Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

tajuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^

Hari ni kita nak bahas tajuk. Ya, saya tahu sesetengah awak sangat kesulitan nak cari tajuk yang sesuai untuk cerita. Saya pun auto blank bila nak fikir tajuk 🤧

Tapi cara nak pilih tajuk juga boleh menarik minat pembaca tau. Elakkan letak tajuk panjang ii, saya pun tak tahu macam mana awak boleh fikir idea buat tajuk panjang. Lagi kesian bila awak request kat covershop untuk buku awak tu tajuknya panjang ii, saya rasa pembuat cover tu mesti stress nak buat macam mana 😌

Cukup lima patah perkataan sahaja. Cari je tajuk yang simple ii, dalam bm pun boleh.

Tajuk panjang ii macam ni saya tak galakkan sangat, saya bagi contoh :)

• Pak Samad Kahwin Dua Ternyata Isteri Pertamanya Isteri Keempat?

• Kucing Yang Comel Itu Merupakan Ahli Sihir Terhebat Pada Tahun 3000 Dan Lahir Hari Isnin Tarikh 3 Bulan Januari

Macam mana kita nak ringkas, kan? Buat macam ni je.

• Isteri-isteri Pak Samad
• Kucing Si Ahli Sihir

Lebih sedap didengarkan? Tak payahlah panjang sangat dan terlalu detail, dah macam nak beritahu jalan cerita dia je nampaknya 😌😌

Bagi awak yang kesulitan cari tajuk, letak je nama watak ke walaupun agak klise. Letak dia(nama orang) milik aku pun jadilah. Asalkan jangan panjang macam di atas tadi. Tapi sy sarankan fikir la tajuk ii yg tak banyak diguna orang, original tajuk awak 😌❤️

Bila nak fikir nama tajuk ni otak pun jadi stress, kadang terfikir macam mana penulis lain boleh fikir tajuk hebat ii TT

Kalau kesulitan cari tajuk boleh je sy tolong :) apa ii pertanyaan sila ajukan di sini >>>

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro