Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 6

        "Aizat muda lagi la mummy. Tak puas nak enjoy lagi. Nanti-nantilah Aizat kahwin ya mummy." kata Aizat kepada wanita yang paling disayanginya.

       Puan Juliana sudah tidak tahu apa yang hendak dikatakan terhadap anaknya. Anaknya itu selalu memberi alasan apabila disuruh untuk berkahwin. "Aizat, mummy bukan hidup selama-lamanya atas muka bumi ni. Mummy dah tua Aizat. Aizat sorang je anak mummy. Mummy nak tengok anak mummy kahwin. Mummy teringin sangat nak jadi nenek. Kawan-kawan mummy yang lain semua dah merasa. Mummy bila lagi?" kata Puan Juliana dengan suara yang sedih.

       Ini lah yang Aizat tidak suka setiap kali berada di rumah. Pasti mummynya akan menyuruhnya untuk berkahwin. "Ala mummy. Jangan la sedih-sedih. Aizat bukan apa. Lagipun Aizat tak ada calon lagilah mummy." sambil memegang tangan mummy kesayangannya.

       Tengku Shah yang duduk di sebelah isterinya berkata, "Kalau Aizat tak ada calon, mummy dan daddy dah ada calon untuk Aizat. Dia ada dekat Mesir sekarang ni." katanya dengan tenang.

       "Mummy dengan daddy jangan nak buat pilihan untuk Aizat. Kalau boleh aizat nak cari teman hidup Aizat sendiri. Zaman sekarang bukan macam dulu daddy. Mana ada dah jodoh aturan keluarga ni." balas Aizat dengan protes.

        "Kalau Aizat tak nak dijodohkan dengan calon pilihan mummy dan daddy, Aizat kena cari teman hidup mulai sekarang. Jangan nak berfoya-foya dengan teman wanita Aizat yang dah beratur keliling pinggang tu. Daddy nak Aizat tinggalkan semua perempuan-perempuan tu. Aizat mesti cari isteri yang menutup aurat, yang dapat membimbing anak-anak Aizat, dapat menjaga makan dan pakai Aizat, yang bukan mata duitan dan bukannya yang tidak cukup kain dan suka mengikis harta Aizat. Cari yang boleh menerima Aizat seadanya." kata Tengku Shah dengan panjang lebar.

       "Tapi daddy.." tidak sempat Aizat ingin menghabiskan kata-katanya, Tengku Shah memintas, "Tak ada tapi-tapi Aizat. Mummy dan daddy bagi Aizat tiga bulan untuk mencari teman hidup. Kalau dalam masa tu Aizat tak jumpa jugak, mummy dan daddy akan jodohkan Aizat dengan pilihan kami." kata Tengku Shah tanpa kompromi.

      "Mummy cakap la dengan daddy." kata Aizat dengan nada suara yang sedikit merayu kepada Puan Juliana. Puan Juliana membalas, "Bukan mummy tak kata Aizat, mummy dah tak ada pilihan. Aizat kena ikut jugak cakap daddy. Ikut ya sayang." kata Puan Juliana sambil mengusap rambut anak tunggalnya.

                                                                                                 <3

       Malam itu setelah makan malam, Aizat terus masuk ke dalam bilik. Dia baring di atas katil lalu memikirkan syarat yang daddynya berikan siang tadi.

      "Kalau berada di Mesir, mestilah dia belajar benda-benda yang berkaitan dengan agama," terlintas di fikirannya. "Takkan la aku nak kahwin dengan ustazah pulak. Tak serasi la dengan aku ni." katanya sambil mengeluh perlahan.

      "Apa kata aku amik je awek cun tu jadi isteri aku, kan senang. Tapi nanti dia ingat aku terhegeh-hegeh dekat dia pulak. Erm, nantilah aku pikirkan." katanya lalu mematikan lampu tidur dan melelapkan mata.

                                                                                              <3

Keesokan harinya....

       Semasa di office, Aizat lebih banyak termenung daripada membuat kerja. Paan yang lalu di hadapan bilik majikannya itu terus mengetuk pintu lalu masuk ke dalam. Tanpa dijemput, dia duduk di atas kerusi yang berhadapan dengan majikannya.

       Aizat yang perasan akan Paan, kawan baiknya merangkap sepupu dan rakan sepejabatnya di hadapannya tidak dipedulikannya, sebaliknya dia sambung termenung.

       Paan yang merasakan sepupunya itu ada masalah lalu bertanya, "Kau ni kenapa? Aku tengok kau termenung je. Kau teringatkan dekat awek-awek kau yang keliling pinggang tu erk? Tengah pikir nak bawak keluar yang mana hari ni?" balas Paan dengan nada bergurau senda.

       Aizat bengang apabila diperli sebegitu lalu berkata, "Kau tak tau apa-apa kau diam je la!" katanya dengan nada yang sedikit tinggi. Terkejut Paan apabila Aizat meninggikan suara terhadapnya. Selama ini Aizat mana pernah berkelakuan seperti ini. "Ni mesti ada masalah besar ni." bisik hati Paan.

     "Ok fine. I'm sorry. So, ceritakan dekat aku apa dah terjadi sampai kau berubah 360 darjah ni?" Paan bertanya dengan wajah yang serius.

      Aizat yang sememangnya ingin meluahkan perasaan itu, menceritakan kepada Paan tentang segala masalahnya.

     "What!! Daddy kau nak kau kahwin? Hahaha.." Paan berkata sambil tergelak. Aizat yang merasakan kawannya itu tidak serius terus menjawab," Kau ni bukan nak tolong aku. Tolong gelakkan aku ni lagi ada." kata Aizat lagi dengan wajah kecewa.

      "Ok ok. Sorry. So, what's your plan?" tanya Paan dengan rasa ingin tahu. "Aku ada kenal seorang perempuan ni. Tapi takkan la aku nak mintak tolong dia. Nanti dia ingat aku terhegeh-hegeh dekat dia pulak." kata Aizat lagi.

      Paan pun menjawab, "Perempuan mana ni? Aku kenal tak?", tanyanya dengan rasa ingin tahu. Aizat menjawab, "Kau tak kenal dia. Aku baru terkenal dia minggu lepas", jawab Aizat.

      "Apa yang kau maksudkan dengan 'terkenal'? Sapa nama dia?" tanya Paan lagi. "Ermm nama dia pun aku tak tau." jawab Aizat dengan selamba. Paan bertanya kembali, "Tak nak citer kat aku ke? Citer ar..", katanya dengan tidak sabar. Aizat membalas, "Macam ni citer dia...". Aizat pun menceritakan insiden yang telah berlaku seminggu lalu berdekatan dengan Tesco.

      "Oh.. Kau mintak je la tolong 'awek cun' kau tu. Lagipun kan kau kata kau nak suruh dia buat sesuatu sebagai membayar ganti rugi tu." Paan membalas. "Tapi macam mana erk?" jawab Aizat terpinga-pinga.

     "Bro, kau suruh je la dia berlakon jadi girlfriend merangkap isteri kau, apa yang susahnya." balas Paan dengan panjang lebar.

      "Er, betul jugak erk. Berguna rupanya otak kau ni. Aku ingat kerja kau buat lawak bodoh je sepanjang masa." kata Aizat dengan sinis.

      "Hahaha, baru kau tahu aku sapa?" kata Paan dengan sedikit bangga. Aizat menjawab, "Tahu. Kau tu beruk." jawabnya dengan kasar. Mereka berdua berpandangan lalu ketawa berdekah-dekah.


x rindaennaa x

P/s: Sorry if ada typo.. halal ekk. Buat yang tak sabar menanti bab seterusnya kena bersabar and tolong sharekan link cerita ni tau.. Ajak ramai-ramai baca baru seronok.. Support me 600 readers k ! ^_^ 

And don't forget to vote tauu !! Love Ya...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro