lapan
Sehun yang diam membisu itu dipandang oleh Kai. Perasaan hiba dan sedih menguasai dirinya apabila melihat Sehun yang menjadi mangsa keadaan.
Sudahlah dia harus menanggung segala perbuatan abangnya dan kini dia dibuang oleh keluarganya sendiri.
Jika dia yang berada ditempat Sehun, dia pasti tidak sanggup melakukan hal sama seperti yang lelaki itu sedang lakukan.
"Kai..." Panggil Sehun lalu Kai segera memandang ke arah lelaki itu.
"Boleh tak kalau aku tinggal rumah kau untuk sementara waktu? Aku janji aku akan keluar bila aku dah dapat rumah sewa nanti." Kata Sehun lalu Kai tertawa.
"Kau ni lawaklah. Kau nak tinggal selama-lamanya kat sini pun tak apa. Rumah ni pun dah jadi rumah kedua kau." Balas Kai.
Namun Sehun cepat-cepat membantah.
"Tak apa. Aku taknak susahkan kau. Aku dah banyak susahkan kau selama ini." Ucap Sehun.
"Kau tak susahkan aku lah. Lagipun aku dah anggap kau macam adik aku sendiri."
"Tak. Sumpah aku taknak susahkan kau. Kau mesti tahu kan kat mana rumah yang boleh disewa?" Rayu Sehun.
Kai berdecit kesal. Lelaki ini kalau sudah dengan keputusannya maka dia tetap dengan keputusannya.
"Yalah, yalah. Aku akan cuba tolong kau." Kata Kai lalu tubuhnya dipeluk erat oleh Sehun.
"Terima kasih, Kai! Kau satu-satunya kawan aku selepas Yoongi." Ucap Sehun lalu Kai hanya mengukir senyuman.
"Dah, jom tidur. Dah lewat malam ni." Ajak Kai lalu segera membaringkan tubuhnya diatas katil.
"Kau kenapa?" Soal Kai apabila melihat Sehun masih lagi berdiri tegak.
"Kita tidur sekatil ke?"
Kai tersenyum. Tahu bahawa lelaki itu tidak suka jika mereka tidur sekatil.
"Untuk satu minggu ini, aku nak kau tidur dengan aku. Jangan risaulah, aku bukan kaum sejenis." Kata Kai lalu tangan Sehun ditarik sehingga dia terbaring diatas katil.
Setelah mematikan lampu, mereka pun terus tertidur dibuai mimpi.
1 minggu kemudian...
Sepanjang perjalanan mereka, Sehun hanya diam memandang ke arah luar tingkap cermin kereta itu.
Tiada apa yang disembangkan oleh mereka sejak meninggalkan perkarangan rumah itu.
"Hun, masih ada masa untuk kau fikir. Betul ni tak nak tinggal dengan aku?" Soal Kai. Sejujurnya dia amat risaukan lelaki itu.
Sehun tersenyum lalu mengangguk perlahan.
"Lambat lagi ke nak sampai?" Soal Sehun pula.
"Dah nak sampai dah." Balas Kai.
Tidak berapa lama selepas itu, Kai menghentikan keretanya dibahu jalan.
"Ermmm, Hun. Maaf aku dapat hantar kau kat sini jer. Apartment tu ada kat seberang sana. Jadi kau kena lintas jalan." Ucap kai manakala Sehun hanya mengangguk.
"Tak apa. Kau dah tolong carikan aku rumah pun dah cukup." Balas Sehun.
"Kalau macam tu hati-hati."
Setelah itu Sehun menapak keluar dari kereta itu. Apabila kereta Kai mula hilang dari pandangannya, Sehun mula memandang ke kiri dan ke kanan untuk memastikan tiada kenderaan yang lalu lintas bagi memudahkannya melintas jalan.
Namun malang tidak berbau apabila sebuah kereta meluncur laju lalu melanggar Sehun. Tubuh Sehun yang sudah berlumuran dengan darah itu terbaring lemah diatas jalan.
Seorang lelaki keluar dari kereta itu lalu menghampiri Sehun yang sudah tidak sedarkan diri.
Perlahan-lahan dia mengeluarkan telefonnya lalu gambar Sehun diambil.
Setelah itu dia kembali masuk kedalam keretanya lalu memecut laju meninggalkan Sehun diatas jalan.
*****
Taeri memandang ke arah skrin telefonnya lalu dia membulatkan matanya tanda tidak percaya akan apa yang dilihatnya.
"Wait! Kenapa dengan aku? Kenapa hati aku berasa tak sedap? Tak boleh! Tak boleh! Aku takkan biarkan aku jatuh cinta dengan musuh aku. Perkara itu tidak akan berlaku!" Kata Taeri perlahan sambil memegang dadanya.
Jujur hatinya berdegup kencang saat melihat gambar Sehun yang berlumuran dengan darah itu namun kerana ego, perasaannya dimatikan serta merta lalu bibirnya mengukir senyuman sinis.
"Kasihan kau, Sehun. Aku harap kau rasalah macam mana abang aku rasa dulu. Orang macam kau memang patut mati!" Kata Taeri lagi lalu tawanya dilepaskan.
Eheks!
Jangan lupa vomment tau 😉😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro