watak + perwatakan
Assalamualaikum dan salam sejahtera ^
Ketahuilah bahawa sebenarnya sy lupa tentang watak dan perwatakan ni TT apapun apa watak dan perwatakan tu penting? Mestilah penting sebab benda ni kita nak letak dalam cerita 😌❤️
WATAK UTAMA
Biasa dengar, kan? Ya, penulis selalu sangat fokus dengan watak utama. Mereka boleh jadi hero dan heroin yang memimpin cerita. Cerita mereka lebih banyak diceritakan berbanding watak lain.
WATAK SAMPINGAN
Boleh dikatakan watak yang membantu watak utama. Watak ni tak terlalu difokuskan sangat namun peranan mereka juga penting.
WATAK PROTAGONIS
Watak baik yang hanya memihak kebenaran. Watak ni tak ada niat jahat.
WATAK ANTAGONIS
Watak jahat yang hanya memihak kejahatan. Watak ni memang terkenal dengan niat jahatnya. Boleh dikatakan watak ni suka menimbulkan konflik.
Saya tak letak semua jenis watak, tapi keempat ii watak ni memang ada dalam sesebuah cerita. Jadi kita akan beralih ke perwatakan. Perwatakan ni ada dua jenis tau 😚❤️
Dalaman dan luaran.
Ada jenis penulis yang hanya menerangkan watak dia berdasarkan luaran sahaja seperti :
Contoh :
Amir mempunyai paras rupa yang kacak. Bebola matanya coklat hazel dan bibirnya merah. Tubuhnya tegap dan tinggi.
Ada juga penulis yang hanya menerangkan watak dia berdasarkan dalaman sahaja seperti :
Nadia mempunyai hati yang lembut. Bahkan ditengking sahaja air matanya akan mengalir. Dia mudah memaafkan dan suka bergaul dengan orang lain. Namun di sisi lain, dia suka memendam.
Ada penulis yang menerangkan watak berdasarkan dalaman dan luaran, misalnya saya 😌❤️ :
Hakim seorang lelaki yang terkenal di sekolah. Kerana paras rupanya yang rupawan dan senang bergaul. Hatinya baik namun diam-diam menyukai gadis pindahan di sekolahnya.
Cara nak buat perwatakan yang menarik? Selalu hero tu dingin, handsome, caring kan? Tapi bila baca cerita hero macam tu ofkos la sy blushing ehem ii 😌 apapun saya akan bagi contoh perwatakan yang boleh awak semua guna :))
PERWATAKAN LELAKI
[• Punya paras yang kacak
• Berbadan tinggi dan tegap
• Tidak pernah serius dan suka mempermainkan perempuan
• Hanya setia dengan satu perempuan
• Suka memendam dan pendendam]
[• Punya aura yang dingin
• Mementingkan kekemasan dan panas baran
• Lemah dengan benda yang comel ii dan pencinta kucing
• Seorang yang romantik bersama cinta hatinya
• Suka cemburu]
[• Mempunyai paras yang cantik seperti wanita
• Menyukai alam semula jadi dan tidak suka keluar rumah
• Kanvas putih dan berus cat ialah kawannya
• Seorang yang lebih suka memendam daripada meluah
• Suka menyukai seseorang dalam diam]
PERWATAKAN PEREMPUAN
[• Paras rupa yang cantik
• Seorang yang mudah bergaul dan ceria
• Tidak suka bersikap matang dan asyik kebudak-budakan
• Seorang yang suka terobses dengan cinta hatinya
• Suka menyakat dan cepat marah]
[• Tidak menyukai suasana yang bising
• Mulut kata tak, tapi hati kata iya
• Suka peduli tentang orang lain sedangkan diri sendiri tidak terurus
• Setia dan asyik dikhianati
• Tidak suka ditipu]
[• Cuai dan hatinya tisu
• Manja dengan orang terdekatnya namun dingin dengan orang lain
• Suka menyukai seseorang dalam diam
• Lambat dalam membuat keputusan
• Seorang yang polos hatinya baik
• Tidak menyukai orang yang mengusik keluarganya]
Ni hanya contoh perwatakan yang boleh diguna 😚❤️ apapun harap ini dapatlah membantu awak hehe 🥰
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro