chapter
Assalamualaikum dan salam sejahtera ^
Tajuk kali ni saya akan terangkan panjang ii. Bermula dari prolog dan epilog dan bagaimana cara membuatnya. Untuk awak yang masih tidak faham apa itu prolog dan epilog, sy akan beritahu.
Prolog ialah permulaan cerita. Manakala epilog ialah penutup cerita. Dia macam karangan BM.
Ada banyak benda boleh letak kat prolog.
• puisi
• flashback
• kejadian yang bakal berlaku
Dan lain ii. Kalau ada yang tahu banyak tentang prolog, boleh share ii hehe. Prolog ni boleh jadi 500-1000 words. Tapi jangan tiru prolog sy, prolog sy dah macam chapter biasa huhu.
Idea untuk buat prolog? Ambil kejadian yang bakal berlaku sebab dulu sy rasa yang ni senang dibuat. Mula ii awak ceritakan tentang hero dan heroin yang dah kahwin. Heroin tu ada kat hospital dan disahkan hilang ingatan, manakala hero pula terkejut dan tak boleh terima kenyataan.
Atau tiba ii hero tu curang dan heroin pun tak sangka. Jadi hero tu ceraikan heroin dan heroin tu tak boleh terima kenyataan.
Apa pula cara nak buat epilog? Waktu kita dah nak ending tu, mesti fikir idea apa nak letak kat epilog huhu. Jangan risau, saya bagi idea yang amat selalu dibuat orang.
Hero dan heroin dikurniakan cahaya mata. Kembar dua. Hero dan heroin melayan sahaja kerenah kembar tu sebab sayang.
Atau awak boleh buat hero tu baru tahu yang heroin mengandung. Dah beberapa bulan, heroin pun nak beranak jadi hero bawalah heroin pergi ke hospital.
Sy nak ingatkan, kalau awak dah buat prolog, awak mesti ada epilog. Jangan tinggal epilog. Cumanya kalau awak tinggalkan prolog, awak boleh je terus buat epilog. Yang ni sy tak berapa pasti sangat, ikut la cara yg awak rasa selesa 😌❤️
Selalunya chapter biasa words dia sampai 1000-2000. Chapter yang words sikit hanya sampai 500-1000. Chapter yang words panjang, rajin sangat tu mungkin sampai 2000-3000. Terlebih rajin, 3000-3500.
Janganlah buat chapter words dia nak dekat 9000-10000, kesian pembaca. Bagi sy 3500+ tu dah cukup banyak dan boleh memuaskan hati pembaca yang tertunggu ii update daripada awak 😌😌❤️
Apa ii soalan sila ajukan di sini >>>
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro