Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 16

      "Abang mintak maaf sebab abang tak dapat datang perbincangan kahwin adik. Tapi abang janji akan datang majlis convo dan majlis kahwin.", bisik Raziq Arfann sambil melihat gambar familynya.

       Sejak dia menguruskan syarikatnya yang tersendiri dua tahun lalu, dia sudah jarang balik ke Pahang. Apatah lagi bertemu adik kesayangannya.

     Dia yang sedang duduk di bilik kerja di dalam rumahnya terus menutup MacBook dan mencapai kalendar yang terletak di atas meja. Raziq melihat dua tarikh yang dibulatkan olehnya menggunakan pen berwarna hijau.

     (Macam ni la rupa Macbook Raziq Arfann)

        Tarikh-tarikh itu jaraknya hanya seminggu sahaja. Tidak sabar dia ingin bertemu dengan keluarga tercinta.

<3

      Kelihatan meja makan dipenuhi dengan makanan-makanan. Ada mee goreng, pancake berserta madu di atasnya, popia sayur, air milo panas dan air teh panas.

     "Sedapnya Katrina masak.", kata Datin Juliana kepada Datin Katrina sambil meneruskan suapannya. Datin Katrina yang duduk di sebelah suaminya, diikuti Aizat, Reene, Datin Juliana dan Tengku Shah, membalas, "Biasa je la Kak Ju. Kak Ju masak mesti lagi sedap, biasalah orang berpengalaman banyak.", kata mama Reene dengan nada tertawa.

        Semua yang mendengarnya tergelak. Reene yang sedang makan mee goreng ingin memotong ayam yang berada di dalam mee goreng tersebut.

        Dia cuba memotong dan, tanpa sedar ayam tersebut sudah 'hidup' kembali. Kini, ayam sudah bertukar pinggan.

      Aizat yang baru hendak meneruskan suapan seterusnya itu terkejut melihat bilangan ayamnya bertambah, malahan ayam itu 'terbang' daripada pinggan sebelah.

     Reene yang perasan akan riak wajah Aizat yang terkejut segera berkata, "Allahu Aizat, saya mintak maaf. Saya tak tahu pulak ayam ni 'hidup' lagi.", balas Reene dengan nada meraih simpati lalu dia mengambil ayamnya kembali.

      Lalu Reene membelai ayamnya yang 'hidup' tadi dengan garfu. Dia tidak kisah kalau Aizat nak pandang dia dengan pelik, baginya ayamnya tetap ayamnya. Itu kesukaannya.

      "Hm nanti saya cakap dekat mama suruh mama matikan betul-betul ayam ni. Sebab hidup lagi rupanya.", balas Aizat dengan nada yang mengusik tetapi berbaur perli.

        Sekali lagi, semua yang yang berada di situ terus ketawa. Setelah ketawa semua orang reda, Papa Reene berkata, "Shah dan Ju, sebenarnya kami ada anak lelaki sulung Namanya Raziq Arfann, abang si Reene ni. Dulu dia ada je duduk dengan kami, tapi sejak dia uruskan syarikatnya sendiri di KL, dia jarang dah balik.".

       Datin Juliana dan Tengku Shah mengangguk, lalu Tengku Shah bertanya, "Jadinya nanti dia datang tak majlis convo dengan majlis kahwin Reene?", sambil memandang Reene yang sedang menyisip air tehnya.

           "Ada sebelum ni kami call dengan Raziq, dia kata dia akan datang majlis kahwin dan convo adik. Takpe Kak Ju dengan Shah jangan risau. Cukupnya ahli keluarga kita nanti.", balas Datin Katrina.

         Kalau tadi, pasangan bakal raja sehari hanya mendiamkan diri dan mendengar apa orang-orang tua berkata, kini Aizat pula bertanya, "Awak punya convo tu lagi berapa bulan Reene?", sambil melirik ke arah Reene.

       Reene terkejut kerana namanya tiba-tiba disebut oleh bakal suaminya cepat-cepat membalas, "Hm lagi sebulan. Kenapa ye?". Aizat yang mendengar jawapan bakal isterinya terus berfikir sejenak.

        Kemudian dia menjawab, "Takde apa, senang la saya nak kosongkan jadual kerja saya. Saya pun nak datang majlis convo bakal wife saya.", sambil tersenyum.

      Reene yang terpana melihat senyuman Aizat itu serta-merta tersenyum dan mengangguk. Semua yang berada disitu tersengih-sengih melihat sepasang merpati di hadapan mereka.

        Masa bergerak terlalu pantas, tibalah masanya untuk keluarga Aizat pulang. "Nanti datang la lagi rumah kami Shah, Ju.", kata papa Reene sambil bersalaman. "Iye Ki, nanti saya datang lagi. Jangan risau. Dah jadi besan nanti memang kerap la kita berjumpa.", balas daddy Aizat.

        Sebelum kereta Aizat bergerak pergi, Aizat ada menurunkan tingkap pemandunya dan melambaikan tangan ke arah mertuanya, dan memandang bakal wife lalu mengenyitkan mata. Reene yang sangat pasti Aizat melakukan perbuatan tersebut kepada dirinya terus menutup mulut, namun tetap meneruskan lambaiannya.

        Aizat tergelak melihat wajah Reene, lalu menaikkan tingkap. "Pinn", Aizat membunyikan hon lalu kereta keluarga Aizat bergerak keluar dari perkarangan rumah Reene.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro