Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 9

      Malam ini adalah malam yang dijanjikan oleh Tengku Aizat Zharif untuk membawa Reene Aryssa berjumpa dengan daddy dan mummynya. Semasa sedang bersiap-siap, Reene terpikir akan sesuatu, "Macam mana kalau hubungan palsu yang aku dengan Aizat reka ni akan berakhir dengan perkahwinan?" bisik hati Reene Aryssa. Reene Aryssa yang tersedar yang dia tidak sepatutnya berfikir buruk itu lalu cepat-cepat menolaknya ke tepi.

        Selang beberapa minit kemudian, Reene Aryssa terdengar akan bunyi hon yang berada di hadapan rumahnya, lalu dia mengintai melalui langsir. Apabila diperhatikan, baru Reene perasan orang yang berada di dalam kereta Porsche itu ialah Aizat.

    ( Ni la kereta Aizat yang Reene terlanggar haritu dan sebab itulah juga dia kena langsaikan hutangnya. )

    Reene yang memakai baju dress labuh berwarna coklat lembutdipadankan dengan tudung bawal keemasan pantas turun ke tingkat bawah danmenyarungkan kasut wedges berwarna krim. 

( Haa..macam ni la baju yang Reene pakai nak pergi jumpa mummy and daddy Aizat.. )

        Lalu Reene pun keluar dari rumah dan mengunci pintu. Zaty tiada di rumah kerana ada group assignment di rumah kawannya. Reene Aryssa yang pelik kerana Tengku Aizat Zharif tahu akan alamat rumahnya lalu teringat, yang Tengku Aizat Zharif pernah meminta alamat rumah Reene.

      Reene Aryssa masuk ke dalam kereta, lalu kereta itu memecut laju. Semasa hendak memasuki satu simpang, Reene terbaca akan satu signboard yang tertulis, "The Permata Heighs". Terbeliak mata Reene apabila melihat nama itu. "The Permata Heighs" bukan calang-calang orang boleh duduk. Orang yang duduk di sini kebiasaannya yang berpoket tebal.

      Setibanya di rumah Tengku Aizat Zharif, Reene Aryssa mengambil kesempatan untuk melihat kawasan perumahan. Ada rumah yang dua tingkat, tiga tingkat malahan empat dan lima tingkat pun ada. Reene terasa pening melihatkan reka bentuk luaran rumah pun anggarannya berjuta-juta. Belum lagi melihat di dalam rumah.

      Setelah beberapa minit berlalu, Tengku Aizat Zharif pun memasukkan kereta ke satu kawasan perumahan. Reene yang merasakan rumah itu milik Tengku Aizat Zharif lalu berkata dalam hati, "Mak aih.. besarnya rumah dia. Tiga tingkat uh.. Rumah papa aku pun baru dua tingkat.".

     ( Besarkan rumah Aizat. Belum tengok design dalam rumah lagi. )

      "Jom ikut aku." kata Aizat. Reene yang sudah mula menggelabah lalu bertanya kepada Aizat, "Apa yang saya kena jawab dekat mummy dengan daddy awak nanti?". Aizat Zharif pun membalas, "Jawab mana yang perlu je. Dah jom! Jangan risau aku back up la mana patut nanti".

       Tengku Shah dan Puan Juliana yang terdengar akan kereta anaknya masuk ke perkarangan rumah lalu mereka bergegas untuk ke pintu. Reene dan Aizat memberi salam. Salam mereka disambut segera oleh Tengku Shah dan Puan Juliana. 

    Reene Aryssa pun mencium tangan Puan Juliana ketika menyalami tangan wanita itu. "Jemputlah masuk." kata Tengku Shah beserta senyuman.

      Sewaktu Reene Aryssa melangkah masuk ke dalam rumah banglo tersebut, alangkah terkejutnya dia apabila melihat reka seni dalaman rumah tersebut sungguh memukau. "Cantiknya rumah auntie." kata Reene. 

     Puan Juliana yang mendengar tetamu merangkap bakal menantunya berkata sesuatu lantas menjawab, "Ala, rumah biasa-biasa je ni.".

     Semasa mereka sedang duduk berbual-bual di ruang tamu, datang seorang perempuan yang memakai baju berwarna biru, iaitu pembantu rumah Aizat Zharif memberitahu bahawa makan malam sudah siap. 

      "Marilah kita ke ruang makan, sambil makan sambil borak-borak." kata Tengku Shah. Reene perasan akan beberapa lagi orang yang memakai baju berwarna biru. "Ramai jugak pembantu rumah parents Aizat ni", katanya dalam hati sambil matanya melilau.

        Sedang mereka semua menikmati makanan, Puan Juliana memulakan pertanyaan, "Sapa nama dan asal dari mana?". Reene Aryssa yang sudah berdebar kerana ditanya secara mengejut berpura-pura tenang dan menjawab, "Nama saya Reene Aryssa Dato' Muhamad Zaki dan saya berasal dari Pahang, auntie.".

       "Ish.. apa pulak auntie. Panggil je mummy. Lagipun tak lama lagikan Reene dah nak jadi sebahagian daripada keluarga ni." jawab Puan Juliana. Tersedak Reene Aryssa yang sedang minum air lalu mengambil tisu yang dihulurkan oleh Aizat di sebelahnya dan mengelap mulutnya.

      Puan Juliana berkata, "Ya Allah, minum air tu perlahan-lahan lain kali.". Reene membalas, "Baik, mu..mummy." dengan tergagap-gagap. Tengku Shah yang lama berdiam diri pun menyampuk, "Tak pe, tak lama lagi biasa la dengan panggilan mummy dan daddy." sambil tersenyum mesra.

      Semasa Puan Juliana dan Tengku Shah ke dapur, Aizat mengambil kesempatan untuk berkata sesuatu, "Kau ni kenapa sampai tersedak ni? Buat relax dah la.", katanya dengan nada geram. Reene yang mendengar apa yang dikatakan oleh Aizat itu berasa mahu mencekik Aizat juga dikala ini. Baru Reene hendak membalas, mummy dan daddy Aizat kembali.

     "Sorry ye Reene, ada masalah sikit dekat dapur tadi." kata Tengku Shah. "Ouh, tak pe." jawab Reene dengan senyuman. "Berapa umur Reene? Mummy tengok Reene macam muda lagi je.", tanya Puan Juliana. 

     "Saya baru 23 mummy." jawab Reene. "Molek sangat la tu, Aizat 25 tahun dan Reene 23 tahun. Tak jauh bezanya." balas Tengku Shah lagi.

     Setelah sekian lama berbual, Aizat meminta diri untuk menghantar Reene pulang ke rumah. Tiba-tiba Puan Juliana memanggil Reene Aryssa. Reene merasakan yang hatinya tidak sedap lantas menyahut panggilan mummy Aizat. 

     Reene terlihat sebuah kotak baldu berwarna merah berada di tangan Puan Juliana. "Sebelum Reene pulang, mummy nak letakkan tanda dekat Reene. Nanti Reene bincang elok-elok dengan parents Reene ye.", kata Puan Juliana.

      Reene Aryssa tidak mampu berkata apa-apa. Dia hanya memandang Aizat yang berdiri di sebelahnya dan terlihat Aizat mengangguk. Dalam masa yang sama, Reene tidak sanggup menghampakan hasrat Puan Juliana yang baik terhadapnya.

     "Mummy harap Reene dapat bimbing dan jaga anak mummy elok-elok ye. Ha Aizat, kamu jangan nak menyakat menantu mummy ni lebih-lebih sangat", pinta Puan Juliana.

    Lalu Aizat dan Reene pun masuk ke dalam kereta dan keluar daripada perkarangan rumah Tengku Shah. Semasa dalam perjalanan ke rumah sewa Reene Aryssa, Aizat Zharif berkata sesuatu, "Aku tak sangka pulak mummy dengan daddy nak kita kahwin." dengan nada yang perlahan.

      Reene yang seakan tidak percaya yang dia sudah menjadi tunang orang itu duduk bersandar dan termenung lalu membalas, "Betullah firasat saya dari awal lagi saya dah agak benda macam ni akan terjadi. Mama saya pernah cakap, kalau kita berbohong, perkara yang kita bohongkan tu akan makan diri kita balik." balas Reene panjang lebar.

     "Ye la. Aduh, tapi nak buat macam mana, mungkin dah memang jodoh kita. Kau dengan aku kena terima dengan hati yang terbuka. Takdir kita berdua. Apa yang penting sekarang ni, kau kena bagi tau mama dengan papa kau pasal benda ni. Kau kata dekat dia orang yang kau dah ada pilihan hati means pilihan kau sendiri." kata Aizat dengan bersungguh-sungguh.

    Setelah sampai di rumah sewanya, Reene berfikir-fikir sama ada hendak memberitahu papanya pasal perkara ni ataupun menolak saja cadangan mummy Aizat. Dek kerana terlalu berfikir dan penat lalu dia terlelap di atas katil.


x rindaennaa x

P/s: Panjang dan bergambar sikit chapter kalini. Khas untuk semua pembaca yang setia menunggu dan menyokong. Sorry kalau ada typo. Love, XoXo! ^_^

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro