romance
Assalamualaikum dan salam sejahtera ^
Macam dah lama tak update, hshshs. Rain belum buka review, mungkin awal februari insya-Allah. Dalam bab ni, rain akan ajar macam mana nak tulis cerita romance. Bagi para penulis yang berminat nak tulis genre ni tapi tak tahu macam nak buat, sedikit sebanyak rain akan tolong.
Awak kena fikir betul ii genre apa yang sesuai dengan awk.
Sebagai contoh untuk genre cerita sy :
Oak Valley's Secret
(friendship, family, mystery, romance, time-travel, fantasy, action(mungkin), thriller(mungkin))
Bagi sy romance ni ada tiga jenis, bagi org lain sy tak tahu la. Berdasarkan pemerhatian saya heheh 😌
Romance biasa
Comedy romance
Sad romance
Banyak cerita romance yang cliche, kan? Kalau awak memang suka buat cerita cliche atau tak suka cliche, ikut cara masing ii. Itu hak awak, cerita awak, awak yang reka dan awak boleh tentukan jalan cerita dia macam mana.
Bagi awak yang masih tak tahu nak mulakan apa bila buat romance, awak boleh ikut idea sy. Tag la sy kalau guna idea ni, hehe 🙈 Awak boleh mulakan hero seorang yang suka menggoda, masih seorang pelajar dan pernah dating dengan banyak wanita dewasa.
Untuk heroin pula, wanita dewasa yang baru sahaja kematian suaminya. Heroin mandul dan selalu menjadi tempat pelampiasan amarah mentua arwah suaminya.
Adik lelaki heroin yang sebaya hero, heroin bertemu hero apabila sedang mengambil adiknya dari sekolah. Ciee cinta berputik 🤣❤️
Untuk seterusnya, sila ii la sambung 🐱❤️
Awak takut cerita romance awak cepat bosan? Pembaca selalu lari? Itu biasa. Jadi macam mana awak nak buat cerita romance awak tak bosan?
Jangan banyak dialog, jangan banyak naratif. Sedang ii. Awak buat cerita romance, kan? Percepatkan pertemuan hero dan heroin buat pembaca tak sabar nak tunggu apa yang jadi seterusnya.
Perwatakan hero dan heroin memainkan peranan. Hero dingin tapi sweet, heroin ceria tapi kuat merajuk. Apa awak ada lagi perwatakan lain? Saya paling suka hero dingin dengan heroin suka menyakat, hahahah. Saya tahu cliche 🙈
Jangan buat penjelasan yang menyeluruh dalam cerita romance, terutamanya dalam naratif.
Contoh :
Aina sedang memakan kuih. Didapati kuih di dalam ada rambut berukuran 25 cm. Dia mencari lagi apa ada rambut, kali ini rambut panjang keriting. Aina mula rasa ingin muntah melihatnya, kuih itu dibaling agar mengenai sampah. Kuih itu slow motion dahulu sebelum dihumban ke dalam tong sampah. Didapati kuih itu tidak jatuh ke dalam tong sampah, malah masuk ke dalam air parit buat Aina menjerit terkejut semua.
Jangan terangkan terlalu menyeluruh 😭 entahlah sy tergelak tulis ni. Jangan guna contoh naratif yg saya buat ni, hahah 😭😭
Jangan lupa selitkan kemanisan. Setiap cerita ada kemanisan sekecil apapun sampai kita tidak sedar. Awak teringin buat cerita romance yg sweet ii tapi tak tahu macam mana?
Awak boleh guna ni.
Hero atau heroin merajuk, salah satu daripada mereka kena pujuk.
Gunakan panggilan manja, boleh mengucapkan ayat ii cinta seperti 'i love you'
Memberi hadiah atau surat yang boleh buat penerimanya blushing 😚
Buat luahan cinta di tempat yang ronantik seperti pantai, candlelight dinner, tengah tengok bunga api, tempat yang tiada banyak orang dan banyak lagi.
Bagi awak nak buat comedy romance, awak kena pandai buat pembaca ketawa. Saya tak tahu cerita saya ada lawak ii sbb selama ni sy menulis apa yang terlintas dalam fikiran saya.
Sad romance pula, awak boleh mulakan dengan flashback masa lalu, kematian seorang watak dalam cerita yang begitu penting untuk hero atau heroin, diabaikan keluarga atas sebab tertentu dan banyak lagi.
Kalau awak rasa writing tips ni membantu, saya gembira mengetahuinya. Sila ii la share idea jalan cerita ke, apa ii pertanyaan, apa yang nak ketahui, boleh letak kat sini
>>>
Saya hanya ajar apa saya boleh ajar, selebihnya ikut awak macam mana nak buat cerita tu lebih menarik. Apapun tyy sudi menjenguk ♡
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro