Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Empat

Seperti biasa, Sehun akan termenung apabila tiba waktu pelajarannya bermula.

"Wey, kelas dah habis pun kau masih termenung ke?" Soal Kai mematikan lamunan Sehun.

Sehun memandang ke arah Kai lalu menggeleng-gelengkan kepalanya. Buku-buku yang masih berada diatas meja itu segera dimasukkan ke dalam beg.

Setelah itu dia menarik tangan Kai sehingga ke loker almari mereka.

"Hun, kau kenapa?" Soal Kai lagi. Pelik dengan kelakuan lelaki itu.

"Kau kenal kan Taeri, Min Taeri?"

Kai mengangguk.

"Aku... Aku..."

"Kau apa? Kalau kau nak cerita, jangan nak gagap macam tu." Kata Kai.

Wajah Kai dipandang.

"A-abang aku buat masalah dengan keluarga dia, t-tapi aku yang terpaksa tanggung semua tu." Balas Sehun.

"Maksud kau?"

Sehun memandang sekilas ke arah Kai lalu meramas kasar hujung bajunya.

Nafas ditarik lalu dihembuskan semula sebelum wajah Kai dipandang lagi.

Lalu dia pun menceritakan segala yang berlaku pada dirinya kepada Kai.

"Shit! Tak guna punya abang kau! Kalau aku dapat dia, memang teruk aku kerjakan dia." Ucap Kai.

Sehun hanya diam. Sehun dan Xiumin memang memiliki rupa paras yang sangat sama. Namun perwatakan mereka berdua sangat jauh berbeza.

"Ni kau balik, aku hantar, eh?"

"Tak apa. Aku boleh balik sendiri."

"Kalau perempuan tu kacau kau lagi, macam mana?"

Sehun senyum.

"Jangan risau lah. Takkan ada apa-apa yang berlaku. Kau baliklah dulu." Balas Sehun.

"Betul ni, aku risaukan kau je."

Sehun hanya mengangguk lalu mereka pun sama-sama menuju ke arah tempat perhentian bas.

"Jangan lupa chat aku, kalau kau dah sampai rumah nanti." Kata Kai.

Sejujurnya, dia amat kasihankan Sehun yang mempunyai watak yang sangat lembut itu. Bahkan orang yang mengganggunya langsung tidak diendahkan.

Setelah itu, Kai pun pulang.

Baru sahaja dia ingin melangkah pergi meninggalkan perhentian bas itu, sebuah kereta hitam menghentikan langkahnya.

3 orang lelaki yang berbadan tegap dan memakai baju yang agak kemas keluar dari kereta itu lalu segera menghampirinya.

Tanpa berkata apa-apa, badannya ditarik lalu dibawa masuk kedalam kereta. Dia cuba meronta-ronta namun mulutnya terlebih dahulu telah ditekup oleh salah seorang daripada mereka.

Satu cecair jenis kloforin itu diletakkan diatas sehelai kain lalu ditekapkan pada mulut Sehun.

Perlahan-lahan pandangannya menjadi kabur dan akhirnya gelap.

*****

Senyuman sinis terukir dibibirnya tatkala melihat sekujur tubuh yang masih tidak sedarkan diri itu sedang terbaring di atas katil.

Bajunya dibuka sehingga terserlah singlet berwarna hitam yang masih tersarung di badannya.

Perlahan-lahan Taeri mendekati Sehun lalu dia merebahkan badannya di sebelah lelaki itu.

Butang baju seragam sekolah lelaki itu dibukanya satu persatu sehingga habis lalu tangannya naik mengusap lembut dada lelaki itu.

Rambut lelaki itu juga diusapnya sebelum dia mengusap pipi lelaki itu.

"Kenapa hati aku berat nak sakitkan kau? Kenapa setiap kali aku cuba balas dendam aku terhadap kau, aku rasa kasihan sangat?" Soalnya yang tangannya masih meliar merasai keseluruh tubuh lelaki itu.

"Tak mungkin aku akan sukakan kau, lepas apa yang kau buat pada abang aku." Katanya lagi.

Bibir lelaki itu dikucup sekilas sebelum dia mendaratkan kepalanya pada dada bidang lelaki itu.

Tangannya bergerak memeluk lelaki itu sebelum dia turut melelapkan matanya.







































































Eheks!
Jangan lupa vomment 😘💃
Sayang semua!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro