Witches 🔮- Bab6
Ia bermula dengan rindu dan keinginan.
Ia bermula dengan darah dan perasaan takut
Ia bermula dengan penemuan...
Ahli sihir...
Dahulu, dunia kami dipenuhi dengan keajaiban tapi sekarang ia menjadi milik manusia.
Makhluk seperti kami bersembunyi daripada pandangan manusia dan takut dijumpai.
Kami berasa cemas walaupun sesama sendiri.
"Setiap pengakhiran pasti ada permulaan baharu."
Alarm kereta ditekan kemudian dia bergegas masuk ke dalam makmalnya. Kot yang tersarung pada tubuh dibuka dan diletakkan pada bahu kerusi. Langkah dipercepatkan ke arah Bella.
"Bella..." seru Hayden tenang walaupun tiada secebis senyuman. Bella sudah terbiasa dengan sikap Hayden.
Bella serba salah dan takut nak jawab. Dia risau jika Hayden mengamuk atau membunuh... dengan berita apa yang dia ingin sampaikan pada lelaki itu.
"Ada orang pecah masuk makmal kita."
Takut-takut Bella menutur kata. Ekor mata sekejap-sekejap mengerling ke arah Hayden. Melihat Hayden mengeluarkan taring, Bella pantas menundukkan kepala.
Tidak duduk diam. Hayden pantas mencari siapa orang yang masuk ke dalam makmalnya itu. Perlahan tangannya menyentuh barang-barang di situ dan dibaunya. Anak matanya berubah warna merah gelap.
Ahli sihir!
❦❦❦
Seorang wanita berjalan laju. Sesekali dia menjeling ke arah belakang. Beg tangannya dikepit erat. Sedang dia berjalan tiba-tiba Hayden muncul di hadapannya.
"Kau ceroboh makmal aku?" tanya Hayden mendatar. Mukanya merah menahan marah.
Daisy adalah kawan baik maknya, Emily. Wanita itu kelihatan tergagap-gagap ingin menuntur kata.
"Tidak." Daisy menafikan hal tersebut. Padahal dia tahu, dia sedang meletakkan nyawa dia di dalam bahaya. Dia harus kuat dan yakin untuk lepaskan diri dari puntianak itu.
Hayden senyum sinis.
"Aku tidak suka orang penipu."
Hayden pantas menerkam ke arah Daisy. Leher wanita itu menjadi sasaran dia. Taringnya terus terbenam ke dalam isi daging wanita itu. Tubuh Daisy terus menggelupur dan perlahan-lahan rontaan itu menjadi semakin lemah dan akhirnya terkulai layu menyembah bumi.
Hayden melepaskan tubuh kaku itu, lantas dia segera menyelongkar beg wanitu itu. Jumpa barang yang dicari. Hayden pergi meninggalkan Daisy yang terbaring sendirian di atas jalan raya.
❦❦❦
Hubungan Emily dan Hayden semakin lama, semakin rapat. Emily juga semakin suka pada layanan Hayden. Emily melangkah menunju ke perpustakaan.
Mulut dia ternganga luas. Bagaimana dia mahu mencari buku yang dia inginkan di dalam perpustakaan seluas ini?
Anak tangga dipijak mendaki ke atas. Dia mengikut naluri hatinya. Dia datang hanya untuk mencari maklumat sejarah tentang zaman purba dahulukala. Jika ada rezeki dia pasti jumpa. Dia berjalan melepasi satu rak demi satu rak. Dia memasuki rak yang bernombor 112. Dia melihat satu persatu buku di depan matanya itu. Tiba-tiba... Muncul sebuah buku yang berkulit tebal berwarna hitam ke perangan betul-betul di hadapannya. Dia terkejut.
"Wooo! Wow! Buku apa ni?" gumam dia perlahan.
Tangan dia ringan sahaja mengambil buku itu. Dia menoleh kiri dan kanan melihat jika ada orang lain yang berada di sekitarnya. Merasakan tiada orang lain. Dia mencapai dan mendakap buku tersebut dan membawa ke sebuah meja dan kerusi yang kosong serta agak tersorok. Hatinya tidak sabar ingin membaca isi kandungan buku itu. Menarik nafas panjang... dia menghembus perlahan dan membuka sehelai demi sehelai muka surat dan membacanya dengan penuh teliti setiap huruf perkataan.
Sehinggalah muka surat ke berapa. Satu helaian muka surat itu tiada! Hilang ataupun dikoyakkan oleh seseorang? Dia berkerut dahi. Kemudian terlukis raut wajah kecewa di muka Emily. Dia meletakkan kembali buku itu di atas rak yang dia ambil dan berharap muka surat yang hilang itu kembali ada. Dia turun dan melangkah keluar dari perpustakaan itu. Dia harus mencari jawapan. Hayden! Lelaki itu, pasti tahu tentang buku kehidupan itu.
❦❦❦
"Nampak gayanya... Hayden Jade mengawal ketat Emily," ujar Julia dengan mendongkat dagu.
Dia memikirkan jalan macam mana dia ingin menculik Emily. Mengetahui siapa sebenarnya gadis tersebut dan jika benar gadis itu tiada kuasa seperti mereka sangka itu menakjubkan. Sangat musthail anak ahli sihir terhebat tiada kuasa! Gadis itu menipu! Julia mendengus kasar. Bibir diketap kuat, menahan marah.
Sebaik sahaja tiba di rumah. Emily bersua muka dengan Hayden selepas makan malam.
"Ada sesuatu yang awak sembunyikan pada saya, Hayden?" soal Emily dengan nada perlahan.
"Tak ada. Dan saya tidak tahu apa yang awak cakapkan," balas Hayden mendatar dan memaling wajahnya ke sisi kiri.
"Awak tak tipu saya, kan?"
Hayden meraup wajahnya. Serabut.
"Tak. Dan tak perlu ambil tahu tentang itu semua." Hayden terus melangkah keluar dari rumah.
Emily mengejar Hayden dari belakang.
"Tapi saya perlu tahu siapa pembunuh mak dan ayah saya! Jika awak mengelakkan diri dari pertanyaan saya. Ini bermakna puak puntianak yang bunuh orang tua saya!"
Hayden menekan alarm dan terus memboloskan diri ke dalam kereta. Pintu kereta dihempas kuat dan meluncur laju di atas jalan. Emily menjerit sekuat hati. Dia hanya dapat melihat kereta Hayden hilang dari pandangannya.
Air mata dia mengalir laju menurun lekuk pipi. Serentak itu, hujan turun dengan lebat. Dia menunduk kepala seketika. Kemudian dia mendongak kepala ke atas. Dia membuka mata memandang langit. Hujan yang turun mencurah-curah tiba-tiba berhenti dan sebaliknya naik ke atas dan saat Emily menjerit ia menjadi seperti sedia kala.
Hayden kecewa kerana melukakan hati Emily. Gadis yang kini telah mencuri hatinya. Gadis kesayangan dia. Dia tidak mahu gadis itu dilukai oleh puak lain dan diseksa. Emily mempunyai kuasa yang luar biasa dan dia belum mahir menggunakan kuasa dia. Bagaimana jika musuh menyerang? Dia sendiri tidak dapat membantu Emily.
Keselamatan Emily sangat penting buat dia. Cukup dulu dia pernah kehilangan. Dia berharap Emily dapat memaafkan dia dan faham keadaan dia. Apatah lagi, puak syaitan, puntianak dan ahli sihir mencari dirinya dan Emily. Dia juga telah mengkhianat puak puntianak. Apa yang harus dia katakan pada puan Mariana? Ibunya.
****
WESTMINSTER
Seorang wanita anggun yang sudah berusia berdiri tegak di depan balkoni depan rumahnya seperti menunggu seseorang. Riak wajahnya kelihatan keruh sekali. Sesekali dia menghela nafas berat.
Sarah Pembantu peribadinya datang menghampiri tuannya. Bibirnya mengukir senyum buat majikannya itu.
"Dia akan datang ke sini bersama Hayden."
Mendengarkan perkataan tersebut terus Mariana memusingkan tubuh menghadap Sarah. Dia mempamerkan reaksi mengejut.
'Tidak sangka, gadis itu berani datang ke dalam keluarga puntianak,' gumam Mariana separa berbisik.
"Jangan risau. Hayden pasti tahu apa yang dia lakukan, Mariana. Cuba bawa bertenang dan mungkin perempuan itu gadis yang baik? Kita tidak tahu, kan?" ujar Sarah dengan panjang lebar sambil menenangkan kawan baiknya yang merupakan majikannya itu.
"Kita tengok la macam mana nanti," ujar Mariana dengan nada mendatar.
****
Dean berulang-alik di dalam bilik pejabat dia. Terasa penat dia duduk. Orang kanan dia tertawa kecil dan menggelengkan kepala. Masing-masing ada agenda yang terselindung.
###
1100 words
Hye guys tq support, baca cerita ni dan vote. Cerita ni pun masih baru publish semuanya dalam hujung bln 1. Idea dan cover sudah lama dalam draft. Huhu
❤️ Vote
🧡 Komen
Thanks guys 😘😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro