blurb + sinopsis
Assalamualaikum dan salam sejahtera ^
Blurb dan sinopsis? Biasa dengar, kan? Apa beza blurb dan sinopsis? Iya, dua ii itu berbeza. Jangan salah faham.
Blurb tu umpama trailer. Kita menarik minat pembaca dengan blurb. Cuma yang bezanya, blurb lebih ringkas dan tak ceritakan keseluruhan jalan cerita. Berbeza dengan sinopsis, boleh anggap ni manuskrip. Kita ceritakan dari awal cerita tu berjalan sampai akhir.
Kalau nak publish cerita, blurb jangan tinggal. Rajin ii kan la diri menulis blurb, sikit je pun. Bukannya kita nak buat sinopsis panjang ii. Tapi jangan bagi spoiler dekat blurb pula.
Ya saya tahu nak tulis blurb tu memang kena fikir 100 kali 🥲
Sy akan bagi cara nak buat blurb yang easy, senang, mudah. Kalau awak rasa susah juga, sy tak tahu nak kata apa 😌😌
• Bahas tentang perwatakan hero dan heroin. Contohlah hero tu sedingin ais, ceo, kaya-raya dan handsome. Heroin pula gadis kampung yang manis, polos dan baik hati. Ya sy tahu cliche 🥲
• Beritahu apa yang akan terjadi. Contohlah, si hero ni kahwin paksa dengan heroin.
• Jangan lupa letak dialog. Dialog juga boleh menarik perhatian pembaca kalau nak tahu. Cukuplah dua tiga dialog pun dah kira ok 😌❤️
• Berikan suspen kepada pembaca. Contohlah, lepas dah kahwin paksa, tulislah 'apa yang akan terjadi dengan perkahwinan mereka berdua? Adakah bahagia atau derita?' Gituu 😚✨️
Senang kan? Nanti awak akan terbiasa buat blurb, percaya la. Jangan la letak blurb macam tak ikhlas je. Kita nak orang baca cerita kita, jadi berusaha la sikit. Setiap pembaca ada citarasa masing ii, mereka akan baca blurb yang menepati citarasa mereka. Sy sebagai pembaca pun macam tu.
Berhenti buat blurb 'Baca jela', 'tak tahu nak tulis blurb' apa semua. Kita buat cerita, bukan covershop, genre ii random yg lain. Tu terpulang awak nak letak apa kat blurb, tapi bukan untuk cerita.
Kan dah bebel panjang ii 😌😌 apapun kalau rasa tak tahu nak buat blurb, letak jelah quotes untuk permulaan. Lepas dah tamat cerita tu, buatlah blurb.
Apa ii pertanyaan sila ajukan di sini >>>
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro