BAB 12
"Selamat pengantin baru semoga kekal abadi bahgia ke anak cucu sentosa murah rezeki.", bergema lagu kahwin di rumah Zaty Aryssa dan pasangannya Ashraf Rayyan.
Selesai bersanding, pengantin dijemput untuk ke meja makan yang disediakan. Berkelip-kelip flash kamera yang ditangkap oleh Paan. Semasa pengantin sedang menjamu selera, itulah masa Paan untuk mengisi perutnya. Sedang dia menuju ke meja makan, datang seorang perempuan yang membawa secawan air lalu terlanggar Paan yang sedang berjalan.
Habis tertumpah air yang berada di dalam cawan terkena baju Paan. "Sorry..sorry.. Saya tak sengaja. Habis basah awak." kata perempuan tersebut sambil mengelap baju Paan yang basah dengan sehelai tisu yang berada di tangannya.
"Ouh, tak pe. Sikit je ni." kata Paan cuba berkompromi. "Betul ke ni? Sian awak." kata perempuan itu lagi. Paan tidak membalas sebaliknya terus memerhatikan perempuan yang bertudung dan berbaju kurung moden itu mengelap bajunya tak henti-henti.
"By the way, sapa nama awak?", Paan memulakan kata-kata. Perempuan tersebut yang berasa amat bersalah lantas memberitahu namanya. "Nama saya Reene Aryssa. Awak pulak?".
Paan berkata di dalam hati, "Wah, bagus. Dia bagi respon baik punya. Ni kalau Aizat tau aku jumpa awek cun ni, mesti dia rembat ni. Baik aku cop dulu.". Paan membalas, "Nama saya Tengku Farhan dan awak boleh panggil saya Paan." balasnya sambil tersenyum.
"Datang sini nak jumpa pengantin erk?", tanya Reene. Paan menggeleng sambil tersenyum lalu menjawab, "Tengok pengantin kurang tepat, saya ni photographer yang dibayar oleh pengantin.".
"Oh macam tu, okay la Paan saya nak pergi jumpa dengan kawan baik saya sekejap, Zaty Aryssa a.k.a pengantin perempuan. Bye." kata Reene Aryssa. Paan berkata, "Oh, kawan baik awak. Ok la. Jumpa lagi. Nice meeting you.", katanya sambil tersengih lebar.
Semasa Reene on the way pergi ke meja pengantin yang menempatkan kawan baiknya, Zaty, tiba-tiba ada satu tangan yang menghalang jalannya. Reene yang terkejut dengan tindakan itu membuatkan dia tidak sempat berhenti lalu melanggar dada Aizat yang bidang itu.
Reen pun mengaduh kesakitan, "aduhh.." lalu berundur satu langkah ke belakang. Dia mendongak untuk melihat siapakah gerangan dada yang dirempuhnya tadi. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati bahawa orang itu adalah Aizat. "Awakk!?!?", jerit Reene dengan sedikit terkejut.
Aizat menjawab, "Ye la aku, kenapa kau terkejut sangat ni. Kau buat apa dekat sini?", tanya Aizat ingin tahu. "Saya datang kenduri kahwin orang la, takkan jual kuih pulak", sindir Reen.
Aizat terus tergelak besar mendengar jawapan itu lalu membalas, "Ada la jugak gaya penjual kuih tu", balas Aizat yang merasakan diri dia sudah menang berlawan mulut dengan perempuan itu.
Tanpa membuang masa melayan si Aizat, Reene pun segera pergi ke meja pengantin. Diikuti Aizat di belakangnya. Setibanya di meja pengantin, dia perasan Aizat sudah tidak mengikutinya. "Zaty, aku happy sangat kau dah kahwin. Selamat pengantin baru. Cepat-cepat bagi anak buah dekat aku tau. Aku tak sabar nak jadi auntie ni hehee.", kata Reene kerana excited.
Zaty membalas, "Thank you Reene. Amboi kau sibuk tanya bila aku nak ada anak. Kau tu kahwin la cepat.". Reene terkejut akan apa yang baru dikatakan oleh Zaty lalu tersenyum hambar. Zaty seolah tahu je bahawa Reene bakal mengikuti jejaknya untuk berkahwin. "Sebenarnya aku ada benda nak bagi tahu kau. Aku sebenarnya dah tunang.", beritahu Reene dengan nada berbisik.
"What!! Kau dah bertunang? Tanpa beritahu aku dan aku dapat tahu selepas kau bertunang. Sampai hati kau Reene bagi tahu aku lambat", kata Zaty dengan wajah sedikit kecewa.
Reen memegang tangan Zaty dan membalas, "Ala, aku bukan sengaja nak bagi tahu kau lambat, tapi aku sendiri tak sangka yang aku akan bertunang secepat ini, sebab aku target lepas aku kerja baru aku nak cari-cari pasangan ni.", balas Reene dengan jelas.
Zaty tanpa banyak bertanya menjawab, "Oh, takpelah kalau macam itu, mungkin jodoh kau dah sampai. Tapi, aku nak tahu jugakla siapa gerangan bakal husband kau", kata Zaty sambil menyengih.
"Hmm sebenarnya kau kenal dia. Kita pernah berjumpa dengan dia sebelum ni, secara tak sengaja pada awalnya", jawab Reene. Zaty yang mula kebingungan berkata, "Siapa? Amsyar eh? Aku dah agak dah kau akan berkahwin dengan dia sebab aku tengok dia pun macam suka dekat kau. Tahniah Reene!".
Reene yang baru nak membalas dan alangkah terkejutnya sekali lagi apabila ada satu suara menyapa mereka. Reene berpaling dan.. "Paan!", bisiknya dalam hati. "Hi Reene. Tak sangka jumpa lagi dengan awak, ingatkan dah balik".
Rayyan yang nampak akan situasi itu datang dan turut mendengar perbualan mereka. Aizat yang pelik dengan Paan bertanya, "Eh Paan, macam mana kau boleh kenal dengan tunang aku?". "Whatt!! Tunang kau? Sejak bila kau bertunang Aizat?", Paan terjerit kecil, takut kalau tetamu yang datang terkejut dengan suara garaunya.
"Hm Paan, kalau awak pening saya lagilah pening", kongsi Zaty kepada Paan. Rayyan hanya mendengar tanpa berkata apa apa.
Di kesempatan itu, Reene pun mengambil peluanguntuk menjelaskan apa yang berlaku. "Zaty, ni la tunang aku. Nama dia TengkuAizat Zharif, dan Aizat, ni la Zaty a.k.a my bestfriend and my housemate.",terang Reene kepada mereka berempat. Rayyan yang dari tadi diam, akhirnyaberkata, "Oh, saya pun baru tahu awak bertunang Reene. Tahniah".
Reenemenyambung lagi, "Hm so semua dah tahu kan. Jadinya takde rahsia lagi la. Nantisaya maklumkan bila majlis perkahwinan kami akan diadakan", jawab Reene sambilmemerhatikan mereka. Zaty datang memeluk Reene dan berkata, "Jangan risauReene. Anytime just tell me bila tarikhnya. Aku dan Rayyan akan datang.". Reenemengangguk dan tersenyum gembira.
<3
Selesai sahaja majlis kahwin Zaty, Aizat dan Paan segera pulang ke KL kerana Aizat mempunyai urusan yang tak dapat dielakkan. Manakala Reene pula pulang pada keesokan harinya.
Nampaknya selepas ini dia akan duduk seorang diri di banglo sewa dua tingkat yang diduduki olehnya dengan Zaty. Zaty akan tinggal bersama suaminya, kerana ye la tempat seorang isteri disisi suaminya.
(ha btw macam ni la rumah sewa Reene dan Zaty)
x rindaennaa x
P/s: Thankyou buat semua yang masih setia dan sabar menunggu bab by bab dipublish. Love korang infinity ! Sorry if ada typo tak sempat nak edit lagi.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro