Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Enam


Sehun duduk di birai katil. Hari ini dia hanya menghabiskan masanya di rumah memandangkan cuti sekolah.

Awalnya dia ingin menonton tv tetapi melihatkan abangnya yang sedang ketiduran diatas sofa diruang tamu menyebabkan dia membatalkan sahaja niatnya kerana takut menggangu abangnya.

Telefon dimainkannya. Namun dia mengeluh seketika kerana tidak tahu mahu berbuat apa. Game? Ah, lelaki itu bukan jenis yang suka bermain game seperti abangnya.

Telefon diletakkan kembali diatas meja belajarnya lalu sebuah buku dicapainya lalu dibaca.

Ketukan pada pintu biliknya menghentikan aktivitinya. Lantas dia bangun dari katil lalu menuju ke arah pintu. Perlahan-lahan dia membuka pintu itu lalu terukirlah sebuah senyuman pada bibirnya apabila melihatkan sesusuk tubuh milik ibunya.

"Masuklah, mama." Ucap Sehun lalu puan Kim menapak masuk ke dalam bilik itu.

"Hun..." Panggil puan Kim lantas Sehun melabuhkan punggungnya disebelah puan Kim.

Sebuah senyuman manis diberikan kepada puan Kim lalu tangannya dipegang oleh puan Kim.

"Betul Hun taknak ikut kami pergi bercuti?" Soal Puan Kim lembut.

Sehun masih dengan senyumannya.

"Ya, mama. Lagipun Hun boleh habiskan cuti Hun dengan Kai." Balas Sehun.

Namun jauh disudut hatinya, dia ingin sekali bercuti bersama-sama dengan keluarganya. Sudah 6 tahun dia tidak ikut bercuti bersama-sama dengan keluarganya akibat salah faham yang pada 7 tahun yang lepas. Dimana dia dituduh oleh ayahnya sendiri menyebabkan Xiumin hampir lemas dalam kolam.

Sejak kejadian itu, hubungannya dengan ayahnya sangat renggang. Bahkan bertegur sapa pun jarang sekali.

"Tak adalah, mama cuma rindu nak bercuti dengan Hun. Sejak kejadian itu Hun tak pernah nak bercuti dengan kami." Ujar puan Kim.

"Maafkan Hun, mama. Hun bukan taknak, tapi Hun taknak dianggap pembawa masalah lagi oleh papa." Kata Sehun lalu wajahnya ditundukkan.

"Tak, mama yang kena minta maaf. Banyak kali mama pujuk papa kamu tapi kamu sendiri tahu kan watak papa kamu macam mana." Balas puan Kim sambil mengusap lembut tangan Sehun.

Sehun hanya mengangguk dan tersenyum.

"Kalau macam tu, mama minta diri dulu. Nak siapkan barang yang tak disiapkan lagi. Nanti bila kami dah pergi, jaga diri kamu baik-baik ya, sayang." Kata puan Kim lalu keluar dari bilik itu.

******

Sehun menapak masuk ke dalam rumah yang agak terpencil tetapi kelihatan sangat menarik dan mewah.

Ya, dia mendapat sebuah panggilan dari Taeri, memintanya agar datang ke rumahnya. Ugutan turut diberikan kepadanya sebagai ancaman jika dia tidak datang tepat pada waktunya.

Langkahnya terhenti seketika cuba menikmati keindahan seluruh ruang itu.

PAP!

Tiba-tiba tangannya dikunci oleh dua orang lelaki yang berbadan besar lalu dia dibawa ke sebuah bilik.

Sehun cuba meronta-ronta minta dilepaskan namun tidak berhasil.

Di dalam bilik itu, bajunya dibuka sebelum tubuhnya dibaringkan di atas katil. Tangannya turut diikat pada katil dengan menggunakan tali.

"YAHH!! APA INI!? LEPASLAH!!" Jerit Sehun namun dua orang lelaki itu tidak mengendahkannya.

Setelah itu mereka keluar meninggalkan Sehun yang cuba melepaskan dirinya.

"Hi, my little boy. You late." Ucap Taeri yang sedang bersandar pada dinding sambil tangannya bermain-main dengan sebilah pisau. Mulutnya tidak lepas dari mengukir senyuman sinis.

"T-Taeri?"

"Yes, i am."

Sehun yang sedang cuba melepaskan dirinya itu dihampirinya lalu pipi lelaki itu dielusnya lembut.

"Calm down, dear. I wanna do something with you." Kata Taeri sambil tangannya bergerak menyentuh dada lelaki itu.

"A-apa awak nak buat pada saya? Tolong jangan apa-apakan saya. Tolong lepaskan saya." Rayu Sehun lalu Taeri melepaskan tawanya.

"Tenanglah. Aku cuma nak tinggalkan kenangan manis pada kau. Supaya kau tak lupakan aku. Sebab aku nak pergi luar negara untuk beberapa minggu, untuk selesaikan kerja aku. Aku takut kalau kau rindu aku tapi tak ada apa-apa yang boleh melepaskan rindu kau pada aku. So, enjoy it." Terang Taeri sambil memainkan pisau itu pada dada bidang lelaki itu.

Wajah Sehun dipandang disertai dengan senyuman sinisnya manakala Sehun sudah menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak mahu.

Perlahan-lahan dia menusuk pisau itu pada dada lelaki itu. Sehun hanya mampu menjerit kesakitan. Darah segar mulai mengalir keluar.

"Baru permulaan, little boy." Kata Taeri apabila lelaki itu tidak berhenti menjerit kesakitan. Pisau itu ditusuk dengan lebih dalam lagi lalu huruf "T" diguriskan secara perlahan-lahan menyebabkan lelaki itu semakin menjerit dengan lebih kuat.

"Done!" Jerit Taeri keriangan apabila karyanya siap. Darah segar semakin banyak mengalir keluar.

Dada Sehun berombak-ombak menahan sakit. Mukanya jelas kelihatan pucat apabila melihat darah yang semakin banyak mengalir keluar.

"Sleep well, dear." Ucap Taeri lalu dia segera beredar keluar dari bilik itu.

Sempat dia mendengar suara sayup-sayup sebelum dia tidak sedarkan diri.











































Kejam sangatkah? Hahaha!!
Ada kata-kata untuk Taeri?
Eheks!
Jangan lupa vomment tau 😉😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro