Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

dialog

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^

Hari ni kita nak bahas dialog. Cara nak buat dialog yang kemas dan tak nampak serabut, saya akan beritahu. Mula ii saya tak galakkan sangat awak buat dialog macam ni dekat cerita.

Pak Samad : Isteri pertamaku di mana?
Isteri Kedua : Isteri pertama pergi membeli barang dapur.

Kalau awak buat macam ni, percaya la sesetengah pembaca tak lalu nak baca. Tak kemas dan tiada penerangan yang dapat difahami dengan mudah.

Guna tanda petik untuk buat dialog (")

Contoh ayat :

"Saya suka makan ayam goreng."

Nampak lebih kemas kan? 😌❤️

Saya akan ajar cara buat dialog. Step by step gituu 😚

"Nadia....... awak suka saya?" ❌️

"Nadia... awak suka saya?" ✅️

Kenapa tiga titik (...)? Sebab saya tak pernah nampak dalam novel mereka buat banyak titik. Tiga titik sahaja.

"Wah, sedapnya ibu masak!" Puji Samad yang sudah melompat-lompat kecil. ❌️

"Wah, sedapnya ibu masak!" puji Samad yang sudah melompat-lompat kecil. ✅️

Selepas tanda seru (!) atau tanda soal (?), guna huruf kecil. Ataupun lepas tanda koma (,) tetap juga huruf kecil.

"Saya nak kahwin dengan Maisara, puan." terkelu lidah Puan Diana.

"Saya nak kahwin dengan Maisara, puan." Terkelu lidah Puan Diana.

Selepas noktah, huruf depan kena huruf besar.

"Ke-ke-kenapa ka-kau?" ❌️

"Ke... ke... kenapa... ka... kau?" ✅️

Jangan guna (-) untuk buat ayat gagap 😌

"AKU SUKA KAU!" ❌️

"Aku suka kau!" ✅️

Kenapa salah? Ya saya tahu kalau huruf besar macam dia tengah jerit gitu, tapi sebenarnya tak boleh.

"I love you more than you love me." ❌️

"I love you more than you love me."

Kalau kita buat ayat english atau mana ii bahasa asing, pastikan guna italic. Nampak cantik dan kemas gitu 😚

"Hari ni awak cantik, Nadia." puji Nabil ❌️

"Hari ni awak cantik, Nadia," puji Nabil ✅️

"Kenapa awak nak berahsia?" Tanya Nadia tidak puas hati. ❌️

"Kenapa awak nak berahsia?" tanya Nadia tidak puas hati. ✅️

Boleh faham? Maaflah agak rumit ya dialog ni, masa saya belajar buat dialog pun terkial ii juga 🤧

"Bukan aku!" tersentak Nabil apabila kawannya tiba-tiba teriak. ❌️

"Bukan aku!" Tersentak Nabil apabila kawannya tiba-tiba teriak. ✅️

"Kenapa bukan saya?" tertunduk kepala Nabil saat mendengarnya. ❌️

"Kenapa bukan saya?" Tertunduk kepala Nabil saat mendengarnya. ✅️

Kenapa lepas tanda seru (!) dan tanda soal (?) terus huruf depannya huruf besar? Sedangkan tadi huruf kecilkan? Kalau watak tu tengok menyoal atau menjerit, huruf kecil. Kalau watak tu tengah berbuat sesuatu atau bertindak, huruf besar 😚❤️

"Sayang tak nak bantal, nak lengan abang" ❌️

"Sayang tak nak bantal, nak lengan abang." ✅️

Jangan lupa noktah 😌😌

"saya suka makan ikan goreng." ❌️

"Saya suka makan ikan goreng." ✅️

" Saya suka, saya suka! " ❌️

"Saya suka, saya suka!" ✅️

"Abang...!" ❌️

"Abang!" ✅️

"Bukan tak nak...cuma takut tersalah langkah." ❌️

"Bukan tak nak... cuma takut tersalah langkah." ✅️

"Saya,dia dan awak." ❌️

"Saya, dia dan awak." ✅️

(...) ni lebih kurang sama macam koma (,), mesti jarak. Saya pun tak tahu kenapa tetapi kebanyakannya begitu.

"Sy x tahu apa ii." ❌️

"Saya tak tahu apa-apa." ✅️

Sila jangan guna shortform, kita buat cerita bukan bermesej ii 😌😌

"Arghhhh!!!" ❌️

"Argh!" ✅️

"Kenapa?!" ❌️

"Kenapa?" ✅️

Jangan guna banyak perkataan dan tanda 😌😌

Ni saya dapat dari google. Bagi awak yang fikir banyak kali mana satu penanda dialog yang awak nak guna, boleh rujuk kat sini. Tak adalah asyik dialog kita selalu guna 'kata' je kann 🤧

Kalau ada yang salah dengan dialog, boleh beritahu saya. Saya pun masih belajar lagi huhu. Atau ada yang belum dijelaskan, share je kat sini 😚😚❤️

Apa ii pertanyaan sila ajukan di sini >>>

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro