Tiga
Ting!
Telefonnya yang berbunyi menandakan dia menerima pesanan ringkas. Lantas telefonnya diambil oleh aplikasi WhatsApp dibukanya.
Sehun mengerutkan dahinya tatkala dia menerima pesanan dari nombor yang tidak dikenali.
"Hi sweetie?"
"Mesti kau tengah aman sekarang, kan?"
"Aku sibuk dan aku tak ada mood nak bermain-main dengan kau untuk masa sekarang."
"Tapi jangan ingat, aku akan lepaskan kau macam tu sahaja."
"Oklah, aku nak buat kerja. Jangan lupa untuk merindui aku."
Telefonnya dicampakkan ke atas katil. Serta merta mukanya berubah menjadi pucat.
Memang sejak kebelakangan ini, gadis itu tidak mengganggunya, jadi dia berfikir mungkin gadis itu sudah tidak mahu mengganggunya lagi.
Kepalanya dipegang lalu dia meramas rambutnya.
Takut, cemas, risau, semuanya dirasakan olehnya. Sehun tidak menyangka bahawa gadis itu mempunyai sisi lain pada dirinya.
Kalendar yang berada di atas meja itu diambil lalu dilihatnya. Lagi 3 hari dia akan menjalani ujian peperiksaan akhir, namun semenjak kejadian itu, dia sering tidak fokus pada pelajarannya kerana asyik terfikirkan tentang gambar yang diberikan oleh gadis itu.
Hatinya benar-benar kecewa pada abang kembarnya. Mengapa dia yang harus menanggung perbuatan abangnya? Mengapa tidak Xiumin sahaja? Kenapa harus dirinya?
Pintu dibuka menyedarkan Sehun. Lantas bibirnya mengukir senyuman apabila melihat sesusuk tubuh milik ibunya melangkah masuk ke dalam bilik itu. langkahnya menghampiri Sehun yang sedang terduduk di birai katil.
"Sehun, buat apa dengan kalendar, tu?" Soal Puan Kim apabila ternampak Sehun yang masih memegang kalendar itu.
"Oh, Hun tengok tarikh. Lagi 3 hari saja Hun akan jalani ujian peperiksaan akhir lepastu Hun pasti akan lulus." Jawab Sehun manakala Puan Kim gelak.
"Hun pasti ke Hun boleh lulus?" Usik puan Kim.
"Mama ni, setiap tahun Hun lulus." Kata Sehun.
"Hihi. Ya, Hun sentiasa lulus. Mama sentiasa sokong anak mama." Balas puan Kim.
"Nanti mama datang kan waktu Hun ambil keputusan?"
Senyuman puan Kim mengendur.
"Mama akan cuba datang. Sebab abang kamu pun minta mama datang juga."
Sehun hanya senyum.
"Tak apa, mama. Kalau tak dapat datang pun, Hun ok je."
"Mama akan cuba usaha. Dah tidur, esok nak sekolah. Nanti bangun lambat pula." Kata puan Kim lalu dahi Sehun dikucup sekilas sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu.
*******
Langsir yang tergantung kemas pada dinding itu diselak oleh Taeri.
Sebuah gambar seorang lelaki ditatapnya dengan pandangan kosong.
"Kim Sehun..." Ucap Taeri lalu cepat-cepat dia menggelengkan kepalanya.
"Jangan Taeri. Ingat dendam kau terhadap dia. Jangan pernah kau cuba untuk cintakan dia. Dia punca kematian abang kau." Kata Taeri terhadap dirinya sendiri.
Sejujurnya, gadis itu masih menyimpan sedikit rasa cintanya terhadap lelaki itu. Dia mula menyukai lelaki itu sejak kali pertama mereka bertemu.
Namun, rasa cintanya bertukar menjadi benci apabila mengetahui bahawa lelaki itu punca kematian abangnya.
Inilah padahnya, apabila ada yang mencari masalah dengan keluarga bermarga Min. Musuh yang bersembunyi akan dicari sampai dapat sehingga ke lubang cacing.
Langsir ditutup kembali lalu dia merebahkan badannya diatas katil. Nafasnya dihela kasar lalu bibirnya mengukir senyuman sinis.
"See you tomorrow, my little boy." Kata Taeri lalu dia melelapkan matanya untuk tidur.
Chak!
Hai! Jangan lupa vomment tau💋💞
Muahhh ciket😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro