Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 4

          Zaty Aryssa dan Reene Aryssa merancang untuk membeli barang dapur memandangkan barang dapur di rumah sewa mereka sudah habis. Jadi, mereka mengambil keputusan untuk ke Pasaranya Tesco berhampiran. Seperti biasa, Reene Aryssa yang akan memandu kereta memandangkan apabila sampai di Tesco nanti, Zaty Aryssa yang akan menolak troli. Begitulah rutin mereka setiap kali keluar membeli barang.

          Semasa sedang memandu, Reene yang ingin memasuki selekoh tidak perasan akan kereta yang akan lalu di situ. Tiba-tiba.. Dum!! Bunyi itu memeranjatkan mereka berdua. Reene dan pemilik kereta berkenaan mengambil keputusan untuk berhenti di tepi jalan.

         Reene dan Zaty terus keluar dari kereta untuk melihat keadaan keretanya. Fuh! Nasib baik keretanya tidak teruk cuma tercalar sedikit sahaja. Tetapi agak teruk jugak kesan calar pada kereta yang dirempuhnya tadi.

         "Ya Allah! Macam mana ni. Apa kita nak kata kat pemilik kereta tu nanti?" kata Reene kepada Zaty dengan nada yang gelisah. Zaty pun membalas, "Ermm, kita mintak maaf je la dan bayar ganti rugi." lalu Zaty masuk ke dalam kereta kerana ingin menjawab panggilan yang mustahak katanya.

          Pemilik kereta Porsche itu terus keluar dari keretanya. Otak Reene ligat mengatakan mamat di hadapannya adalah anak orang kaya. "Matilah aku! Kalau dia nak saman aku macam mana? Aku bukannya ada banyak sangat duit nak bayar." bisik hati Reene.

         "Wow awek cun!", itulah perkataan pertama yang keluar daripada mulut Tengku Aizat Zharif. "Cantiknya perempuan ni. Tapi silap timelah dia terjumpa dengan aku!", bisiknya di dalam hati yang sedang membara.

         Lelaki yang berkulit putih dan berbadan tegap itu datang menghampiri Reene dengan wajah yang marah. Sambil menanggalkan cermin matanya lalu berkata, "Woi! Kau tak ada mata ke? Mana kau letak mata kau? Dekat kepala lutut? Kau ni ada lesen bawak kereta tak?" tengking Amsyar sekuat hati.

         "Huh! Harap muka je handsome tapi perangai... subhanallah." bisik hati Reene. Reene pun membalas, "Saya mintak maaf. Saya betul-betul tak perasan kereta awak." katanya dengan nada yang lembut.

         Tengku Aizat Zharif yang semakin panas hati mendengar perempuan di hadapannya menuturkan kata-kata maaf terus berkata, "Maaf? Apa maaf-maaf? Kau tak nampak kereta aku ni dah calar teruk disebabkan kereta buruk kau ni!" katanya dengan nada yang tinggi.

          Reene yang seakan menyedari mamat kaya dihadapannya mengutuk keretanya pantas berkata di dalam hati, "Ada ke patut dia kata kereta Honda Jazz aku ni kereta buruk? Papa aku baru hadiahkan aku kereta ni sempena hari lahir aku, minggu lepas baru sampai." kata hati Reene. "Ingat kereta dia cantik sangat? Huh!" kata Reene dengan perlahan.

         Tengku Aizat Zharif yang terdengar akan kata-kata yang keluar daripada mulut perempuan tersebut yang seakan menyindirnya lalu berkata, "Apa kau cakap? Pandai pulak nak melawan aku erk? Macam tak bersalah je." katanya dengan geram.

         "Aik.. dia dengar ke apa aku cakap tadi? Malunya, mana nak letak muka ni?" bisik hati Reene. Reene yang sedar hakikatnya dia sudah terlanjur kata lalu meminta maaf dan berkata, "Saya janji saya akan bayar ganti rugi." dengan nada yang cuba untuk meraih simpati.

           Tengku Aizat Zharif yang mendengar kata-kata tersebut terus datang menghampiri perempuan itu dengan lebih dekat. Reene yang perasan akan mamat kaya yang semakin menghampirinya lalu perasan akan sesuatu. "Dia lagi tinggi dari aku rupanya. Bukan tinggi sikit tapi banyak la jugak. Dari jauh nampak sama tinggi je." Reene berkata di dalam hati sementara perutnya sudah kecut ketakutan.

       Tengku Aizat Zharif pun berkata, "Aku tak nak duit kau!" katanya dengan tenang.

      "Habistu, awak nak saya buat apa sebagai membayar ganti rugi tu?" kata Reene pula. Tengku Aizat Zharif pun menjawab, "Ni nombor aku. Memandangkan aku ada meeting dan terpaksa sampai office awal so malam nanti aku Whatsapp kau. Bak sini nombor kau!" katanya sambil menghulurkan handphonenya.

         Reene membalas, "Oh, okay. Nah! Ni nombor saya." katanya sambil menunjukkan nombornya. Sebelum Tengku Aizat Zharif pergi, dia berkata, "Aku nak perkara ni kita berdua je yang tahu. Orang lain tak boleh tahu, termasuklah kawan kau tu." katanya sambil memuncungkan mulut ke arah Zaty.

         "Perkara ni tu perkara apa? Pasal accident ni? Tapi dia kan dah tau." balas Reene dengan suara yang sedikit meninggi. "Pasal tu memang la dia tahu, aku cakap pasal ganti rugi ni. Kau cakap je la yang kau dah settlekan ganti rugi tu. Jangan cakap perkara yang sebenar." kata Tengku Aizat Zharif dengan geram. Reene membalas lagi, "Oh, okay!" katanya dengan sambil lewa.

          "Ok lah. Aku kena gerak dulu. Ciao! Jangan lupa aku Whatsapp malam ni. Jangan tak balas pulak, kalau tak balas sampai lubang cacing aku cari nanti. Assalamualaikum." katanya lalu masuk ke dalam kereta dan memecut dengan laju.

           Tidak sempat Reene hendak menjawab salam, mamat tu sudah hilang di sebalik kepulan asap keretanya. "Waalaikumussalam." Reene menjawab salam di dalam hati lalu menuju ke kereta untuk bergerak ke destinasi.

           Semasa dalam perjalanan hendak ke Tesco, Zaty berkata, "Weh, berapa banyak kita kena bayar mamat hensem tu sebagai ganti rugi?" katanya sambil memandang Reene. Reene yang sedang memandu itu membalas dengan lambat, "Aku dah settlekan pun payment tu. Kau tak payah la nak risau. Kiranya kita dah tak ada hutang dah dengan dia." katanya dengan rasa yang gugup kerana takut Zaty tidak mempercayainya.

         Zaty yang mendengar jawapan yang keluar daripada mulut Reene itu seakan tidak percaya. Tetapi lebih baik dia mendiamkan diri sahaja kerana melihat Reene yang seperti tidak ada mood untuk membalas kata-katanya.


x rindaenna x

P/s- Dont forget to share the link of this story yaa. Share dekat kawan-kawan yang ada account wattpad and please vote. XoXo

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro