Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

give up?

Assalamualaikum dan salam sejahtera ♡

Dh lama sy tak update hahah TT khabar baik? Alhamdulillah baik ❤️

Saya harap yang sedang singgah writing tips ni dapat sesuatu yg berguna dengan membaca apa yang sy tuliskan di sini. Saya juga masih byk kekurangannya, jika ada salah silap jangan malu untuk tegur :)

Bagi penulis wattpad, yg sedang berusaha utk menyelesaikan sebuah karya, yang sedang berusaha melawan writerblock, yang sedang berusaha mencari idea tapi tak dapat ii, yang sedang berusaha untuk update karya, yang sedang berusaha untuk apa ii yang menghalang dia untuk berkarya.

Mesti susah dan berat, kan? Lihat penulis lain, mereka boleh buat. Banyak karya mereka yang dah tamat, kadang dalam hati tertanya, bilalah boleh jadi macam tu ya? Kenapa dia boleh, kita tak boleh?

Niat. Jika niat menulis tak betul, tak ada gunanya. Dulu saya menulis, saya terlalu pentingkan pendapat orang sampaikan saya rasa nak give up apa semua dan sy sedar, walaupun sy tunggu org lain utk munculkan pendapat dia mengenai story sy, masih ada yang tidak berani munculkan pendapat tapi mereka sentiasa menunggu karya saya.

Saya nak hargai mereka seperti mana mereka selama ini setia menunggu karya saya.

Elakkan overthinking. Kalau tak dapat juga, sibukkan diri dengan aktiviti selain menulis. Stop menulis seketika jika rasa stress. Menulis dalam keadaan macam ni akan buat karya kita lari dari jalan cerita yang kita susun dan membuatkan karya kita tu semakin sukar difahami.

Kalau dalam hati terdetik nak give up, tanya diri sendiri sebab apa kita nak give up. Cara supaya kita tak cepat give up, sayangilah karya anda. Itu karya anda, bukan karya orang lain. Mereka tak layak nak tentukan jalan cerita tu macam mana, kalau macam tu apa gunanya kita berkarya?

Kita penulis dan mereka pembaca. Saling membantu, menyokong antara satu sama lain. Jangan terlalu ikutkan keinginan pembaca sampai karya kita tu ikut semua je pembaca nak. Kita juga ada karya yg ingin kita buat kan?

Jangan berhenti berusaha. Susah bagi kita, asyik ii rasa nak give up. Apa gunanya berusaha kalau tak ada hasil? Anda sedang berkarya, kalau anda ingin raih perhatian pembaca, jangan tunggu pembaca datang cari anda, sebab pembaca tak hanya baca buku anda sahaja.

Kita sebagai penulis, kena cuba bertindak terlebih dahulu. Tak apa kalau awal ii rasa tak biasa dan tak ada banyak yang tertarik. Tapi kita dah buat semampu boleh, usaha takkan mengkhianati hasil.

Paksa pembaca untuk baca citer kita? Saya tak galakkan. Anda hanya buat pembaca tu makin tak tertarik nak baca citer anda. Kalau anda nak memaksa juga, paksa untuk semua org baca citer anda. Jangan paksa secara personal.

Belajar untuk sentiasa berasa cukup. Jangan tamak. Bersyukur tu penting, kalau kita tak bersyukur dengan karya yang kita buat, bila ii masa nikmat yang kita ada boleh ditarik bila ii masa.

Urus masa anda. Kalau anda jenis yg sgt sibuk tapi anda teringin nak update, buatlah jadual atau apapun itu dan senaraikan hari mana dan pukul berapa anda akan update. Kalau kita terlalu mementingkan kesibukan kita, kita kemungkinan boleh kehilangan minat untuk menulis.

Cari hobi atau buat hobi jika anda mengalami writerblock dan seangkatan dengannya. Tak hanya hobi, anda juga boleh join mana ii aktiviti agar tak terlalu stress memikirkan bila nak update. Penulis tak mungkin dapat menulis 24 jam setiap hari tanpa henti, buat semampu yang anda boleh. Jangan paksa diri kita terlalu sgt sampai mengabaikan apa ii yg penting kita perlu jaga.

Saya juga masih dalam keadaan writerblock. Selama ni sy paksa diri saya buat byk benda, buat citer tak henti ii tengok apa jadi hahahah 😭

Kalau ada apa ii pertanyaan, sy alu ii kan >>>

Moga update kali ni buat anda yang sedang berkarya akan terus berkarya, fighting! ♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro