
10
"Yaa!"
Wooyoung yang sedang leka dengan telefon bimbitnya itu mengangkat sedikit kepalanya lalu memandang Bitna di buaian sebelah. Malam itu mereka berdua keluar untuk makan mi segera di kedai serbaneka di Kawasan perumahan itu. Dan dalam perjalanan pulang, mereka singgah di taman permainan.
"Kau chat dengan siapa? Dari tadi lagi tak berhenti dengan phone,"
"Takde siapa lah. Aku baca komik online lah," ujar Wooyoung lalu menyimpan telefon bimbitnya ke dalam jaket yang dipakainya.
Bitna mencebikkan bibirnya. Dia tahu Wooyoung menipu. Dia sendiri Nampak yang lelaki itu membuka aplikasi Kakaotalk tadi dan bukannya membaca komik. Ingat dia bodoh ke tak dapat bezakan dua aplikasi itu.
"Kau ingat tak yang kita pernah buat perjanjian sepuluh tahun lepas? Yang kita takkan simpan rahsia antara satu sama lain?" soal Bitna.
Wooyoung tertawa kecil.
"Mestilah ingat. Dekat buaian ni juga kan?"
Sepuluh tahun lepas, dia pernah dibuli oleh sekumpulan kanak-kanak nakal di situ. Dan bila Bitna mengetahui hal itu, dia dimarah oleh gadis itu. Sejak itu mereka berjanji untuk sentiasa berkongsi masalah dan tidak berahsia antara satu sama lain.
"So, kau ada apa-apa rahsia yang kau nak kongsi dengan aku?"
Wooyoung mengerutkan dahinya lalu memandang Bitna.
"Rahsia apa?" soalnya.
"Apa-apa je. Contohnya macam tentang perempuan yang kau suka," balas Bitna.
"Perempuan yang aku suka?"
Bitna mengangguk. Harapannya agar Wooyoung membuka cerita tentang Hyewon.
"Entah lah. Setakat ni aku tak suka mana-mana perempuan lagi selain Omma aku,"
"Yaa, kau jangan nak menipu. Takkan takde seorang pun yang kau suka dalam ramai-ramai perempuan kat sekolah tu? Melainkan yang kau ni tak straight,"
"Yaa! Kau ingat aku ni apa?" soal Wooyoung geram.
Bitna ketawa perlahan.
"Kang Hyewon. Apa pandangan kau tentang dia?"
"Kenapa tiba-tiba petik nama Hyewon?" Wooyoung mula pelik.
"Mingi cakap kau suka dia. Sebab tu dia break dengan Hyewon," ujar Bitna jujur.
"Haish, Song Mingi," Wooyoung mengetap bibirnya menahan marah.
"Tak betul kan?" soal Bitna.
"Dah lah cakap tentang ni. Hari dah lewat, jom balik," Wooyoung bangun.
"Tapi kau belum jawab soalan-, Yaa, tunggulah!"
Bitna tidak sempat menghabiskan ayatnya bila melihat Wooyoung berlari meninggalkannya.
"Cepat Bitna! Kalau lambat nanti ada hantu buaian!" Wooyoung ketawa.
"Tak guna! Tunggulah!"
Hmm, cerita ni tak best ke?😩😩😩
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro