review 2 | derita untuk bahagia
Assalamualaikum dan salam sejahtera ^
Maaf tunggu lama review sy, moga review ni dapat membantu author sedikit sebanyak :)
TAJUK
Simple tapi ada maksud yang tersendiri. Tajuk ni sangat sesuai dengan cerita. Mudah difahami dan senang ingat :)
9.5%
BLURB
Blurb tak terlalu pendek dan panjang, dapat menarik minat saya. Penggunaan ayat yang senang difahami. Tidak terlalu berterabur, senang cerita kerja baik author ✨️
8%
KULIT BUKU
Sejujurnya cover ni amat cantik. Penggunaan font yang tak berlebihan menjadikan kulit buku nampak cantik. Meskipun simple, tapi sejuk mata memandang ♡
9.5%
TATABAHASA
Saya tak boleh nak kata apa la huhu. Boleh dikatakan tatabahasa dalam cerita ni sedikit tunggang-langgang. Penggunaan ayat dia memang mudah difahami, semua tu dah kira oke.
Jadi apa yang masalahnya, mari kita lihat :)
"Hai....." ❌️
"Hai..." ✅️
"Aku datang ni." Sahut kawannya. ❌️
"Aku datang ni," sahut kawannya. ✅️
Kalau kita sedang guna penanda dialog, sy tak berapa pasti tetapi kebanyakannya di akhir dialog ada koma bukan noktah :)
Selain tu, banyak juga typo yang saya jumpa. Nasib saya faham apa yang cuba author sampaikan 🤧 Tatabahasa memanglah sedikit berterabur, tapi saya sempat kagum dengan author yang boleh buat ayat mudah difahami 😊
Sebab ayat author buat sy cepat tangkap, sy bagi lebih sikit markah :)
26.5%
JALAN CERITA
Pada awal bab cerita ni sy dah ketawa tak henti ii author, mana sadnya pun sy tak tahu 😭😭 serius sy tak boleh dengan perangai rafiq tu, lagi ii part dia tak mandi pergi sekolah 😭😭
Sampai sekarang sy masih tak puas hati dengan zahran dan marissa, semudah tu mereka minta maaf selepas buat jahat kat anak sendiri. Rafiq boleh pula terima kemaafan mereka allahu 😌😌
Paling geram dengan watak dua ekor ni, karlisa dan fawwaz. Sanggup buat rancangan nak racunkan rafiq disebabkan nak harta dan jadi kaya raya. Selalunya lelaki dan perempuan muda jadi antagonis, lain pulak dengan cerita ni ya. Boleh pula ibu dan ayah tiri rafiq jadi antagonis, apa ii pun unik sy suka :)
Kisah aisyah dengan faris berjaya buat saya blushing. Mereka dua cute sangat sampai saya pun naik geram.
Saya ingat jalan cerita dah berubah disebabkan aksi Tuan Fattah. Bila masuk aksi fattah, sy ingat sedang baca webtoon seni bela diri. Apapun saya terhibur dengan watak ni, hahah 😭
Air mata sy mengalir bila rafiq dibenci oleh ibu ayahnya. Rafiq nak sangat berbaik dengan ibu ayahnya. Masih sakit hati dengan zahran yang cuba bunuh rafiq yg merupakan anak kandungnya sendiri. Salahkan rafiq sbb lahir di dunia ni allahu 😭😭
Chapter fav sy chapter 1 hahahah 😭
Perasaan sy baca cerita ni lebih banyak nak ketawa berbanding sedih, apa dah jadi dengan syy 😭
37.5%
JUMLAH KESELURUHAN
81%
Hanya itu sahaja review daripada saya. Maaf jika sy terkasar bahasa dan tak sedar melukakan hati author. Saya harap dengan review ni dapat buat author lebih semangat membuat karya. Terima kasih kerana sudi review di sini, sy amat ii hargai :)
Apa ii pertanyaan sy alu ii kan >>>
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro