Bab 2
3 bulan kemudian....
Sejak daripada pertemuan hari itu, Rayyan, Zaty dan Reene selalu keluar bersama-sama. Hari ini, mereka bertiga sudah berjanji ingin menonton wayang. Maklumlah semenjak Zaty Aryssa sudah bercinta dengan Ashraf Rayyan, Reene Aryssa la yang menemani Zaty untuk keluar bersama Rayyan. Reene pun tidak tahu sejak bila teman baiknya itu menjalinkan hubungan cinta dengan Rayyan. Tapi tak mengapa asalkan kawannya happy dia pun happy. Semua itu atas kehendak Zaty, kalau Zaty tidak menyuruhnya untuk menemaninya, memang tidak la Reene nak ikut.
Semasa Zaty dan Reene menunggu Rayyan, Reene bermain dengan handphonenya manakala Zaty memerhatikan sekeliling, takut-takut buah hatinya sudah sampai. Tiba-tiba Reene Aryssa terdengar bestfriendnya berkata sesuatu. "Oh my gosh! Aku rasa hari ni kita bukan keluar bertiga la, tapi berempat!" kata Zaty dengan nada suara yang gelisah.
Reene yang sedang leka bermain handphonenya langsung tidak mengalihkan matanya daripada screen handphone. Sambil bermain handphone, Reene membalas kata-kata kawannya, "Apa yang kau cakapkan ni? Bertiga, berempat apa pulak?" nak tak nak sahaja Reene membalas kata-kata Zaty.
Zaty yang geram akan kawannya yang tidak endahkan apa yang dia hendak sampaikan terus berkata, "Cer kau focus apa aku nak cakap ni." Reene Aryssa pun memalingkan wajahnya menghadap Zaty Aryssa. Lalu Reene berkata, "Apa dia? Cakaplah."
Zaty membalas, "Rayyan bawak kawan dia la." Reene membalas kembali, "Kawan dia yang mana? Dan apa salahnya kalau dia bawak kawan dia. Selama ni dia sorang-sorang je jalan dengan kita. Dengan kau tu memang la dia tak segan sebab kau awek dia. Dengan aku mestilah dia segan. Apa la kau ni." terang Reene dengan bersungguh-sungguh.
"Hish.. Reene ni asyik nak melawan kata je." kata Zaty di dalam hati. Zaty pun membalas, "Hey Reene! Dia bawak Amsyar la Reene. Orang yang kau banyak kali mintak maaf dekat phone tu yang dia tak nak maafkan kau. Bukan kau kata kau tak berapa suka sangat ke kat dia means kau tak berminat nak 'terjumpa' dia lagi?" kata Zaty dengan geram.
Zass! Reene terasa dirinya disambar petir. Reene sungguh terkejut dengan nama yang baru meniti di bibir Zaty sebentar tadi. Sungguh dia malu untuk bersua dengan Amsyar kerana dia pernah meminta maaf dari Amsyar melalui handphone tapi Amsyar tidak pernah membalasnya. Dia terasa macam nak pitam.
Zaty terus menuding jari ke arah dua orang lelaki yang semakin menghampiri. Ternganga Reene Aryssa dibuatnya. Rayyan menegur buah hatinya. Tiba-tiba satu suara yang tak dikenali Reene berkata sesuatu. "Hai!" Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati pemilik suara tersebut adalah Amsyar. Dia berasa hendak pitam sekali lagi.
Sementara menunggu movie mereka, mereka pergi lunch dahulu. Di kesempatan yang ada, Reene ingin mencuba nasib. Reene memulakan kata-kata. "Amsyar, sekali lagi saya nak mintak maaf pasal hal saya terlanggar awak hari tu." kata Reene sambil menundukkan wajahnya memandang makanan yang dipesannya.
Amsyar yang melihat gelagat Reene berasa Reene comel. Dia tersenyum kecil takut-takut disedari Reene dan yang lain. Amsyar membalas kata-kata Reene, "Tak pe. Saya dah maafkan awak. Kesian pulak saya tengok awak tak henti-henti minta maaf dari saya." kata Amsyar sambil tersenyum.
Pada mulanya, Reene ingat dia akan ditengking, tetapi sebaliknya yang terjadi. Reene diberi senyuman yang manis. Dia pun membalas senyuman Amsyar seadanya.
Semasa dalam perjalanan untuk ke tingkat menonton wayang, Amsyar menanyakan sesuatu kepada Reene, "Ermm, apa nama awak?". Lalu Reene pun menjawab, "By the way, perlu ke awak tau nama saya?" jawab Reene sambil memandang Amsyar. Amsyar yang tidak menyangka soalan dia akan dibalas dengan soalan memandang Reene dengan rasa geram. "Mana boleh, awak tahu nama saya, tapi saya tak tau nama awak!" jawab Amsyar dengan nada yang sedikit protes. Reene berfikir sejenak lalu mengiakan kata-kata Amsyar sebentar tadi lalu berkata, "Nama saya Reene Aryssa. Boleh panggil saya Reene."
"Oh.. Nama saya A...", tidak sempat Amsyar ingin menghabiskan kata-katanya tiba-tiba Reene memintas, "Aniq Amsyar, right?". Amsyar yang seakan terkejut Reene tau akan nama penuhnya lalu berkata dengan suara separuh menjerit, "Mana awak tau?". Reene membalas, "Rayyan yang bagi tau." kata Reene sambil memandang Rayyan.
Amsyar menumbuk lembut bahu Rayyan dan berkata, "Apa lagi yang kau bagi tau Reene pasal aku hah?". Rayyan pun menjawab dengan takut-takut, "Aku bagi tau nama dengan nombor telefon je, sorry la bro!" jawabnya sambil mengerdipkan mata ala-ala comel gitu.
"Nasib baik sikit je. Kalau banyak tadi kau tahulah hukumannya." balas Amsyar dengan nada suara yang cuba digarangkan. Rayyan membalas, "Lek arr bro!". Tiba-tiba Zaty Aryssa bersuara, "Ada-ada je korang ni.". Lalu mereka berempat ketawa.
<3
"Dah lama adik tak balik kan pa. Mama dah rindu kat adik ni. Busy betul dia, sekejap ada program itu, sekejap ada program ini.", kata Datin Katrina kepada suaminya dengan nada sedih. Suaminya yang sedang membaca surat khabar yang duduk berhampiran meja kecil di tepi kolam itu lantas berkata, "Awak cuba sabar sikit ma. Adik tu pergi belajar untuk masa depan dia jugak. Bukan dia pergi bercuti ke apa. Lagipun adikkan selalu call kita, tanya khabar kita. Tak lama dah adik nak habiskan degree dia.", jawab suaminya dengan tenang.
Suaminya bukan tidak rindu akan anak bongsunya tapi apakan daya, anaknya itu pergi belajar di KL. "Iyelah pa, mama nak masuk dalam la. Kejap lagi ada orang datang nak ajar mama buat kek. Senanglah nanti mama nak buat kek kalau adik balik nanti. Mesti adik suka.", balas Datin Katrina dan terus masuk ke dalam rumah banglo dua tingkatnya.
Suaminya yang melihat isterinya bersemangat, terus melipat surat khabarnya dan mengikut isterinya untuk masuk ke dalam. Dia tidak sabar resepi kek apa yang bakal isterinya belajar, kerana dia pun gemar makan makanan manis.
x rindaenna x
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro