Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

witches 🔮 Bab 16

Ia bermula dengan rindu dan keinginan.

Ia bermula dengan darah dan perasaan takut

Ia bermula dengan penemuan...
Ahli sihir...


Dahulu, dunia kami dipenuhi dengan keajaiban tapi sekarang ia menjadi milik manusia.

Makhluk seperti kami bersembunyi daripada pandangan manusia dan takut dijumpai.
Kami berasa cemas walaupun sesama sendiri.

"Setiap pengakhiran pasti ada permulaan baharu."

Hayden yang dapat menghidu Emily tiada. Dia mengerahkan semua orang dalam casa itu mencari. Akhirnya mereka tiba tempat terakhir Emily berada. Hayden dan lain terkejut bagaimana puak lain boleh masuk ke tempat yang telah mereka 'kunci' kecuali dari langit.

Puak mana yang boleh terbang?

Hayden mengetap kuat rahangnya. Anak mata dia bertukar warna.

"Kita harus cari Emily sampai jumpa. Jangan berlenggah!" arah Hayden mendatar.

"Mama rasa mereka tak boleh pergi jauh dari kawasan kita..." ujar Puan Mariana sambil melihat pemandangan luar.

"Maksud mama?" soal Hayden penuh debar.

Dean pun turut menanti. Dia seolah dapat baca apa yang ingin di sampaikan oleh ibunya.

"Tidak jauh dari sini, ada sebuah istana lama milik keluarga kita dahulu. Mungkin mereka bersembunyi di sana?"

Mendengar sahaja penerangan Puan Mariana. Hayden membuka langkah tetapi ditahan oleh Dean.

"Naik helikopter aku," tutur Dean segera meninggalkan Hayden.

Setengah jam berada di atas udara. Mereka tiba tempat yang dikatakan oleh mama mereka. Dean mahu menunggu helicopter itu mendarat tetapi Hayden terlebih dahulu lompat ke bawah. Dia mengikut dari belakang. Mereka terus mencari dan memanggil Emily.

Mendengar suara orang lain Julia yang kehilangan kuasa bersembunyi.

Emily yang sedang kesakitan memanggil-manggil ibunya sehingga tertidur. Dalam mimpi ibu dan ayahnya datang menemui dia.

"Emily, sayang. Bangun. Jangan mengalah dan putus asa. Yakin pada diri. Kuasa sebenar dari dalam hati. Minta dengan penuh yakin, pasti akan terlaksana..."

Bayangan itu perlahan berlalu pergi.

"Ibu! Ayah! Jangan tinggalkan Emily!" rintih Emily sayu.

Hayden dan Dean yang mendengar sayup-sayup suara Emily segera menghampiri tempat itu. Hayden terpandang sebuah telaga.

"Emily!"

"Hayden...!

Hayden yang ingin melompat ditahan oleh Dean. Hayden menoleh ke arah Dean.

"Kalau engkau lompat ke bawah sana. Macam mana, engkau berdua nak naik ke atas semula?"

Hayden terdiam memikir benar apa yang dikata oleh Dean. Emily yang mendengar itu menghembus perlahan nafas. Dia tidak boleh mengharap pada Hayden. Dia punya kuasa! Dia berdiri. Emily menutup mata dan perlahan dia menyebut.

"Fly..." tubuh dia perlahan terangkat di awangan. Dia membuka mata dan tersenyum. Dengan yakin dia menunju ke atas. Hayden dan Dean yang melihat senyum gembira dan menunggu untuk menyambut Emily. Akhirnya Emily sampai ke atas dan segera dipapah ke helikopter dan mereka pulang ke casa milik Puan Mariana.

Emily dirawat hingga pulih di casa Puan Mariana. Beberapa hari kemudian, mereka menyuruh Emily melihat belakang tubuh dia di dalam cermin. Perlahan Emily mengangkat bajunya dan alangkah terkejutnya dia parut yang membentuk sesuatu lambang di tulang tujangnya itu dan di atas hanya parut biasa. Kelihatan isi daging itu masih merah menyala.

"Mama rasa dia sudah membuka ruang kuasa yang selama ini ditutup oleh orang tua kamu," ujar Puan Mariana dengan tenang.

"Jadi kuasa saya sudah bebas?" soal Emily menoleh ke arah ibu mertuanya itu.

Puan Mariana  menganggukkan kepala dan senyum nipis.

"Sebab itu, Emily cepat sembuh dari luka yang teruk. Kuasa penyembuhan..."

Sarah yang memerhati senyum gembira pada gadis muda itu.

"Oh, patutlah. Badan saya rasa ringan dan bertenaga," balas Emily perlahan. Dia melihat kembali dirinya dalam cermin.

*****

Julia datang menemui Leon Darker.

"Kita harus musnahkan dia, Leon Darker. Tetapi, saya kena tunggu kuasa saya kembali pulih. Dia telah menyedut kuasa saya!" ujar Julia lemah tetapi tegas.

Leon Darker mempamerkan wajah sukar ditafsirkan. Sudah lama dia menantikan saat ini. Akhirnya tiba juga.

Sebulan kemudian...

Emily dan Hayden pulang ke rumah orang tuanya Emily. Mereka yang lain menetap di rumah Emily kerana Emily risau keselamatan mereka. Hayden meminta Bella dan Hector menghantar Luna, Bryan, Chole, Rebbeca dan Rose ke casa Puan Mariana kerana di situ lebih selamat. Hayden dan Emily merasakan Leon Darker, Julia dan yang lain akan datang menyerang mereka malam ini. Emily meletakkan lilin ke dalam biji tembikai yang cantik diukir corak oleh Bella dan Rose. Sudah siap lalu Emily menggunakan kuasa apinya untuk menyalakan lilin itu. Rumah yang gelap itu, hanya diterangi cahaya lilin yang dihias di luar rumah.

Manakala, Hayden membuat di bilik tidur mereka.

Emily masuk ke dalam bilik selepas sudah menyalinkan pakaian. Dia melemparkan senyuman manis buat suaminya. Hayden turut sudah menukar pakaian. Mereka duduk di birai katil sambil berbual kosong dan memeluk di antara satu sama lain dengan erat.

"Sayang, dah bersedia?" tanya Hayden lembut. Emily menganggukkan kepala.

'Maafkan aku, jika aku mengkhianatimu. Kerana aku tidak mahu orang lain menyakiti dirimu. Akan aku tentang mereka sehabis tenagaku, untuk melindungimu.
Aku mencintaimu setulus hatiku.' Bicara Emily dalam hati.

'Maafkan aku, isteriku. Aku melakukan semua ini kerana aku sangat mencintaimu.' Desis Hayden perlahan.

Pada masa yang sama Julia, Leon Darker dan yang lain sudah sampai di depan rumah mereka. Julia menggunakan kuasa dia memecahkan dinding papan rumah yang telah dipagar oleh orang tua Emily.

"Ingat kita berjanji merentas masa bersama. Tutup mata... tenangkan fikiran..." ujar Emily dengan nada perlahan.

"Satu, dua..."

Papan-papan rumah itu habis bersepai. Mereka menunju ke tingkat atas di mana Emily dan Hayden berada.

Hayden dan Emily membuka langkah kaki kanan. Telinga Emily mendengar derap langkah seseorang. Nafas dia laju, cuba menenangkan diri sendiri.

"Tiga..." tubuh mereka berdua jatuh ke tanah.

                       ****

Emily terkejut begitu juga Hayden. Mereka saling berpandangan kerana antara mereka memilih berada di sini untuk melindungi pasangan. Tetapi, itu semua tidak penting dalam keadaan sekarang ini. Leon Darker dan anak buahnya berdiri di depan mereka saat ini.

Saat Julia ingin menyerang menggunakan kuasa sihirnya. Lantai rumah itu bergegar. Sasarannya pada Emily, tersasar pada atap rumah gadis itu.

Emily tersenyum sinis.

Dia mengeluarkan pemanah berapi dengan hanya membuat gaya seperti sedang memanah. Tali busur ditarik perlahan. Kemudian dia melepaskan dengan pantas. Anak panah berapi itu  meluncur dengan laju dan berpecah banyak untuk mengelirukan musuh.

Zap!

Tepat tertusuk di dada Julia dan sekali gus membuatkan diri dia terbang ke belakang dan anak panah itu juga menikam dinding papan rumah kayu itu sehingga jasad kaku tu tergantung. 

'Sepatutnya, dari dulu aku buat macam  itu dekat, kau. Selalu sangat menyusahkan aku!' desis hati Emily.

Leon Darker yang melihat orang kanannya mati, dia terdiam. Kemudian dia bibirnya mengukir senyuman.

"Itu rupanya kuasa kau? Boleh tahan..." ujar Leon Darker dengan nada menyampah.

'Aku lagi menyampah dengan engkau. Orang tua!' bisik Emily.

Hayden hanya memerhati sedari tadi dengan langkah berjaga. Gigi taring dia begitu runcing dan tajam. Anak matanya bertukar merah darah yang bersinar. Dengan pantas bayangan dia hilang dan sedang menerkam leher Leon Darker.

Leon Darker mencengkam kedua belah bahu Hayden lalu mencampak hingga Hayden melayang terhentak pada dinding kayu rumah itu. Darah yang mengalir keluar itu dia tutup dengan tapak tangan. Tangan sebelah kirinya di angkat lalu kuasa sihirnya dituju pada Hayden. Hayden yang terbaring kesakitan hanya mampu melihat.
















Bersambung...

1134 words

####

Di luar jangkaan pula bersambung lagi. Sorry guys cerita saya bosan sangat. 😌

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro