Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 14

        Amsyar yang baru sahaja pulang dari mall selepas bermain bowling dengan kawan-kawannya, terus memandu pulang ke rumah. Setibanya di rumah, dia memarkir kereta Toyota Vios. Dia duduk di ruang tamu sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh Reene pada hujung minggu.

     Dek kerana tidak dapat melawan suara-suara dalam otaknya, dia terus whatsapp Zaty untuk bertanya. Tetapi hanya one tick sahaja. Dia cuba untuk berfikir positif bahawa sebentar lagi Zaty akan membalas.

     Dia meletakkan fonnya di meja kecil lalu mencapai tuala dan terus menuju ke bilik mandi. Harini seharian dia keluar berjalan dengan kawan-kawannya.

<3

       Kedengaran rumah Reene riuh dengan suara mamanya yang sedang sibuk menyuruh bibik melakukan itu dan ini. Memandangkan harini adalah hari yang ditunggu Puan Katrina dan suaminya sudah tidak sabar.

    "Diorang dah ada dekat mana dah ma?", tanya Dato Muhamad Zaki kepada isterinya. "Dah nak dekat dah kalau tengok live location yang Datin Juliana share tadi.", kata Datin Katrina sambil melihat titik biru di dalam maps. Reene yang berada di sisi mamanya hanya mendengar apa yang mama dan papanya bualkan, malas hendak menyampuk.

     Suaminya yang musykil lantas bertanya, "Amboi ma, sejak bila pulak awak pandai main share live location ni, selalunya papa yang buat semua.", kata suaminya dengan nada mengusik. Datin Katrina yang mendengar kata-kata suaminya sudah tergelak kecil dan menjawab "Hello, mestilah mama tahu. Mama bukan tua mana pun.". Mereka bertiga pun ketawa.

<3

    "Eh abang, betul ke kena ikut jalan ni?", tanya Datin Juliana dengan nada risau. Dia terlalu risau kalau bakal besannya itu menunggu lama. Tengku Aizat Zharif yang faham sangat akan perangai mummynya itu terus melihat waze yang sudah terpasang.

     Lalu dia berkata, "Mummy..betul dah ni. Jangan risau." Suaminya yang sedang memandu itu diam tidak berkata. Dia hanya menikmati pemandangan disekeliling. Sejak dia busy dengan syarikatnya, dia sudah jarang turun ke rumah abangnya, Dato' Zainal.

    Kurang daripada sejam maka sampailah keluarga Aizat di rumah Reene. Kedatangan mereka disambut mesra oleh Dato' Muhamad Zaki dan Datin Katrina. "Sampai jugak akhirnya bakal besan kita ni ye ma", kata Papa Reene dengan nada mesra kepada isterinya.

    "Mestilah Dato', senang je nak cari jalan ke rumah Dato' ni", balas Tengku Shah. Papa Reene yang terkejut akan panggilan bahasa yang digunakan oleh Tengku Shah itu cepat-cepat dibetulkannya. "Apa pulak Dato'-Dato' ni, panggil je Ki. Aku panggil kau Shah eh. Lagipun tak lama lagi kita nak jadi besan dah". Tergelak mereka beramai-ramai mendengar perbualan Tengku Shah dan Dato' Muhamad Zaki.

    Reene yang perasan mama dan papanya lupa untuk menjemput mummy dan daddy Aizat untuk masuk ke dalam rumah lantas berkata, "Mummy daddy Aizat, jemput masuk dulu. Dah nak maghrib ni.", dengan senyuman yang manis.

     Pada saat itu, matanya dan mata Aizat bertembung. Reene segera mengalihkan pandangannya apabila sepasang mata Aizat yang terletak sempurna itu memandangnya.

<3

     Amsyar yang sedari tadi sedang termenung terus mencapai telefonnya. Bunyi notification masuk menandakan ada mesej whatsapp yang diterimanya. "Reene balik rumah parents dia. Kenapa Amsyar?", balas Zaty di dalam chat tersebut.

   Amsyar membalas, "Oh ye ke? Takpelah Zaty. Aku saja je nak tahu. Kirim salam dekat Rayyan. Sejak kahwin ni aku dah jarang lepak dengan dia". Lalu menutup telefonnya.

    Rindunya terhadap Reene semakin kuat. Dia tidak dapat menidakkan lagi perasaannya itu. Sudah banyak hari dia tidak berjumpa Reene. Lebih kurang 3 minggu tidak berjumpa, jangan katakan berjumpa, nak terserempak pun susah.

<3

    Setelah selesai menunjukkan bilik tamu kepada mummy dan daddy Aizat, kini tiba untuk menunjukkan bilik tamu kepada Aizat. Semasa menuju ke bilik yang hendak ditunjukkan oleh Reene, Aizat bersuara, "Bilik kau kat mana?". Reene pandang Aizat dengan wajah terkejut dan cuak. "Dah kenapa dia nak tahu bilik aku ni? Jangan kata dia ni nak buat bukan-bukan la. Kat rumah parents aku pun dia nak buat perangai ke. Kalau aku tahu, siap la.", bebel Reene di dalam hati, geram akan soalan yang baru ditanya oleh Aizat.

      Reene yang seakan termenung sambil mulutnya terkumat-kamit itu terus ditegur oleh Aizat, "Kau ni dah kenapa? Kena sampuk ke? Ke kau baca mantera apa pulak ni?", kata Aizat separuh menjerit kerana takut-takut didengari oleh parents mereka.

     Reene yang tersedar dari lamunannya, cepat-cepat menghapuskan apa yang baru dipikirkannya tadi lalu membalas, "Man..mana ada apa apa. Em bilik saya kat atas. Kenapa awak tanya?". Aizat dengan selamba membalas, "Ye la saja nak datang malam nanti tengok-tengok".

    Dengan serta-merta lengan Aizat ditampar oleh Reene. Itu hanyalah tindakan spontan dari Reene kerana dia terkejut akan statement yang baru dikeluarkan oleh Aizat.

     Aizat faham apa yang difikirkan oleh Reene itu cepat-cepat membidas, "Ha! Kau jangan nak fikir bukan-bukan. Aku nak bergurau dengan bakal wife aku pun tak boleh ke?", balas Aizat dengan senyuman mesra.

     "What the heck. Ni kali pertama Aizat senyum ikhlas macam ni dengan aku. So handsome arghh.", hati Reene terjerit kecil. Reene kelihatan tersengih-sengih dan perbuatannya itu ditangkap oleh Aizat.

     "Lah kau ni. Tadi sibuk baca mantera, ni kau menyengih sorang-sorang pulak. Sebelum ni kau ada cek kesihatan mental kau tak? Aku taknak kawin dengan orang..", kata Aizat sambil jari telunjuknya menunjukkan gerakan pusing-pusing ke arah otak.

"I am normal okay!", balas Reene lalu terus menuju ke bilik tamu Aizat. "Okay ni bilik awak. Nanti lepas maghrib turun la untuk makan malam. Ingatkan mummy daddy sekali tau. Saya masuk bilik dulu, nak get ready solat maghrib.", Reene berlalu tanpa sempat Aizat membalas kata-katanya.

Aizat yang baru hendak membuka mulut untuk berkata-kata itu lalu berkata secara perlahan, "Aik, aku baru nak balas. Hm takpelah", sambil kakinya melangkah masuk ke dalam bilik.

<3

     Malam itu, setelah semua menikmati makan malam, Datin Katrina menjemput semua ke ruang tamu utama. Dia sudah tidak sabar ingin membincangkan tentang majlis perkahwinan anaknya.

     Semua mengambil tempat di sofa-sofa yang berada di ruang tamu. Kelihatan mummy dan daddy Aizat duduk bersama, mama dan papa Reene duduk di atas couple sofa, tapi Reene dan Aizat duduk di single sofa yang berasingan, sudah tentu jauh kedudukannya. Datin Juliana memulakan percakapan, "Lawanya rumah awak Katrina.", katanya sambil matanya melihat hiasan dalaman rumah tersebut yang bertemakan English style.

"Takdelah Kak Ju, biasa je rumah saya ni.", balas Datin Katrina dengan rendah diri. Dan sekali lagi pada masa itu jugalah sekali lagi anak mata Reene bersambung dengan Aizat. Reene seakan terpana dan tidak mengalihkan pandangannya seperti sebelumnya.

Tanpa sedar, *wink. Aizat mengenyitkan sebelah matanya kepada Reene. Reene yang sedang terpana itu terus ternganga mulutnya. Aizat terus mengalihkan pandangannya dari Reene dan tergelak perlahan menghadap sebelah lagi sisinya.

Reene terpaku, sambil mulutnya ternganga dan perbuatannya itu ditangkap oleh papanya dan daddy Aizat. "Amboi adik, kenapa ternganga luas sangat tu pandang Aizat. Handsome sangat ye bakal suami adik sampai macam tu sekali menengoknya.", usik Dato Muhamad Zaki sambil mencuit isterinya.

Reene yang perasan dirinya telah menjadi topik perbualan, terus mengosok pipinya perlahan sambil tersenyum hambar. Jelas kelihatan pipi Reene yang putih itu sedang kemerahan kerana diusik sebegitu.

Kelihatan Aizat tergelak sambil memandang ke arahnya. 


#Rindaennaa #sorryforthelateupdate #apaAkanJadiLepasNi #XoXo

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro