Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 17

Dua minggu kemudian...

"Alan, masuk bilik saya sekejap", Aizat berkata kepada pembantu peribadinya.

      Tidak lama kemudian, Alan masuk ke bilik bossnya. "Okay macam ni Alan, macam yang awak tahu, tak lama lagi saya nak kahwin. Jadi dalam masa minggu ni, awak bagi semua proposal yang memerlukan sign saya, biar saya settlekan this week.", kata Aizat sambil membelek beberapa lagi timbunan proposal yang lain.

      "Baik boss, saya faham. Berkenaan projek Mega Clone tu kalau ikutkan Tengku kena turun site pukul 3 ni.", balas Alan sambil menyemak jadual yang disediakan bagi memudahkan kerja Tengku Aizat.

      Itu sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai pembantu peribadi a.k.a PA. Aizat mendengar dengan jelas apa yang dikatakan oleh PA nya itu lalu membalas, "Okay Alan, thank you ingatkan. Before 3 nanti jumpa saya kat lobby."

Alan mengangguk lalu membalas, "Okay".

<3

       Baik keluarga Reene mahupun keluarga Aizat, kedua-duanya busy membuat persiapan majlis perkahwinan yang tak lama lagi akan berlangsung.

       "Tempah hotel, catering, bridesmaid semua dah settle. Hm apa lagi ye yang tinggal?", bisik Datin Katrina kepada dirinya. Datin Katrina berfikir sejenak sambil menggoyangkan pen yang berada di tangannya.

       Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu, lantas dia mengambil telefonnya dan mendail nombor yang difikirkannya.

     Tidak sampai beberapa saat, panggilannya dijawab, "Hello Kak Ju.", Datin Katrina memulakan perbualan. "Ye Katrina. Mujur la awak call saya. Saya pun baru teringat sesuatu ni.", balas Datin Juliana.

     "Macam ni, Aizat dengan Reene tu tak fitting baju lagi, beli cincin dengan beli barang hantaran.", balas Datin Katrina kerisauan.

      Datin Juliana yang baru hendak menyuarakan perkara yang sama membalas, "Hm sama la dengan apa yang saya fikir ni Katrina. Takpe nanti kita sama-sama ingatkan anak kita ye.".

      "Oh ye, Katrina dah jumpa photographer wedding dengan akad nikah ke? Kalau belum takpe, saya dah jumpa. Anak saudara Shah, sepupunya Aizat, dia tu photographer. So saya ingat nak ambil dia je, hasil kerja dia pun bagus.", balas Datin Juliana lagi.

      "Mujur la awak ingatkan Kak Ju, saya pun macam dah tak terfikir apa yang dah cari dan apa yang belum.", balas Datin Katrina dengan nada tertawa. "Okay Katrina, Kak Ju nak tengok pudding caramel dekat dapur tu tah apa jadi. Apa apa kita call lagi ye. Assalamualaikum.", kata Datin Juliana.

"Hahaha, okay Kak Ju. Waalaikumsalam.", balas Datin Katrina.

<3

      Matahari sedang terpacak di atas kepala tetapi tidak mematahkan semangat Tengku Shah dan Dato' Zainal untuk bermain golf.

      "Nal, kau tahu kan tak lama lagi anak aku nak kahwin", kata Tengku Shah sambil membuat pukulan bola, tapi tidak terkena sasaran. Dia teringat akan apa yang dipesan isterinya malam tadi.

Kini giliran Dato' Zainal memukul lalu dia membalas, "Anak kau yang mana satu ni Shah?".

      Tengku Shah yang sedang ralit melihat kawannya memukul bola lantas tercengang apabila kawannya bertanya begitu, "Eh nal, anak aku sorang je, si Aizat tu ha nak kahwin dah tak lama lagi. Kurang sebulan macam tu".

      Dato' Zainal yang tahu sikit-sikit akan perangai Aizat itu membalas, "Aizat nak kahwin? Wah tak percaya aku. Tapi baguslah hahaha.".

       "Ha, jadinya aku nak mintak tolong sikit ni. Semua hal dah settle kecuali photographer. Anak kau, Paan tu aku nak hire dia untuk wedding anak aku. Amacam?", daddy Aizat menyuarakan hasratnya.

"Ohh, boleh je. Aku takde hal. Beres.", balas Dato' Zainal sambil ketawa.

       Daddy Aizat turut ketawa tapi dia cepat-cepat berkata, "Tapi aku bayar tau, bukan mintak tolong free ni. Hahaha aku tahu niat kau baik nak support-support ni. Tapi kalini sebab nak hire untuk majlis besar kan, rasa tak patut pulak."

           Sekali lagi Dato' Zainal ketawa dan membalas, "Hahaha iyaa la Shah. Kau ni jangan la risau sangat". Mereka pun meneruskan permainan yang tertangguh.

<3

          Kedengaran Dewan James Vill bergema dengan lagu istiadat convo dan suara pengacara majlis memanggil nama pelajar satu persatu untuk naik ke atas pentas.

    Harini, Reene ada rehearsal majlis convo yang hanya beberapa hari sahaja lagi bakal berlangsung. Semua pelajar disuruh agar memakai pakaian yang sopan iaitu baju kurung bagi yang perempuan, manakala baju kemeja untuk lelaki.

     Jubah convo juga sudah diagihkan. Sambil-sambil Reene beratur sebelum namanya dipanggil, dia terpandang akan jari manisnya yang tersarung cincin emas.

         (Ni la cincin tunang Reene. Baru cincin tunang, belum tengok cincin kahwin :)   )

Cincin itu sebagai tanda dia tunang orang, tunang kepada Aizat. Apabila nama Aizat terlintas di fikirannya, dia tersenyum dan cepat-cepat mematikan senyumannya. Risau kalau-kalau ada temannya yang perasan.

       Setelah selesai rehearsal, Reene berasa haus dan ingin ke koop berhampiran. "Kalau dapat Goodday strawberry milk pun sedap jugak ni", Reene berkata sendiri.

      Sedang dia berjalan, dia terserempak akan Encik Amir or lebih dikenali as Sir Amir. Sir Amir ni dah banyak tolong Reene sejak dari Sem 1 lagi. Kiranya Sir Amir ni ada banyak pengalaman, so dia banyak bagi nasihat dekat pelajar-pelajar.

          "Hi sir. Takkan makan roti je masa lunch hour", tegur Reene sambil mencapai susunya di dalam peti. Sir Amir yang tahu akan pemilik suara pelajarnya itu membalas, "Tak la, ni buat alas perut je. Harini saya lunch lambat sikit sebab ada meeting dengan Sir Hamdi. Ha kamu tu takkan minum susu je, diet ke? Patutlah kurus sangat.".

          Reene tergelak sambil mengikuti Sir Amir sehingga ke kaunter, "Hahaha tak la sir. Saya lunch kat rumah je kot, sebab lepasni saya takde kelas dah", balas Reene sambil meletakkan airnya dia atas kaunter.

      "Ohh, okay la Reene saya pergi dulu", kata Sir Amir setelah selesai membayar roti dan air milonya. Reene membalas hanya sekadar angguk dan senyum kepada Sir nya itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro