Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Witches 🔮 Special Chapter Emily Louis

Ia bermula dengan rindu dan keinginan.

Ia bermula dengan darah dan perasaan takut

Ia bermula dengan penemuan...
Ahli sihir...


Dahulu, dunia kami dipenuhi dengan keajaiban tapi sekarang ia menjadi milik manusia.

Makhluk seperti kami bersembunyi daripada pandangan manusia dan takut dijumpai.
Kami berasa cemas walaupun sesama sendiri.

"Setiap pengakhiran pasti ada permulaan baharu."

Di suatu kawasan pendalaman. Sepasang suami isteri sedang rusing memikirkan keselamatan anak perempuannya. Ketua ahli sihir yang kejam ingin mencari kanak-kanak yang mempunyai kuasa yang luar biasa, sesudah itu dia akan bunuh.

"Kita perlu cari jalan macam mana nak selamatkan anak kita daripada mereka dengan secepat mungkin."

Sang bapa ke hulu hilir fikirkan cara. Manakala sang ibu sedang menenangkan si anak yang ketakutan.

"Tak ada apa-apa sayang. Pejam mata ya, sayang jangan risau, ma dan papa ada teman," pujuk ibu kepada anaknya dengan senyuman.

Emily memandang redup ke arah orang tuanya sebelum menganggukkan kepala dan memejam mata.

Ibu Emily menyelimutkan Emily dengan kemas. Segera dia menggunakan kuasanya untuk mengikat kuasa anaknya di dalam badan gadis kecil itu.

"Abang ada kuasa teleport ( ghaib ) abang boleh gunakannya?" soal sang isteri dan merenung suaminya.

Lelaki itu duduk termenung.

"Abang belum mahir menggunakan kuasa tu. Silap tempat buruk akibatnya. Risau tak dapat pulang ke tempat asal kembali je nanti," luah suaminya berserta keluhan nafas yang berat.

Sang isteri menggigit jari. Otaknya dikerah memikirkan bagaimana cara lagi untuk melindungi si anak perempuannya.

"Kalau begitu kita guna sihir pengikat," cadangnya pada si suami.

Lelaki itu terus berpusing memandang ke arah isterinya. Bibirnya tersenyum. Dia menggangukkan kepala. Apa pun cara asalkan tidak menyakitkan anak mereka, mereka sanggup demi masa depan Emily Louis.

"Maaa ... pa ..." panggil si kecil dengan nada lembut.

Orang tua Emily segera mendekati Emily. Mamanya mengusap lembut ubun-ubun Emily dan mengucup dahi anak perempuannya itu. Si ayah melihat sayu dan tersenyum hambar. Kasih sayang mereka tak terhingga buat si anak. Jika mereka boleh berunding dengan puak-puak lain pasti keadaan tidak seperti ini.

"Ya sayang ..."

"Jangan tinggalkan Emily," ucap Emily sambil memandang kedua orang tuanya.

"Mama dan papa sentiasa bersama Emily."

"Juga di sini ... bila suatu hari nanti papa dan mama tiada di sisi Emily. Kami sentiasa ada."

Si bapa mengambil tangan kecil anaknya lalu dibawa ke dada. Emily senyum senang. Dan dia kembali menutup mata. Segala kuasa mereka gunakan untuk pihak musuh tidak berhasil mengeluarkan kuasa anak mereka.

Cahaya putih menyelubungi tubuh Emily, lama kelamaan cahaya putih itu meresap ke dalam badannya.

***

Keesokkan hari...

Ketua ahli sihir dan merupakan ketua jemaah datang ke rumah Loius. Ibu dan bapa Emily menunjukkan wajah tenang seperti tiada apa yang berlaku. Mereka memberi layanan yang baik untuk para jemaah itu.

Leon Darker meletakkan telapak tangannya pada kepala kanak-kanak kecil itu. Cahaya kebiruan menyinari di bawah telapak tangan lelaki tua itu. Dia berkerut kehairanan.
  Leon Darker memandang sepasang suami isteri yang terkenal dengan kuasa luar biasa itu. Agak musthail apabila anak perempuan mereka tidak mempunyai kuasa? Ada sesuatu yang mereka sorokkan. Leon Darker tersenyum sinis.

"Nampaknya anak kecil ini tidak mempunyai sebarang kuasa. Semua orang tahu, kamu berdua adalah paling hebat di kalangan  ahli sihir mempunyai kuasa terhebat."

"Oh, saya juga tidak pasti mengapa anak saya  tidak mempunyai kuasa. Saya dan isteri cuba menguji anak kami. Sudah terbukti dia tidak mempunyai sebarang kuasa seperti kami."

"Baiklah, kalau begitu. Kami minta diri dulu. Kami akan datang lagi bila anak kamu sudah dewasa."

Leon Darker berkata dengan nada penuh makna.

Selepas Leon Darker pulang. Kejadian sebentar tadi masih bermain difikiran ayah Emily. Lantas demi keselamatan Emily. Ibu dan ayahnya bercadang mencari sesorang untuk bantu mereka. Mereka meninggalkan Emily bersama dua orang makciknya. Emily menangis hiba saat ibu dan ayahnya meninggalkan dirinya, kerana dia merasa seperti tidak akan berjumpa kembali.

***

Sebuah kenderaan dijumpai terbalik bersama serpihan kaca-kaca bertaburan. Titisan darah terdapat di atas tanah bersama beberapa kesan lingkaran bulat berwarna putih. Tiada kesan luka selain akibat perlanggaran yang secara tiba-tiba.

****

Selepas beberapa hari kemudian, makcik Emily mendapat khabar kematian adik mereka. Lantas, membuat keputusan menyorokkan Emily di suatu tempat pihak musuh tidak dapat mencari. Kerana hutan itu bukan hutan biasa. Sebarang kuasa tidak dapat menjejaki orang yang mereka cari di dalam hutan itu.

Maka... Emily membesar di dalam hutan itu berseorangan tetapi disediakan kelengkapan tempat tinggal buat gadis itu. Ini semua demi keselamatan gadis itu. Makciknya juga Rose dan Rebecca telah menghantar penjaga Emily di sana. Sehinggalah dia membesar dan menjadi seorang gadis cantik.

***

740 patah perkataan

***

Alhamdulillah berakhir sudah cerita Witches. Terima kasih atas sokongan pembaca dan rakan-rakan 😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro