Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 13

     Setelah seminggu dia menghadiri majlis perkahwinan Zaty, kini tiba hujung minggu yang bakal merisaukan Reene, dimanaparents Aizat akan berjumpa dengan mama dan papanya. Nampaknya minggu ni,sekali lagi dia akan pulang ke negeri kelahirannya.

                                                            <3

Di rumah Amsyar..

      Amsyar masih teringat akan apa yang berlaku di taman tempoh hari. Dia tahu bukan mudah untuk mendapatkan hati gadis yang diminatinya. Selama ini belum pernah ada yang menolak cintanya. Amsyar merasakan yang kali ini dia benar-benar perlu menambat hati Reene Aryssa. Dia tidak sanggup jika Reene melayannya sebegitu.

       "Kenapa la agaknya Reene tiba-tiba bersikap dingin dengan aku ye?", Amsyar bermonolog dengan dirinya. "Tapi takpe, aku still banyak masa lagi nak berkawan dengan lebih rapat lagi dengan Reene sebelum kami graduate.", kata Amsyar tersenyum apabila memikirkan yang dia masih ada peluang untuk menggapai angannya.

      Lalu dia terus bangun, dan menuju ke dapur untuk memakan maggi yang sudah kembang dek kerana terlalu lama berangan tentang awek angannya.

                                                         <3

      Manakala di rumah Datin Katrina, minggu ini adalah minggu yang ditunggu olehnya kerana bakal besannya akan turun Pahang. Dia sudah tidak sabar ingin bertemu dengan pilihan hati anaknya itu. Dia tahu anaknya tidak pernah begitu serius, tapi bila Reene mengatakan dia hendak bertunang, dia dan suaminya bersyukur dan merestui kerana Reene adalah satu-satunya anak perempuan mereka.

       Pelbagai jenis makanan telah difikirkan Datin Katrina. Resepi makanan tersebut juga sudah diberikan kepada pembantu rumah bahagian dapur untuk dimasak pada hari Sabtu nanti.

      Setelah pergi ke dapur, Datin Katrina menuju ke meja kecil di ruang tamu yang terletak di sebelah sofa baldu yang dibelinya di Italy. 

                        (So ini la gambaran sofa baldu di rumah Datin Katrina)

      Dia mencapai handphonenya lalu mencari nama anaknya. Dia menunggu sehingga panggilan tersebut bersambung. "Hello anak mama. Anak mama buat apa tu? Dah makan ke?", tanya Datin Katrina.

       Reene yang baharu sahaja selesai kuliah 3 jamnya terus mengangkat call dari mamanya, "Hello Ma. Adik baru habis kuliah. Kejap lagi baru adik nak lunch. Mama dah makan ke? Tadi lecturer ada ingatkan yang tak lama lagi kami dah boleh ambil baju convo dekat HEP.", Reene bercerita panjang lebar. Panggilan adik sudah sebati dengan dirinya.

     Sejak kecil lagi memang familynya membahasakan dia sebagai adik. Ditambah pula dengan perangainya yang manja, memang sesuai sangat. Tergelak kecil Datin Katrina mendengar anaknya bercerita lalu menjawab, "Ye ke, besar dah adik. Kejap je dah nak habis, nanti tak lama lagi nak praktikal pulak.".

      Datin Katrina teringat akan sesuatu perkara, "Adik, jangan lupa hujung minggu ni. Kita ada dinner dengan family bakal tunang adik. Adik jangan tak balik pulak. Nanti adik ingatkan sekali bakal tunang adik pasal dinner kat rumah kita dan bagi alamat sekali.", kata Mama Reene.

     Reene yang seakan tahu penyebab mamanya call terus menjawab dengan tenang, "Ye mama. Reene ingat, nanti Reene akan ingatkan family Aizat pasal hal ni. Okay la ma, ni Reene nak lunch dengan classmate dah ni. Dia orang dah ajak. Talk to you later. Bye.". "Bye adik, take care."

                                                      <3

     Pada pagi jumaat, Reene sudah bersedia untuk mengemas pakaiannya. Beg roda berwarna pink yang berada di atas almari diambil oleh Reene lalu diletakkan di atas katil. Zip begnya dibuka dan memasukkan beberapa helai baju, seluar, tudung dan barang-barang keperluannya yang lain. "Tak banyak rasanya yang aku kena bawak ni. Lagipun dekat rumah mama papa pun aku ada baju dekat sana.", Reene berkata di dalam hati.

     Selesai mengemas, reen terus bersiap-siap untuk bertolak balik ke Pahang. Dia memasukkan beg ke dalam keretanya. Sebelum bertolak, dia memastikan rumahnya sudah dikunci dengan selamat. Perjalanan yang memakan masa 3 jam itu membuatkan Reene tidak sabar untuk bertemu keluarganya.

     Setibanya di rumah, Reene keluar dari keretanya dan meregangkan badan. Perjalanan yang jauh sangat membuatkan dia penat. Lagi pula dia memandu seorang diri, tiada teman untuk berbual dan bertukar giliran untuk memandu.

    Reene mengeluarkan begnya lalu mengunci kereta. "Assalamualaikum..". Datin Katrina yang sedang duduk di ruang tamu sambil menonton drama Korea kegemarannya terkejut apabila mendengar suara yang amat dikenalinya di depan rumah. Lantas dia bangun menuju ke pintu utama.

      Dengan teruja Datin Katrina menjawab, "Waalaikumsalam, adik!", dengan suara separuh menjerit lalu terus memeluk erat anaknya. Bukan sahaja memeluk, bahkan mencium kedua pipi anak perempuannya itu. "Mama sihat? Papa mana?", tanya Reene sambil matanya melilau mencari kelibat papanya.

      Mamanya menjawab, "Mama sihat je. Papa ada dekat atas, baru balik solat Jumaat. Jom la masuk, mesti adik penat. Mama ada benda nak cakap nanti.". Reen mengangguk kepala dan meminta izin untuk ke bilik tidurnya. Dia lalu mengambil begnya dan terus menuju ke biliknya yang berada di tingkat dua.

      Sampai sahaja di anak tangga yang terakhir, Reene melihat sekeliling tingkat dua tersebut. "Tak banyak benda yang berubah.", kata Reene di dalam hati. Sedang Reene menuju ke biliknya, dia terpandang akan ruang tamu kecil yang menjadi tempat berbual dia dan abangnya apabila setiap kali mereka bertemu di rumah. Tetapi kini abangnya sudah bekerja di syarikatnya yang tersendiri di KL, jadi abangnya sudah jarang balik ke sini.

      Setelah melepasi beberapa bilik tidur, bilik menonton wayang, bilik membaca, bilik muzik, barulah Reene sampai ke biliknya. Dia mengemas baju-bajunya dan meletakkan ke dalam almarinya, lalu menghempaskan badannya sekejap di atas katil Queennya setelah penat memandu.

     (Gambaran bilik Reene, ni baru satu bahagian tau)

 Manakala Datin Katrina di tingkat bawah sedang sibuk mengarah bibik-bibiknya mengemas rumah kerana tetamu penting bakal tiba esok. Dia tidak mahu rumahnya kelihatan tidak kemas. Bilik tamu yang berada di bawah pun telah diubah suai oleh Datin Katrina. Tidak sabar untuk menunggu hari esoknya. 


x rindaennaa x

P/s: Maaf kalau ada typo and so sorry sebab dah lama sangat2 tak update. Maybe lepasni still akan update but slow update, surely will update. Thanks support cerita ni sampai 1k viewers. Tak pernah expect pun. Love yall !

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro