BAB 5
Malam itu, Zaty dan Reene makan spaghetti bolognese. Siapa lagi yang selalu masak kalau bukan Reene Aryssa. Bukannya Zaty tidak pandai memasak, cuma hari ini dia terasa malas.
Selesai makan, Reene bangun lalu mengutip pinggan untuk dicuci. Zaty terpaksa masuk ke bilik awal kerana ada assignment yang perlu disiapkan. Sesudah mencuci pinggan, handphone Reene berbunyi menandakan mesej whatsapp masuk.
Dia pun membuka mesej tersebut. Alangkah terkejutnya apabila melihat nama yang tertera pada tuan punya mesej itu, 'Mamat Kaya'. Mesej tersebut bertulis, "Lagi lima minit aku call, jangan tak angkat!".
Jarum jam menunjukkan pukul 9 malam. "Baik aku solat isyak dulu. Nak tunggu lima minit lambat lagi." kata Reene lalu menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Sesudah mengambil wuduk, Reene pun membentang sejadah, dan memulakan solatnya.
Tengku Aizat Zharif yang leka menonton televisyen tidak perasan akan lima minit sudah berlalu malahan lebih daripada lima minit. Lalu dia pun mencapai handphonenya, dan mencari nama 'Awek cun', terus menekan button call.
Setelah dua kali mencuba, tiada sebarang tindak balas. "Aik.. Perempuan ni dah tidur ke? Awalnya dia tidur. Ke dia saja tak nak jawab panggilan aku." katanya di dalam hati sambil tangannya tidak berputus asa untuk menelefon 'Awek cun'.
Semasa Reene Aryssa berada di rakaat yang terakhir, handphonenya sudah mula berdering. Setelah beberapa kali berdering, barulah Reene Aryssa menjawab panggilan tersebut. Terketar-ketar tangannya apabila melihat nama yang tertera di screen, 'Mamat kaya'. "Alamak dah lima missed call la. Matilah aku." kata Reene Aryssa lalu mengangkat panggilan tersebut.
Terdengar suara seorang lelaki memberi salam, lalu Reene menjawab salam tersebut. "Reti pun kau nak jawab call. Aku call banyak kali kenapa tak jawab!" tengking Tengku Aizat Zharif. Berdesing telinga Reene, sekali gus membuatkan hati Reene mendidih. Dia pun membalas, "Tadi saya solat isyak. Tu yang lambat sikit angkat call awak tu." kata Reene Aryssa dengan bersungguh.
Aizat membalas, "Huh! Alasan je semua tu. Yang sebenarnya kau tak nak angkat call aku kan?" kata Tengku Aizat Zharif dengan suara yang sedikit tinggi.
"Mana ada saya tipu awak. Apa yang saya dapat kalau tipu pun. Dah la, back to the point. Apa yang perlu saya buat sebagai membayar ganti rugi tu?" kata Reene Aryssa.
"Huh! Okay macam ni. Err.. sebenarnya aku pun tak pikir lagi apa yang perlu kau buat sebagai membayar ganti rugi tu. Ermm, macam ni. Lagi dua bulan aku call kau balik." balas Tengku Aizat Zharif.
"Pulak dah.. ermm ye la.. lagi dua bulan. Ada apa-apa lagi nak cakap? Kalau tak ada saya nak letak ni." kata Reene Aryssa dengan rasa malas. Tengku Aizat Zharif pun membalas lagi, "Err, tak ada dah. Ok la, bye." katanya lalu memutuskan talian.
"Hish! Suka sangat buat aku macam bercakap sorang je dengan handphone ni. Menyampah!" jerit Reene di dalam hati.
x rindaennaa x
P/S: Sorry lambat update sebab mood raya gitchew....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro