Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 3

        Reene Aryssa yang sedang menyiapkan assignment yang diberikan oleh Encik Amir di library. Dia tidak boleh buat kerja dalam suasana yang bising kerana ini akan menyebabkan Reene menjadi stress dan sekali gus membuatkan semua kerja yang dia buat tidak akan menjadi.

       Amsyar yang baru melangkah ke dalam library, terpandang akan Reene Aryssa yang duduk di meja baris nombor tiga yang berdekatan dengan rak buku. "Comelnya dia hari ni!" bisik hati Amsyar. Amsyar pun mengambil keputusan untuk menghampiri Reene. Amsyar memulakan perbualan, "Assalamualaikum!".

       Reene yang tidak perasan akan kehadiran Amsyar terkejut apabila ada orang memberi salam, lalu dia pun menjawab, "Waalaikumussalam, buat apa dekat sini?" jawabnya sambil memandang Amsyar yang duduk di hadapannya.

      "Nak cari rujukan sikit. Awak pulak?" balas Amsyar. "Saya tengah buat assignment. Nak kena hantar next week" balas Reene. "Ada apa-apa yang boleh saya tolong?" kata Amsyar. "Err setakat ni tak ada lagi, nanti kalau ada saya bagi tau okay?" jawab Reene lagi dengan bersahaja. Amsyar tidak membalas tetapi sekadar mengangguk sahaja.

       Mereka berdua senyap seketika kerana tidak tahu apa yang ingin dibicarakan. Reene meneruskan kerjanya yang tertangguh tadi manakala Amsyar membuka akaun Twitternya. Sehinggalah handphone mereka berbunyi secara serentak menandakan ada panggilan. Reene dan Amsyar saling berpandangan dengan muka yang bingung lalu mereka pun segera menjawab panggilan masing-masing.

       Setelah kedua-duanya selesai, Amsyar bertanya, "Sapa yang call awak tadi?". Reene menjawab, "Zaty. Dia kata nak datang sini. Awak pulak sapa yang telefon?" katanya dengan nada ingin tahu. "Rayyan. Dia pun kata nak datang sini. Awak tak pelik ke?" balas Rayyan.

       "Ermm pelik la jugak. Tapi tak baik pikir bukan-bukan." kata Reene lagi. "Ni mesti ada yang tak kena ni!" bicara Reene di dalam hati.

        Reene Aryssa yang memakai shawl ala ala Mira Filzah berwarna pink dipadankan pula dengan blouse yang berwarna biru kehitaman dan dipadankan dengan jeans putih dan disertakan dengan kasut sneakersnya itu akan memukau pandangan sesiapa sahaja yang memandang. Tambahan pula, wajahnya yang putih dan bersih tanpa sebarang make up memang menarik perhatian. Hanya liptint merah yang menemani bibir munggilnya.

        Reene Aryssa tersedar seolah-olah dirinya diperhati terus memandang Amsyar yang berada di hadapannya. Memang tepat tekaannya. Amsyar sedang memandang Reene. Amsyar yang terkejut apabila terkantoi meng'usha' anak dara orang lalu memandang buku rujukannya dengan pantas. Tidak lama kemudian, Rayyan tiba, diikuti dengan Zaty disisinya.

       Reene pun berkata, "Korang dari mana ni?" dengan nada yang pelik. "Aku dari café, jumpa kawan kejap. Kalau Rayyan aku tak tau la pulak." Zaty membalas sambil matanya memandang Rayyan yang kacak itu.

       "I dari jumpa lecturer. I dapat tau yang Amsyar ada dekat sini so I datanglah." kata Rayyan dengan sedikit gugup. Amsyar membalas, "Oh! Kira macam kebetulan la ni Reene." sambil menghantar isyarat kepada Reene. "Rayyan..Rayyan, kau ingat kau boleh kelentong aku." bisik hati Amsyar.

       Reene yang seakan mengerti akan isyarat yang diberikan oleh Amsyar sebentar tadi terus memandang Zaty. Reene tahu Zaty sedang menyembunyikan sesuatu. Begitu juga dengan Rayyan, kerana muka mereka berdua sedikit pucat. Dengan pantas Reene berkata, "Zaty, aku tahu kau tipukan? Ngaku je lah. Kau mana boleh tipu aku. Kita kawan since kita sekolah menengah lagi." kata Reene sambil memandang Zaty.

       "Ma..ma..mana ada la." balas Zaty sambil memandang Rayyan. "Kau tak ada ape nak cakap ke Rayyan?" kata Amsyar sambil tersenyum sinis memandang Rayyan.

         Rayyan yang seakan tahu rahsianya tidak boleh disimpan lagi terus berkata, "Okaylah aku admit, aku dengan Zaty dah rancang pun nak datang sini, hihi. Kita orang nak ajak korang lunch sama-sama.", katanya sambil menunjukkan dua jari sebagai tanda peace kepada Reene dan Amsyar.

       "Sampai hati kau kenakan aku. Aku malas nak belanja kau makan dah. Biar kau kebulur je lepas ni!" kata Amsyar dengan nada yang cuba disedihkan. Rayyan yang tahu akan kawan baiknya yang merajuk terus berkata, "Jangan la macam tu Amsyar. Kitakan kawan, sehati sejiwa gitu, hehe. Buruk la muka kau merajuk ni. Dah eh?" balas Rayyan sambil membuat muka comel yang membuatkan Amsyar semakin menyampah melihatnya.

        Amsyar membalas, "Ermm, ye lah. Tapi sekali lagi kau buat, tak de maaf-maaf dah paham!". Rayyan berkata kembali, "Ermm baik la boss!". Lalu mereka berempat ketawa.

      Tanpa membuang masa, Reene berkata, "Dah la jom ke café. Nanti lambat pulak nak pergi next class.". Mereka pun berlalu pergi ke café.

      Zaty yang berjalan beriringan dengan Reene lantas bertanya, "Kau kata nak beli barang rumah, bila?". Reene berfikir sejenak lalu memandang kawan baik merangkap housematenya, "Em nanti kita bincang. Aku lapar ni.", kata Reene sambil memeluk bahu kawannya. Zaty yang seakan memahami Reene sudah lapar dan tidak boleh dibawa bincang itu pun membalas, "Haih..Okay la boss".


x rindaennaa x

p/s : Don't forget to share the link of this story to your friends who loves to read. X0X0

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro