review 1 | hitam putih
Assalamualaikum dan salam sejahtera ^
Maaf lama menunggu review dari saya, harap review ni sedikit sebanyak boleh membantu sis terus semangat menulis cerita ♡
TAJUK
Saya dapat merasakan keunikan tajuk ni. Boleh jadi masa lalu, kenangan dan seseorang yang ada pada waktu itu. Ini cuma pendapat saya mengenai tajuk ini, simple but nice ✨️
8.5%
BLURB
Susunan ayat yang kemas dan indah sampai saya terlopong. Ringkas dan padat, mampu menarik minat saya untuk terus membacanya. Tiada apa yang sy jumpa kesalahan dalam blurb ni, blurb yang sangat cantik sis ♡
9.5%
KULIT BUKU
Penggunaan font yang tak terlalu berlebihan, nampak simple tapi cantik dipandang. Gambar anime lelaki menambah keindahan di situ, bila pertama kali lihat saya ingat lelaki tu jatuh cinta buat pertama kali kerana terpesona dengan sesuatu daripada seorang gadis 😭❤️
7%
TATABAHASA
Bagi saya tidak ada banyak kesalahan tatabahasa yang saya jumpa. Typo juga hampir tiada buat saya selesa membacanya. Adalah juga saya jumpa sedikit kesalahan tapi saya jadi ketagih nak baca lagi hahahah 😭
Saya bagi contoh kesalahan :
"ARGH!" ❌️
"Argh!" ✅️
Saya tak tahu boleh ke tak capslock huruf sbb ada sesetengah novel fizikal yg saya tengok mereka ada capslock. Jadi saya agak kurang pasti 🤧
Apapun penggunaan ayat sis sangat indah dan kemas. Ada bahagian yang saya agak kurang faham kerana penerangannya mungkin tidak jelas, tetapi tidak apa. Selebihnya semua okey dan tiada masalah ketika saya membacanya.
28.5%
JALAN CERITA
Pada awalnya, cerita ni saya ingat chap dia panjang, bila habis baca eh ternyata sekejap je saya baca TT Jalan cerita sangat tersusun rapi dan saya tak jumpa apa yang tertinggal. Walaupun masih on-going, cerita ni pernah menjatuhkan air mata saya lagi-lagi flashback Haidar 🤧🤧
Paling sedih dengan Nuha yang diculik 😭 masih belum jelas lagi identiti lelaki yang culik Nuha tapi apa sy boleh tersuka F.L tu? Keperibadian dia memang fav sy sis, asyik ii sy blushingg 😭😭 Walaupun F.L culik Nuha, tapi sy dapat rasakan lelaki ni baik sebab dia nak Nuha hidup ❤️
Persahabatan Affan dan Qayyum buat saya terharu aww 🤧 Qayyum yang tunggu Affan sedar di hospital kerana kehilangan Nuha. Tapi sy curiga dengan watak Eliyna ni, dia macam ada something yg dia sembunyikan.
Cinta Khair Zhen terhadap Kalsom buat saya menangis. Masuk Islam sebab cintakan Kalsom, Zhen sanggup bunuh diri kerana merasakan dunia begitu kejam buat mereka berdua. Namun paling buat sy simpati dengan Zhen, Kalsom masih belum boleh melupakan ex husband dia.
Fav chapter sy dalam cerita ni ialah chap 17 ♡ sy blushing teruk dengan F.L ehem ii 😌❤️
Bagi saya jalan cerita tak nampak serabut. Saya selesa membacanya, ada banyak pengajaran yang dapat dengan membaca cerita ni. Kerana cerita ni bergenre sad romance, saya dapat rasakan kesedihan tu. Cinta tak semestinya memiliki 😔💔
38%
JUMLAH KESELURUHAN
91.5%
Hanya itu sahaja review daripada saya. Cerita ni saya recommend kepada awak ii yang suka sad romance ♡ apapun saya harap sis teruskan karya yang indah ini, masih ada banyak lagi yang inginkan karya seperti ini ♡♡ btw tyy sudi review di sini, maafkan rain jikalau terkasar bahasa dan silap rain dalam review ini TT♡
Apa ii pertanyaan sy alu ii kan >>>
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro