Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 1

            Library, library, library! Di situlah tempat yang menjadi kegemaran Reene Aryssa. Walau sesibuk manapun, dia pasti akan meluangkan sedikit masa di situ. Reene Aryssa selalu pergi ke library bersama kawannya, Zaty Aryssa. Jangan salah sangka, walaupun nama belakang mereka sama, mereka bukanlah adik-beradik. Reene Aryssa dan Zaty Aryssa tinggal bersama-sama di dalam satu rumah sewa banglo dua tingkat yang berhampiran dengan Universiti Victoria (UV) yang terletak tidak jauh dari rumah sewa mereka. Memandangkan mereka pelajar terbaik setiap sem dan ini merupakan tahun akhir untuk bergelar sebagai seorang pelajar, jadi pihak kolej memberi kebenaran untuk mereka menginap di luar kolej.

              Semasa berada di dalam library, Reene bertanyakan sesuatu kepada Zaty. "Wei, kau dah siapkan assignment yang Encik Amir bagi kat kita?" kata Reene. Lalu Zaty pun menjawab "Belum lagi. Aku tengah nak fikir huraian apa yang aku nak letak. Kau nak pergi lunch tak lepas ni?" Reene membalas "Ermm boleh jugak. Makan kat tempat biasa okay." Zaty berkata "okay!"

            Semasa mereka hendak keluar daripada library, Reene Aryssa yang leka mencari sesuatu di dalam handbagnya, terasa dirinya dirempuh, lalu dia terjatuh. Habis melayang buku-bukunya. Setelah menyedari bukunya tiada di tangan, Reene pun pergi mengutip buku-buku yang ada berhampiran dengannya. Dalam masa yang sama, terdapat dua orang lelaki di hadapannya. Seorang lelaki sedang membantunya mengutip buku-buku tadi manakala seorang lagi memandangnya dengan wajah yang sinis.

          Reene Aryssa yang keliru sama ada yang mana satukah lelaki yang dia rempuh tadi. "Yang mana satu aku rempuh ni? Yang tengah berdiri ke atau yang tolong aku kutip buku tadi?" bisik hati Reene. Lelaki yang menolong Reene mengutip buku tadi perasan akan riak pada wajah Reene yang seakan tertanya-tanya itu pantas memulakan percakapan. "Maaf ya, kawan saya memang macam tuh. Dia tak bercakap dengan orang yang dia tak kenal." kata lelaki yang menolong Reene mengutip buku-buku tadi sambil tersenyum.

         "Oh baru aku tau sapa yang aku rempuh tadi. Rupanya mamat yang berwajah bengis tu yang aku rempuh. Kenapalah aku tak rempuh kuat-kuat sikit, biar bergegar otak dia." bisik hati Reene.

          Reene pun bangun dari tempat dia terjatuh lalu pergi pada seorang lelaki yang berdiri tegak tanpa sedikit pun membantunya. Dia pun memulakan kata-kata. "Maaf ya pasal tadi. Saya terlalu lalai sampai tidak perasan awak ada kat depan saya." kata Reene. Lelaki tersebut membalas, "Hish, serabut betul la kau ni!" lalu berlalu dari situ.

          Lelaki yang berkulit hitam manis yang membantu Reene mengutip buku tadi datang menghampiri Reene dan Zaty. Lelaki tersebut menghulurkan salam perkenalan dan memperkenalkan dirinya, Ashraf Rayyan dan ingin dikenali sebagai Rayyan. Rayyan berkata, "Sorrylah, kawan I tu memang panas baran sikit." Reene membalas, "Tak pe. Lagipun memang saya yang salah."

        "By the way, ape nama you berdua?" kata Rayyan. Reene yang baru ingin membuka mulut untuk membalas kata-kata Rayyan tiba-tiba Zaty memotong kata-katanya. "Nama I Zaty Aryssa. You can call me Zaty and this is Reene Aryssa. You can call her Reene." katanya sambil tersengih. "Oh! You guys ni adik-beradik ke?" balas Rayyan. "Nope! Nama belakang je sama. Parents lain-lain." balas Zaty dengan bersungguh-sungguh.

       "Oh. By the way, yang marah Reene tadi tu Aniq Amsyar. You guys can call him Amsyar." kata Rayyan dengan sebuah senyuman. "Nice to know you!" balas Reene dan Zaty dengan serentak.

       "Nice to know you too. Ermm can I take your number?" kata Rayyan sambil mengeluarkan IPhone Xr nya. Dia ingin mencuba nasib takut-takut la salah seorang daripada mereka berkenan akan dirinya. Zaty tanpa ragu-ragu mengeluarkan IPhone 7+ nya dan menunjukkan nombor Reene dan nombornya kepada Rayyan.

        Tanpa dipinta, Rayyan sendiri yang memberi nombor telefonnya kepada Reene Aryssa dan Zaty Aryssa. Selepas Zaty menyimpan nombor telefon Rayyan, tiba-tiba handphonenya berbunyi dan meminta diri untuk menjawab panggilan tersebut. Sementara itu Rayyan memanggil Reene Aryssa. "Reene, this is Amsyar's number." kata Rayyan. Reene yang tertanya-tanya kenapa Rayyan memberi nombor Amsyar kepadanya terus berkata, "kenapa awak bagi nombor Amsyar? Saya nak buat apa dengan nombor dia?" kata Reene.

        "Manalah tau you nak mintak maaf dekat dia secara personal ke? I yakin dia akan maafkan you, tapi bukan dalam masa yang terdekat ni la. Amsyar memang panas baran tapi hati dia tak lah sekeras batu." kata Rayyan sambil tersenyum.

      "Ermm ye la. Thanks bagi saya nombor dia dan thanks jugak sebab tolong saya kutip buku-buku tadi." balas Reene. Ternampak akan Rayyan yang hanya tersenyum memandang dirinya lalu Reene menyambung kata-katanya, "Awak ni dah ada yang punya ke?"

        "Haha, belum ade yang punya lagi. Sapa la nak dekat I yang tak handsome ni." kata Rayyan sambil ketawa kecil dan ternampak jelas lesung pipit kirinya. Reene membalas, "Hey, saya tengok awak handsome apa. Apa kata saya cadangkan awak tackle kawan saya. Dia still single and available tau. Dari gaya saya tengok Zaty pandang awak, dia macam suka dekat awak." kata Reene sambil berbisik, takut-takut didengari oleh Zaty Aryssa yang sedang leka melayan telefonnya.

        Rayyan yang mendengar kata-kata Reene itu terus tergelak dan berkata, "Hahaha, means you sebagai bestfriend dia, you bagi I green-light la ni."

       "Ermm, boleh jugak nak dikatakan begitu. Shh.. Zaty dah datang." balas Reene sambil menyuruh Rayyan untuk menghentikan topik perbualan tersebut. Zaty datang menghampiri Rayyan dan Reene lalu berkata, "Apa yang korang bisik-bisik tadi?" sambil memandang pelik.

        Reene dan Rayyan saling berpandangan lalu mereka berkata dengan serentak, "Mana ada pape!". Lalu mereka bertiga ketawa. Tidak lama selepas itu, Rayyan pun meminta diri untuk ke café kerana dia sudah berjanji dengan Amsyar untuk berjumpa di situ. 


x rindaennaa x

P/S: x dhmiauuu x - thanks for helping with the editing for this chapter.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro