruskan kembali perhatiannya ke jalan raya. Lampu isyarat sudah bertukar hijau.

"BF dia sibuklah tu. Yalah, takkan nak berkepit aje dua puluh empat jam, kan? Dah kahwin lainlah. Wajib berkepit."

"Betul juga. Harap-harap Hana okey kerja kat situ, kan bang? Bukan apa, abang tahu-tahu ajelah Hasmiza tu cerewet orangnya. Risau pula Syu kalau Hana tak selesa kerja kat kedai jam papa."

Suaminya angguk mengeyakan. Kenapa dia tak boleh lupa tatkala dia terserempak dengan Mariah dan seorang lelaki yang dia sendiri kurang pasti? Meronta-ronta buas jiwa lelakinya mahu tahu alamat rumah Mariah.

"Syu, awak tak nak duduk kat KL?"

"Kenapa?"

"Tak ada apa. Saja saya nak tahu."

"Nak tu memanglah nak, bang. Tapi business Syu macam mana? Syu dah janji dengan mama nak uruskan perniagaan kat Pulau Pinang."

Rizal menghembuskan nafas. Tangan kirinya mengusap kepala Syuhaida.

"Kedai tu, tak boleh ke awak tukar tempat dengan adik awak? Biar adik awak yang jaga di Pulau Pinang?" Rizal mengetap bibir.

"Sebenarnya, abang lebih sukakan KL. Abang ingat nak tukar tempat kerja juga. Kita pindah sini. Pendapat Syu macam mana?" Memang tak dinafikan. Tekadnya kali ini adalah mencari Mariah sampai ke lubang cacing.

"Kalau itu keputusan abang, Syu ikut aje. Tapi takkan dalam masa terdekat ni? Abang tangguhkan dalam sebulan dua lagi, boleh? Bagi Syu bincang dengan adik Syu dulu."

"Okey." Hanya itu respons yang mampu dibalas oleh Rizal.

"Abang." Syuhaida mencapai tangan kiri suaminya lalu digenggam erat. Rizal tertegun. Mengapa nada suara isterinya langsung berubah?

"Kenapa, Syu?"

"Syu nak tanya sikit. Harap abang tak marah."

"Apa?"

"Abang... Abang tiba-tiba nak duduk KL, ada sebab lain ke?"

Suaminya terus membisu. Dia menatap kosong wajah Syuhaida yang mendambakan sebaris jawapan yakin.

"Syu cakap apa ni?"

Syuhaida terus membelai tangan Rizal. Sungguh dia mencintai kekasih halalnya itu.

"Syu pelik aje. Tak pernah pun selama ni abang nak tukar tempat kerja ke apa. Hari ni, abang..."

"Saya nak senangkan Syu juga. Biar dekat dengan rumah mak ayah Syu. Syu tak suka ke saya buat semua ni? Demi Syu, tahu?"

Syuhaida tersenyum. Manis senyumannya itu mampu menggoyahkan iman Rizal. Lekas sahaja suaminya memalingkan muka dari terus menatap wajah Syuhaida yang manja. Genggaman tangan Syuhaida dibiarkan bertindih di atas telapak tangannya. Anggap itu merupakan sentuhan jemari Mariah. Kejamkah dia? 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro