Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 8

            Pada waktu petang, kebiasaannya ahli keluarga Tengku Shah akan berkumpul di ruangan minum petang. Kebiasaannya mereka akan makan kuih seri muka dan minum air teh panas. Semasa semua orang sedang sibuk menikmati juadah petang, Tengku Aizat Zharif juga sibuk dengan laptop miliknya. Ada kerja banyak katanya, maklumlah CEO syarikat terkenal daddynya yang terkenal dan tidak lama lagi dia bakal mengambil alih syarikat daddynya itu.

           Puan Juliana yang terpandang akan anaknya yang berada di ruang tamu yang tidak menyertai teatime itu lalu berkata, "Aizat, mari makan kuih seri muka ni. Penat mummy buat, marilah jamah sedikit." kata Puan Juliana sambil memujuk anaknya.

          Tengku Aizat Zharif yang tidak sampai hati ingin menolak pelawaan mummynya lalu menuju ke taman yang berhampiran dengan tempat di mana teatime diadakan. Tengku Aizat Zharif pun duduk di sebelah kerusi mummynya lalu mencapai kuih seri muka dan merasanya. "Wow! Sedapnya mummy." jerit Tengku Aizat Zharif sambil menikmatinya.

          "Ha.. kan mummy dah cakap. Mesti menyesal kan? Nasib baik mummy ada tinggalkan untuk Aizat sikit." kata Puan Juliana seakan mengusik. Tengku Aizat Zharif yang melihat kereta Tengku Shah yang tiada di porch lalu bertanya kepada mummynya, "Daddy pergi mana mummy?" tanya Aizat.

         "Pergi mana lagi, pergi keluar dengan kawan dia la. Baru je lagi berangkatnya. Semakin tua ni, makin kerap pulak dia keluar dengan kawan-kawan dia." kata Puan Juliana sambil mengeluh.

        "Tak apa la mummy, sekali-sekala daddy keluar. Lagipun dia keluar dengan kawan dia je pun." balas Tengku Aizat Zharif dengan lembut.

        "Er, Aizat dah jumpa ke teman hidup?" tanya mummy dengan perlahan. Puan Juliana tidak akan mengutarakan topik itu jika suaminya ada, khuatir suaminya akan membebel terhadap anaknya.

       Tengku Aizat Zharif yang seakan terkejut dengan persoalan mummynya itu lalu menjawab dengan tenang, "Dah ada mummy." jawab Tengku Aizat Zharif sambil tersenyum. Puan Juliana terkejut kerana anaknya itu mana pernah lekat dengan satu perempuan. Dia sendiri pun menggelarkan anaknya itu 'playboy'. 

         Puan Juliana membalas, "Biar betul Aizat. Nak cari teman hidup ni kena cari yang serasi dengan kita. Bukan macam pilih-pilih baju tau. Dan mummy taknak bakal wife Aizat tu macam awek-awek Aizat yang ramai sebelum ni". "Ye mummy, Aizat tau tu. Aizat dah 25 tahun, tahun ni, dah besar pun." balas Tengku Aizat Zharif seakan merajuk.

        "Mummy tau Aizat dah besar, tapi umur je la. Perangai still macam budak-budak.", jawab Puan Juliana sambil tergelak. Dia yang melihat anaknya hanya tersenyum lalu berkata, "Bawaklah dia datang jumpa mummy dengan daddy. Boleh mummy kenal-kenal dengan dia.". Tengku Aizat Zharif berdebar apabila dipersoalkan tentang itu.

         "Er..er.. mummy betul ke nak Aizat bawak dia datang rumah? Apa kata daddy nanti? Dia tak marah ke?", balas Tengku Aizat Zharif bertubi-tubi atau lebih kepada nak mengelak daripada membawa Reene ke rumahnya. "Taklah. Takkan marahnya. Daddy Aizat tu kalau dengar pasal menantu lagilah dia tak sabarnya, mengalahkan mummy tau." jawab Puan Juliana bersungguh.

        "Oh, okaylah. Bila mummy nak suruh Aizat jemput dia?" balas Tengku Aizat Zharif senada. Puan Juliana memikir sejenak, lalu menjawab, "Selasa minggu depan mummy dengan daddy free. Aizat jemput la dia ya? Jemput datang makan malam.". "Ermm, okay!" balas Tengku Aizat Zharif.

          Tanpa membuang masa, Tengku Aizat Zharif laju menuju ke tingkat di mana biliknya terletak. Dia mencapai handphonenya lalu menaip mesej dengan laju kemudian dia menekan butang send. Mesej tersebut adalah untuk Reene Aryssa yang bertulis, "Selasa depan kau kena datang rumah aku. Mummy dengan Daddy aku nak jumpa. Pakai baju elok-elok sikit. Aku ambil kau kat rumah pukul 8 malam. Jangan lupa!". 

      Setelah berpuas hati mesej tersebut sudah sampai, lalu dia menuju ke bawah semula untuk menyiapkan tugasnya yang tergendala sebentar tadi.

                                                                                     <3

        Reene Aryssa yang sedang menulis sesuatu di dalam bukunya berasa terganggu dengan bunyi mesej yang masuk di telefonnya. Reene Aryssa pun cepat-cepat membukanya dan membaca. Kemudian... "What! Minggu depan? Cepatnya. Baju apa aku nak pakai ni. Alamak, ni kes berat ni." jerit Reene Aryssa sambil menarik-narik rambutnya dengan perlahan.

       Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.. "La..Encik Google kan ada. Taip je terus keluar." kata Reene Aryssa dengan muka bangganya. "Ha.. jumpa pun. Rasanya cara ni yang paling berkesan. Harap-haraplah menjadi." kata Reene Aryssa.


x rindaennaa x

P/s: Maaf sebab kalini punya chapter agak pendek sikit, Admin akan make sure next bab panjang sikit. Thanks for those yang still baca cerita ni and sabar menunggu. ><' Doakan Admin banyak idea yang best-best okay... Xoxo!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro