Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Witches 🔮- Bab1

Ia bermula dengan rindu dan keinginan.

Ia bermula dengan darah dan perasaan takut

Ia bermula dengan penemuan...
Ahli sihir...


Dahulu, dunia kami dipenuhi dengan keajaiban tapi sekarang ia menjadi milik manusia.

Makhluk seperti kami bersembunyi daripada pandangan manusia dan takut dijumpai.
Kami berasa cemas walaupun sesama sendiri.

Di sebuah kota yang digeruni dan dihormati oleh beberapa negeri yang lain. Ada setengah  pihak yang iri hati akan ke makmuran dan kegemilangan negeri itu. Dulu manusia dan makhluk lain hidup bersama dengan gembira. Apabila dunia semakin berkembang dan maju semuanya berakhir dengan permusuhan...

Saat tiba pemaisuri melahirkan seorang bayi. Pihak musuhnya cuba ingin membunuh anaknya demi mendapatkan kuasa yang mutlak. Raja Diamond dan Pemaisuri Atlice terpaksa menyembunyikan kuasa anaknya dari pengetahuan orang lain.

Dua orang perempuan diamanahkan untuk menjaga anak kecil itu di hutan belantara. Hutan yang di mana sesiapa tidak berani pergi.

Saat dia besar, dia akan bertemu dengan seseorang yang akan menjadi pelindung abadi.

♡♡♡

Tiga tahun kemudian...

Terik cahaya matahari tidak mematahkan semangatnya untuk lebih semangat untuk berlatih. Kadang-kadang dia mencuri masuk ke kota dan terlihat adengan-adengan manusia lain yang sedang berlawan pedang. Setelah puas dia pulang semula ke hutan.

Emily mengelap hujung pedang yang agak sedikit kotor itu, semasa berlatih bermain pedang sebentar tadi. Tabung kayu yang berbentuk bujur itu  diambil, penutup kayu dibuka lantas dia menongakkan sedikit tabung air itu ke atas dan rapat sedikit pada mulutnya. Air  jernih turun dengan perlahan masuk ke dalam kerongkongnya.

'Haaa... lega, hilang dahaga aku,' desis hatinya.

Peluh yang merembes di dahi dikesat dengan lapisan baju lusuh yang tersarung di tubuh. Kemudian dia memanjat sebatang pokok epal yang rendang di depan mata, perut yang berkerocong minta diisi. Tanpa berlengah dia segera memetik beberapa buah epal di atas pokok dan mencampak ke bawah. Dengan penuh berhati-hati Emily turun ke bawah, akhirnya kaki dia berjaya menjejak ke tanah. Emily mengambil dua biji epal dan membasuh menggunakan air minumannya itu.

Sebiji epal digigit sehingga tinggal separuh. Sebelah tangan memegang busur pemanah. Anak panah dihala ke arah sasaran, ke kiri ke kanan tangan dan tubuhnya mengikut rentak sasaran. Gadis itu tersenyum kecil. Anak matanya di kecilkan seketika sebelum dia melepaskan anak panah tersebut.

Zaaappp!

Tergolek seekor ayam hutan apabila badannya tertusuk dengan anak panah yang dilepaskan oleh Emily.

"Akhirnya, dapat juga makanan untuk malam nanti," gumamnya sambil tersenyum.

Emily menapak ke arah ayam yang sudah mati itu. Tiba- tiba kedengaran suara seseorang.

"Pandai juga kau memanah ya?" tegur seorang lelaki yang dia tidak kenali.

Pantas dia menoleh ke arah suara lelaki yang menegurnya sebentar tadi. Pedang yang tersisip di pinggang dikeluarkan dan dihala ke arah lelaki itu.

"Siapa engkau? Macam mana engkau boleh datang ke mari?" soal gadis itu dengan nada kasar sekali.

Lelaki misteri itu tertawa kecil.

"Tenang. Saya bukan orang jahat."

Lelaki berjambang kemas, anak mata berwarna merah itu tersenyum.

"Siapa engkau? Bagaimana engkau boleh jumpa tempat ini?"

Emily masih tidak berpuas hati. Pemegang pedang digenggam erat. Matanya memandang lelaki itu tidak berkelip.

Mana boleh dia memberitahu tentang tujuan sebenarnya dia ke hutan itu. Tidaklah, dia dapat petunjuk di mana letaknya buku kehidupan.

"Nama saya, Hayden Jade. Hanya berjalan-jalan di hutan ini mencari makanan."

Hayden memperkenalkan dirinya, mata dia tidak lepas memandang wajah gadis di depannya. Gadis itu seperti tidak selesa apabila dia merenung tidak berkelip.

"Ehem." Emily Louis berdehem kecil.

Menyentakkan lamunan Hayden. Emily mengecilkan mata.

"Kau ... puntianak?"

Emily terundur ke belakang.

"Saya tak hisap darah manusia."

Maklum Hayden dengan ringkas.

"Emily. Namaku..."

Emily menundukkan kepalanya.

"Pergi dari sini... sini bukan tempat kau,"

Lembut Emily mengusir Hayden Jade. Tetapi lelaki itu tidak bergerak pergi.

Emily mengeluh.

Emily mendekati lelaki itu dan menghalakan pedang ke arah Hayden Jade. Dia cuba menggunakan dengan cara kasar. Tetapi malangnya, sebalik pula yang  berlaku.

Sekelip mata, pedang itu kini berada di atas tanah jauh darinya. Emily? Dia berada di dalam pelukan hangat Hayden. Erat. Anak mata berwarna biru laut itu terkelip-kelip di dalam dakapan lelaki bermata merah itu.

Hayden tersenyum nipis.

Entah mengapa dia rasa seperti ingin melindungi gadis itu, sedangkan niat asal dia datang adalah sebaliknya.

****

Keesokan pagi, Hayden datang menemui Emily semula. Mengajak gadis itu menemaninya.

"Hai, boleh saya ajak awak keluar? Saya tiada kawan," pinta Hayden Jade dengan harapan Emily sudi menemaninya.

"Saya tak mahu ikut."

Emily membalas sepatah. Raut wajah Hayden Jade berubah muram.

"Saya cu ... cuma ingin berkawan dengan awak," ujar Hayden sayu.

Emily mendengus kasar.

"Tiada apa yang istimewa dekat saya pun. Awak beria-ia nak kawan dengan saya kenapa?"

Emily menyoal dengan nada kegeraman. Perasaan syak wasangka masih kuat di dalam hatinya.

Anak mata berwarna merah itu merenung dalam wajah Emily. Sehingga gadis itu melarikan pandangan. Tidak selesa dengan pelakuan lelaki itu.

"Baliklah, saya nak rehat. Saya letih."

Emily seakan menghalau Hayden. Kedegilan Hayden juga  menguji kesabaran Emily.

♡♡♡

Di suatu tempat

Kelihatan beberapa orang remaja sedang belajar menggunakan sihirnya. Mereka sangat focus, apabila berjaya mereka ketawa seronok.

Hujung jari salah seorang dari mereka mengeluarkan api dan api di hujung jari itu dicampakkan pada longgokkan kayu.

Beberapa pelajar lain masing-masing mempunyai kuasa yang berbeza dan ada juga yang sama. Seorang budak perempuan terapung di udara sambil berpusing-pusing kesukaan.

Tanpa sedar ada beberapa pasang mata yang memerhati dalam diam. Wajah tanpa riak itu memandang kosong dan penuh makna tersirat.

***

Larian lelaki dan perempuan berusia begitu laju. Masing-masing tidak mahu kalah dalam mencari sasaran. Taring tajam dikeluarkan apabila musuh tidak jauh daripada mereka. Bauan badan itu membuatkan mereka berdua tidak sabar untuk menghisap rakus darah segar itu.

Mata merah itu tajam memerhati gerakkan mangsa. Bibir meleret menyeringai sesama mereka. Lantas mereka terbang dan menekam ke arah haiwan besar itu lalu gigi dibenam.

Mereka berdua bergelut kerana haiwan kancil itu juga tidak berputus asa untuk melarikan diri. Tetapi, malang buat kancil akhirnya dia rebah terkulai layu. Setelah menghisap darah bangkai haiwan itu dibiarkan sahaja.

Mereka berlari sambil ketawa dan berlumba untuk mencari sasaran lain. "Ingat jangan keturunan kita tidak hisap darah manusia."
Perempuan di sebelahnya hanya menganggukkan kepala.

"Kita bukan macam puak puntianak yang lain. Kita berbeza. Kita tidak mencari musuh dengan manusia."

Lelaki itu berkata lagi dengan wajah yang tegang. "Jangan risau sayang. Kita jaga keluarga kita sebaiknya."

***

1021 patah perkataan

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro