Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

20

"Yaa, kau dah bersedia ke nak luahkan perasaan kau?" Soal Yena sambil menyiku lengan Bitna yang berada di sebelahnya.

Sambil itu matanya memandang ke arah Wooyoung dan Mingi yang sedang berbual bersama rakan sekelas lelaki mereka.

"Kau rasa ni,"

Bitna menarik tangan Yena dan Dayoung lalu diletakkan di dadanya yang sedang rancak berdegup. Sejak dari keluar kereta tadi lagi dia rasa begitu.

"Relaks lah kawan. Everything will be fine. Trust me, okay?" Dayoung menepuk bahu Bitna.

"Tak sabarnya aku nak tengok korang jadi pasangan kekasih," Yena sudah senyum teruja.

Bitna sekadar tersenyum nipis. Pelabagai andaian bermain di fikirannya. Bagaimana kalau Wooyoung menolaknya? Atau mungkin lelaki itu sebenarnya memang sukakan Hyewon seperti yang diberitahu Mingi tempoh hari? Atau, di mata Wooyoung, dirinya adalah sekadar rakan sepermainan sahaja?

Suasana dewan sedikit riuh bila pengacara majlis mengumumkan yang acara tari-menari sudah bermula. Pencahayaan di dalam dewan juga sudah berubah menjadi suasana yang tenang ditambah dengan aluman muzik yang dipasang.

"Aku tak tahu pun ada acara menari," ujar Dayoung pelik.

"Bitna yaa,"

Bitna memandang Mingi yang sudah berdiri di hadapannya sambil mengulurkan tangan itu. Dia tahu maksud lelaki itu.

"Yena," Wooyoung menghulurkan tangannya pada Yena.

Yena teragak-agak untuk menyambutnya sambil dia memandang Bitna. Bitna mengangguk tanda dia tidak kisah. Huluran tangan Mingi disambut juga bila pelajar lain sudah mula menari.

Mingi meletakkan tangannya di pinggang Bitna sementara satu lagi tangannya memegang erat tangan Bitna. Mereka mula bergerak mengikut alunan muzik.

"Bitna yaa, kalau aku cakap sesuatu boleh?" Soal Mingi.

Bitna mengangguk.

"Bitna, aku nak jujur dengan kau. Aku sebenarnya sukakan kau," ujar Mingi.

"Huh?"

"Aku suka kau Choi Bitna. Aku putus dengan Hyewon sebab aku sedar yang aku mula sukakan kau," sambung lelaki itu lagi.

"Tapi Mingi, aku-,"

"Kau perlukan masa kan? Aku tahu kau terkejut dengan luahan aku ni. Tapi please Bitna, bagi aku peluang. Wooyoung dah banyak tolong aku. Kau mesti tak nak tengok usaha kawan baik kau tu sia-sia kan?"

"Wooyoung?"

Mingi mengangguk.

"Aku tahu kau tak perasan. Tapi Wooyoung dah banyak kali cuba untuk rapatkan kita. Start dari hari yang kita pergi comic cafe tu lagi,"

"Wooyoung cuba rapatkan kita?" Bitna menyoal seakan tidak percaya.

"Ya Bitna. Wooyoung kata kita berdua sepadan,"

Saat itu juga, Bitna terpandang Wooyoung dan Yena di belakang Mingi. Wooyoung melemparkan senyuman buatnya seperti biasa. Bitna cuba mengawal emosinya saat itu. Ada rasa kecewa dalam dirinya terhadap Wooyoung yang membuatkan dia tidak mampu membalas senyuman itu.

"Mingi, kau bagi aku masa dulu boleh kan?" soal Bitna.

"Sure. Aku akan tunggu jawapan kau,"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro