11
"Terima kasih,"
Bitna menyambut huluran beg kertas yang dihulur jurujual itu. Seterusnya, dia mula melangkah keluar dari kedai kasut di pusat beli-belah itu. Niat asalnya ke situ untuk membeli buku latihan. Tetapi matanya tertarik pula pada promosi di kedai kasut yang baru dibuka itu.
"Kalau ada Yena dengan Dayoung mesti lagi seronok," ujarnya.
Setelah itu dia melangkah menuju ke tangga bergerak untuk ke tingkat atas di mana kedai buku berada. Mujur tidak ramai orang kerana hari itu bukan hari minggu.
Saat kakinya melangkah ke atas escelator, matanya terpandang ke tangga di sebelahnya yang sedang bergerak turun.
"Wooyoung," mulutnya bersuara perlahan.
Wooyoung sedang berdiri di sebelah bersama Hyewon. Di tangan lelaki itu terdapat beg kertas dari jenama kosmetik yang terkenal. Jelas sekali ianya milik Hyewon. Dan gadis itu pula sedang menunjukkan sesuatu di skrin telefonnya pada lelaki itu. Dan keduanya sedang ketawa ceria.
Sehinggalah Wooyoung mengangkat wajahnya dan pandangan mereka bertemu. Terus berubah riak wajah lelaki itu. Dia seperti ingin membuka mulut namun Bitna segera melarikan pandangannya. Kakinya dengan laju berjalan kerana dia tiba-tiba merasakan yang tangga tersebut seakan bergerak perlahan.
Atau lebih tepat, dia ingin segera pergi dari pandangan Wooyoung. Sampai sahaja ke tingkat atas, dia tidak terus ke kedai buku sebaliknya dia mencari tandas. Masuk sahaja ke tandas, kubikel kosong dicarinya dan pintu dikunci. Nafasnya turun naik saat itu. Dia teringat perbualannya Bersama Wooyoung di dalam bas pagi tadi.
"Aku ada hal lah Bitna. Nak keluar dengan budak-budak lelaki pergi main game. Kalau kau beritahu awal-awal boleh aku temankan kau. Kita pergi hujung minggu ni?"
"Malaslah pergi hujung minggu, ramai orang. Kalau kau tak boleh teman, aku pergi sendiri. Bukan susah pun,"
"Mianhei. Nanti aku belanja kau novel bila kita pergi sana lagi,"
"Penipu. Jung Wooyoung penipu,"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro