Witches 🔮 Bab10
Ia bermula dengan rindu dan keinginan.
Ia bermula dengan darah dan perasaan takut
Ia bermula dengan penemuan...
Ahli sihir...
Dahulu, dunia kami dipenuhi dengan keajaiban tapi sekarang ia menjadi milik manusia.
Makhluk seperti kami bersembunyi daripada pandangan manusia dan takut dijumpai.
Kami berasa cemas walaupun sesama sendiri.
Setiap pengakhiran pasti ada permulaan baharu.
Hayden setia menunggu kemunculan Emily. Walaupun dia agak risau jika Emily tiba di kawasan atau tempat lain. Satu hal lain pula dia mahu mencari gadis itu. Harap-harap Emily tidak salah mendarat. Agak lama dia menanti kehadiran Emily, tiba-tiba Emily berada di depan matanya. Membulat matanya dan ditambah dengan perasan teruja.
"Awak berjaya, sayang! Awak telah membuktikannya," ujar Hayden dengan nada gembira.
Hayden memeluk kemas tubuh Emily. Mereka berdua melompat-lompat kegirangan.
"Selepas ini, kita cuba guna kuasa lain pula," ujar Hayden memberi cadangan kepada Emily.
Hayden menutup lembut kelopak mata Emily. Perlahan dia menyuruh Emily berjalan di tempat yang lapang.
"Okey, sayang jangan buka mata tau. Saya nak awak cari saya dengan menutup mata. Rasa haba saya melalui tapak tangan sayang. Boleh?"
Hayden menerangkan apa yang Emily harus lakukan untuk mencarinya dengan menggunakan kuasa melalui haba dari tangannya. Berkerut dahi Emily. Tetapi dia tetap bersetuju dengan cadangan kekasihnya itu.
"Baik. Saya dah sedia," tutur Emily dengan penuh keyakinan.
Hayden senyum manis. Dia mula sembunyikan diri. Tidaklah begitu jauh daripada Emily kerana gadis itu baru mahu belajar mengawal dan menggunakan kuasanya itu.
"Cepat tangkap saya, sayang." Provok Hayden sambil tersengih.
Emily memberi tumpuan pada kuasanya itu. Dia merasakan hangat dan bahang pada tapak tangannya apabila suhu tubuh orang yang berdekatan dengan dia. Tak kiralah apa jenis puak.
"Saya tahu, awak ada dekat mana." Ke kiri dan ke kanan tapak tangan Emily menangkat kedua belah tangan dan dihalakan ke hadapan .
"Saya berada di depan awak!"
Emily ketawa halus. Hayden menipu dia. Kerana suara lelaki itu kedengaran agak sedikit jauh dari dia. Akan tetapi dia merasakan suatu haba yang kuat dan dekat padanya. Dengan mata terkatup dia sudah tahu di mana Hayden bersembunyi.
"Saya tahu awak dekat mana..."
Tanpa fikir panjang Emily melangkah mengikut deria rasanya. Dia tersenyum-senyum kerana dia sangka dia akan menang dalam permainan dia bersama Hayden. Dia berjalan dengan laju walaupun sedikit teragak-agak jika ada sebarang ranting-ranting kayu atau halangan yang boleh buat dia jatuh menyembah bumi.
Semakin dekat, semakin kuat haba yang dia rasakan. Tapak tangannya yang mengeluarkan cahaya kemerahan bertambah merah. Akhirnya dia sampai di hadapan Hayden yang berada di dalam bangsal kuda milik keluarga Emily. Dia meraba-raba tubuh Hayden. Tetapi pergerakannya terhenti kerana dia merasakan yang berdiri di depannya itu bukan Hayden! Pantas dia mencelikkan mata. Saat dia mahu memproses segalanya leher dia di cekik oleh seorang perempuan yang tidak dia kenali itu. Emily terkapai-kapai di awangan. Dia terbatuk-batuk kecil kerana tidak cukup nafas.
Hayden yang menghidu bau lain selain dia dan Emily segera bergerak seperti angin ke arah mereka berdua berada. Hayden terkelu apabila melihat kuku runcing wanita itu berada tepat dileher Emily. Hayden mara setapak ke depan tetapi ditegah oleh perempuan itu.
"Jangan dekat! Kalau tidak dia mati!" ugut wanita itu lagi.
Emily menahan debaran di dada. Tercungap-cungap dia mencari nafas. Manakala Hayden menelan air liur kesat. Nyawa Emily dalam bahaya. Dia harus cari jalan untuk selamatkan Emily daripada Vivian. Ya! Perempuan itu adalah Vivian.
"Jangan apa-apakan dia, Vivian."
Hayden memberi amaran dengan nada mendatar. Berubah air muka Vivian. Dia tidak sangka lelaki yang dia cinta lebih memilih gadis yang berada didakapan dia.
"Kalau aku tak dapat engkau, dia pun sama tidak akan bersama dengan engkau!" marah Vivian.
"Vivian..." seru Hayden perlahan.
Vivian menarik nafas dalam. Matanya memandang ke atas seketika sebelum dia menoleh ke arah Hayden dan mencengkam kuat bahu Emily. Emily berdesis perlahan.
"Baik. Jika kau cintakan dia... engkau cium dia depan aku sekarang. Kalau engkau berani," cabar Vivian dengan suara di celah gigi.
Hayden menapak sedikit demi sedikit dan akhirnya sampai depan Emily. Tangan naik menyentuh wajah Emily. Diusap lembut dan bibir dia melekap di bibir Emily. Emily yang terbuai membalas semula ciuman Hayden membuatkan Vivian kepanasan hati.
Dengan penuh rasa berang dan marah, Emily yang berada di dalam pelukan dia tadi dicampak kuat ke tepi dan jatuh terduduk.
Sepantas kilat Vivian menyerang Hayden. Mengelar leher Hayden dengan kuku dia yang tajam dan runcing itu. Darah membuak-buak keluar dari kelaran itu. Selepas itu, Vivian menikam dada Hayden berulang kali. Sehingga Hayden jatuh tersungkur.
Emily yang melihat kejadian itu bingkas bangkit dan berlari ke arah Hayden. Tubuh lemah Hayden dipeluk dan diperhati kecederaan pada anggota badan lelaki itu. Hayden menekap tapak tangannya ke leher. Bagi menghalang darah keluar dengan laju tetapi dia tidak berdaya.
Emily menangis ditepi Hayden.
"Tidak! Tidak...!" jerit Emily. Apa yang membuatkan dia bertambah risau muka Hayden kelihatan semakin pucat.
Perlahan dia bangkit bersama air mata merenung tajam ke arah Vivian. Gigi diketap kuat menahan marah yang membara. Tubuh dia berdiri tegak memandang Vivian. Tangan kiri dihala ke depan, manakala tangan kanan pula seperti menarik sesuatu. Muncul api yang membentuk busur dan anak panah lalu ditarik kuat dan dilepaskan dengan perlahan dan pantas. Anak panah yang merupakan api itu meluncur laju dan tertusuk di dada Vivian hingga tercampak keluar dari bangsal kuda tersebut dan mati. Terlihat api kecil yang membakar dada wanita itu. Matanya pula terbuka luas. Emily termengah dan akhirnya dia jatuh melutut meraung mengenang keadaan Hayden.
****
Chloe ketua puak syaitan duduk termenung ditepi sinki. Dia harus melindungi anak, menantu, anak buahnya dan kini cucunya.
Bryan yang melihat ibunya sedang mengelamun itu datang mendekat.
"Hai ibu," sapa Bryan perlahan sambil menguntum senyuman buat wanita yang penat membesarkan dia. puan Chloe membalas senyuman dengan lebar.
Dia rindu Bryan. Sekejap sahaja Bryan sudah besar dan berkahwin. Dia terlalu sibuk dengan ahli jemaahnya sehingga mengabaikan keluarganya. Dia sangat kesal. Oleh itu, dia mahu tebus kembali kesalahan dia pada masa lalu. Dia memegang bahu anak lelakinya itu.
"Walau apa pun berlaku, ibu akan lindung keluarga kamu. Jangan risau." Chloe menyakinkan anaknya.
Luna turut sama datang ke dapur apabila mendengar perbualan suami dan ibunya.
"Ibu boleh tolong kami carikan perempuan itu, amanah yang perlu saya serahkan pada dia." Pinta Luna dengan penuh berhati-hati.
"Boleh."
Puan Chloe menganggukkan kepala dengan bibir tersenyum.
Bersambung...
1052 words
£££
Hye guys.... Semoga semuanya baik-baik sahaja. Semoga Allah permudahkn segala urusan kita ❤️.
Duduk rumah diam-diam. Virus bahaya ini.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro