Witches 🔮 Bab 17 [ Tamat]
Ia bermula dengan rindu dan keinginan.
Ia bermula dengan darah dan perasaan takut
Ia bermula dengan penemuan...
Ahli sihir...
Dahulu, dunia kami dipenuhi dengan keajaiban tapi sekarang ia menjadi milik manusia.
Makhluk seperti kami bersembunyi daripada pandangan manusia dan takut dijumpai.
Kami berasa cemas walaupun sesama sendiri.
"Setiap pengakhiran pasti ada permulaan baharu."
Hayden Pov
Aku ingin bangun selepas dicampak dan terhentak kuat pada dinding papan. Aku terjatuh semula kerana terlalu sakit. Aku cuba mengumpulkan kembali tenaga. Mata aku pejam erat. Mencari oksigen agar saluran nafas aku kembali tenang.
Saat aku membuka mata dan mencari di mana Leon Darker. Aku melihat dia sedang menggunakan kuasa saktinya dan dituju kepada aku? Salah! Tetapi pada Emily! Emily tidak sedar kerana sedang berlawan dengan dua orang ahli sihir yang lain, pengikut Leon Darker.
Leon Darker menghantar serangan dan pada masa yang sama aku berlari dan menerpa ke arah Emily. Secara tidak langsung mematahkan serangan Leon Darker dan anak buahnya. Tersasar. Tetapi salah satu kuasa itu terkena pada belakang badan aku. Tubuh aku kaku tidak bergerak. Adakah ini kuasa beku? Aku hanya melihat dan mendengar isteriku, memanggil nama dan menepuk perlahan pipi aku. Tetapi aku tidak dapat membalasnya kembali.
Tiba-tiba riak wajah isteriku berubah warna merah. Marah? Dia bangkit secara perlahan dan serentak itu sekeliling dia terhasil satu gelombang seperti perisai? Tetapi pada pihak musuh bukan perisai. Aku melihat isteriku mengeluarkan sihir angin yang begitu kuat.
Leon Darker cuba mengambil hati Emily dan menawarkan dia dengan jawatan dan kekuasaan. Tapi, Leon Darker tersilap. Dia telah 'menyimbah minyak ke dalam api. 'Akhirnya 'api' itu memakan dirinya semula. Apabila batang kayu runcing yang terbelah dua itu terbenam di kedua lengannya dan tersandar di dinding papan kayu rumah Emily. Darah memancut keluar.
End pov
****
Emily pov
Aku buntu. Aku tidak tahu bagaimana untuk menghapuskan Leon Darker. Pada masa yang sama, aku terlalu risaukan suamiku. Sedang aku berfikir, aku terlihat kayu yang telah terbelah dua itu lalu aku sasarkan pada bahagian anggota badan lelaki keparat itu.
Aku mendekati Leon Darker.
End pov
"Siapa bunuh orang tua aku?" tanya Emily tepat depan wajah Leon Darker.
Lelaki itu senyum sinis dan melepaskan ketawa yang penuh kepuraan.
"Aku tak tahu. Bukan aku. Mungkin engkau boleh tanya pada... Suami engkau?" provok Leon Darker.
Hayden yang mendengar rasa seperti ingin sahaja membunuh lelaki tidak guna itu! Orang tua tak sedar diri!
Emily menoleh ke arah suaminya. Dia memandang dalam anak mata Hayden. Mencari kebenaran....
Tanpa, Emily sedar. Leon Darker membaca sesuatu kemudian dia hembus kepada Emily.
Emily tersentak.
Dia menggelupur sehingga terbaring di atas lantai. Pada masa yang sama, Emily melawan sihir yang di hantar oleh Leon Darker itu. Leon Darker yang dapat mematahkan kayu yang tertusuk itu. Tersenyum mengejek.
"Budak lemah dan bodoh! Ada hati nak lawan aku?"
Meletus ketawa Leon Darker.
Leon Darker seorang ahli jemaah puak sihir yang jahat dan sangat kejam. Dia puas melihat Emily terseksa.
"Aku yang bunuh mak bapa engkau. Kerana mereka degil! Aku sudah memberi amaran. Dan... mereka juga menipu aku selama ini!"
Emily yang mendengar rasa sangat marah dan sakit. Air mata yang mengalir di biarkan. Tiba-tiba, badan dia terapung. Satu cahaya mengelilingi diri dia.
Leon Darker yang melihat tergamam. Tidak mungkin budak itu mendapat kuasa yang paling sakti di dalam puak ahli sihir. Tidak mungkin....
Kepala Emily tertunduk ke bawah. Keadaan rumah sudah hancur semuanya. Atap juga sudah lama hilang terbang di bawa angin. Hanya tinggal bangkai rumah.
Emily membuka matanya. Anak mata berwarna merah oren itu merenung dalam muka Leon Darker yang cemas dan berpeluh itu.
Tiba-tiba muncul seekor rusa jantan sebelah Emily. Leon Darker terkejut lalu mengundur kebelakang ingin menyelamatkan diri. Hayden yang menyaksikan turut terpukau dan kagum dengan kuasa isterinya. Rusa emas itu kemudian laju menghentam Leon Darker dengan tanduknya. kemudian dia memenggal kepala lelaki itu. Emily mendekati Hayden dan mengucup pipi suaminya. Akhirnya Hayden boleh bergerak seperti biasa.
Dia memegang erat tangan Emily. Emily terpandang mayat Julia lalu dia membakar dengan menggunakan kuasa api. Begitu juga dengan Leon Darker. Apabila nyawa dia terputus dari badan. Emily mencampak api hanya dengan menggunakan satu jari maka terbakar tubuh itu. Rusa emas juga sudah hilang dalam kepulan asap.
Emily menoleh ke arah Hayden. Dia memeluk erat suaminya. Hari ini, hari yang memenatkan buat mereka dan juga sinar kebahagiaan akan muncul selepas penderitaan.
Macam orang cakap...
Akan hadir pelangi, selepas hujan.
Emily dan Hayden senyum kegembiraan. Hayden mencium lembut bibir isterinya.
Semuanya telah berakhir! Begitu juga dengan kisah mereka.
Dua Tahun Kemudian...
Kelihatan sepasang kekasih yang cantik dan kacak bersama si kecil yang comel.
Sungguh cantik dalam gaun biru kembang yang dihiasi rama-rama kecil di bahagian dada baju. Hayden kacak dalam tuxedo. Sedang tersenyum dengan keletah si kecil bernama Amanda Hellena.
Keluarga kecil itu menghadiri majlis perkahwinan Hector dan Bella. Begitu juga makcik Emily. Rose dan Rebbeca telah jumpa dengan pasangan masing-masing. Majlis itu dipenuhi dengan ramai puak. Terdiri daripada puak syaitan, puntianak dan ahli sihir. Mereka bergabung dan membuat penempatan mereka di sebuah pulau yang jauh dari manusia.
Di bandar baru, jika ada di kalangan mereka yang memburu dan membunuh manusia mereka akan dihukuman mati.
Saat pengantin lalu di bawah kain terlindung cahaya panas. Bakul-bakul bunga yang terapung sendiri di awangan turun ke bawah dan jatuh di atas kepala pengantin serta lantai. Majlis itu juga dilakukan di atas air yang berlapiskan kaca tebal. Suasana yang sangat indah dan menenangkan. Emily buat kerana mereka juga banyak menolong dia ketika susah dahulu. Dia membalas kembali jasa orang yang pernah tabur pada dia. Dia senyum gembira. Burung-burung turut berkicauan.
****
Amanda berjalan bersendirian. Dia membesar dengan cepat. Dan menjadi gadis yang sangat jelita. Mempersona pada lelaki yang memandang. Dia berjalan-jalan disekitar sebuah perkampungan manusia. Tiba-tiba dia ternampak seorang lelaki dibuli oleh beberapa orang lelaki.
Dia terdiam.
Dia dilarang menggunakan kuasa dia sebelum waktu yang dijanjikan. Tetapi dia terpaksa.
"Amanda, minta maaf. Ibu, ayah..."
Baru dia ingin membantu lelaki itu. Tiba-tiba, kumpulan lelaki itu sudah tersungkur ke tanah.
Amanda tergamam.
Lelaki yang dibuli itu perlahan bangun dan melibaskan kotoran yang melekat pada baju dia. Lelaki itu mencapai begnya dan melangkah menunju ke arahnya....
Dia?
Budak lelaki itu berjalan menghampirinya dengan wajah tanpa senyuman. Amanda melihat anak mata berwarna hijau itu merenung ke dalam matanya.
Amanda terkaku.
Beberapa saat kemudian, Amanda tersenyum malu.
'Mak! Amanda dah jumpa jodoh!"
- Tamat-
1081 words
*******
Alhamdulillah... Akhirnya karya ini tamat. Terima kasih atas sokongan semua 😘😘😘 yang vote dan baca.
Buku ini adalah karya ke-3 saya. Pertama kedua belum publish dan completed 🤣
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro