Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Witches 🔮Bab 15

Ia bermula dengan rindu dan keinginan.

Ia bermula dengan darah dan perasaan takut

Ia bermula dengan penemuan...
Ahli sihir...


Dahulu, dunia kami dipenuhi dengan keajaiban tapi sekarang ia menjadi milik manusia.

Makhluk seperti kami bersembunyi daripada pandangan manusia dan takut dijumpai.
Kami berasa cemas walaupun sesama sendiri.

"Setiap pengakhiran pasti ada permulaan baharu."

Sebulan kemudian...

Rumah keluarga Emily dikunjungi oleh beberapa orang yang mereka tidak kenali. Mereka yang juga baru sampai hanya menanti dengan penuh pertanyaan.

Siapa mereka? Apa mereka mahu?

Seorang wanita anggun yang sarat mengandung keluar dari kenderaan bersama seorang lelaki tampan. Mungkin suaminya? Agaknyalah...

"Hai, boleh saya berjumpa dengan Emily Louis?" pinta wanita mengandung itu. Anak matanya melingas memandang orang-orang di hadapannya.

"Saya Emily..." Emily mara ke depan dan memperkenalkan dirinya.

Luna senyum segaris kepada Emily dan menoleh ke arah Bryan menandakan dia gembira, akhirnya dapat juga bertemu dengan gadis itu.
Luna dan Bryan mendekati Emily.

"Syukur, akhirnya saya dapat jumpa orang yang saya cari selama ini!" ucap Luna dengan riak wajah teruja. Bibirnya tidak berhenti senyum.

"Mari kita bercakap di dalam," celah Hayden.

Mereka semua duduk berkumpul di ruang tamu.

"Mak saya, ketua puak syaitan. Dia yang berikan alamat di mana awak berada. Dia mengkhianat ahli jemaah demi melindungi keluarganya. Sebab itulah kami sampai di sini," ujar Bryan dengan tenang

"Saya, Bryan. Ini isteri saya, Luna. Saya dan isteri saya adalah puak syaitan. Tetapi... anak dalam kandungan isteri saya adalah puak ahli sihir." Bryan mula bercerita terlebih dahulu.

Mereka yang berada di situ masing-masing menunjukan riak wajah terkejut dengan kata-kata lelaki itu.

"Impossible..." luah mereka di situ. Manakal Emily dan Hayden terdiam tidak tahu hendak tunjuk reaksi macam mana.

"Macam mana boleh berlaku?" soal Emily. Dia merenung wajah Luna dan Bryan dengan penuh minat.

Luna mengeluarkan sesuatu di dalam begnya.

"Saya tak pasti tentang itu. Tetapi saya diamanah untuk memberikan ini kepada awak. Selagi benda ini tidak diserahkan pada awak. Saya akan dapat mimpi, petanda buruk bakal berlaku pada awak dan yang terlibat."

Patung seperti tuhan itu dihulurkan kepada Emily. Emily mengambil sambil membelek. Dahinya berkerut. Seperti dia pernah nampak patung ini tapi di mana? Dia tidak pasti...

"Saya pernah nampak patung ini. Tapi saya lupa..."

Wajah Luna kelihatan gembira mendengar balasan dari Emily.

"Tidak mengapa. Perlahan-lahan awak boleh mengingatinya." Luna senyum dan menggengam lembut tangan Emily.

****

Hayden membawa Emily ke suatu tempat. Hayden memegang erat tangan Emily. Dia mahu membuat kejutan buat Emily. Bibirnya tidak berhenti senyum.

"Awak nak bawa saya ke mana ni?" tanya Emily. Pandangan dia gelap kerana ditutup dengan kain hitam oleh Hayden. Dia juga merasa sedikit sejuk apabila angin menampar tubuhnya. Dia terasa memijak permukaan yang lembut dan rasa seperti kakinya sedikit tenggelam.

Pasir...

Pantai? Tetapi dia tidak mendengar bunyi ombak...

Tiba-tiba penutup matanya dibuka perlahan oleh seseorang. Dia tergamam. Apabila melihat Hayden berlutut sambil menghulurkan sejambak bunga yang di dalamnya diselitkan sekotak cincin. Emily menutup mulut. Air matanya mengalir kerana terharu.

Tiga Minggu Kemudian...

Hari yang dinantikan telah tiba. Di mana sepasang kekasih bercinta disatukan sebagai suami isteri. Emily cantik mengena buasana gaun pengantinnya bersama bridesmaid dia.

Gambar sekadar hiasan


Gambar sekadar hiasan

Casa Puan Mariana juga dihias cantik. Di dalam mahupun di luar rumah agam itu.


           Gambar sekadar hiasan

   Meja Tetamu

Tetamu mula ramai tiba dan duduk di tempat masing-masing. Mereka terpesona dan kagum dengan hiasan meja tetamu dan rumah agam itu. Rebbeca dan Rose menambahkan dan mencantikkan dengan menggunakan kuasa sakti mereka. Dia menolong yang lain kerana tidak sampai tempat yang tinggi dan menampakan sedikit kemas dan bersinar. Sempurna itu yang Rebbeca dan Rose mahukan di majlis anak buahnya.

Emily diiring oleh Hector menunju ke arah Hayden yang berada di hadapan paderi. Emily tertunduk sedikit ke bawah kerana malu. Kerana lelaki itu tidak berhenti merenung dia sedari tadi. Hector sudah lama berlalu meninggalkan pengantin perempuan bersama pengantin lelaki.

Paderi membaca kitab dan menerangkan tentang hubungan dalam perkahwinan. Hayden dan Emily mendengar dengan tekun dan sesekali bersuara dan menganggukkan sedikit kepala ke bawah. Setelah sesudahnya paderi beri ucapan dan mengumumkan mereka sepasang suami isteri. Hayden mengeluarkan kotak baldu dalam kocek seluarnya. Saat Hayden mahu menyarungkan cincin. Emily menghulurkan tangannya.

   Terlihat kuku dia yang cantik dihiasi manik berlian dan bersinar menambah seri pengantin.




Emily tergamam apabila melihat
sebentuk cincin berlian itu. Sangat cantik! Kalau hilang, mahu dia menangis 100 hari 100 malam ni!

Hayden senyum sinis.

"Ini semua ada bayaran semula. Saya akan tuntut malam ini," bisik Hayden dicuping telinga kanan Emily.

Kejung badan Emily mendengarnya. Seketika kemudian dia tersenyum sinis kembali. Emily mencapai cincin lelaki yang diberikan oleh Bella kepadanya. Perlahan tangan kekar itu dipegang dengan sedikit gementar dan disarung dengan tenang.

Baru sahaja Emily mahu menangkat wajah. Hayden pantas mendakap tubuh Emily dan mengusap lembut bibir merah jambu isterinya dan mengucup. Para tetamu bersiul nakal dan bersorak. Mereka akhirnya menjamu selera.

Malam menutup tirai.

                    *****

Pagi itu kelihatan Emily berada di dalam dakapan suaminya. Suasana yang sejuk dan di susuli bunyi burung berkicau begitu mendamaikan hati Emily. Dia tersedar dari tidur. Dia menoleh ke arah Hayden yang masih nyenyak tidur. Dia mengusap perlahan sisi wajah suaminya. Dia turun dari katil dan menunju ke dalam bilik air.

Baju T-Shirt dan seluar panjang disarung pada tubuhnya. Dia mahu bersenam di sekitar luar rumah agam itu. Dia menapak keluar rumah.

Emily berlari beberapa pusingan keliling rumah agam itu. Setelah penat dia berhenti dan membuat regangan otot. Sedang dia buat senaman itu, tiba-tiba tubuh dia diangkat dari atas dan terapung di udara. Dia meronta-ronta kuat ingin melepaskan diri tetapi tidak berjaya.

Tidak lama selepas itu, tubuh dia dihempas dari atas ke bawah. Boleh tahan ketinggian dia dilepaskan oleh seseorang itu. Emily mengerang kesakitan. Dia memandang wajah orang yang menculiknya. Dia?

'Dia' mendarat ke bawah dengan selamat. Raut muka dia begitu marah terhadap Emily. Pantas dia meluru ke arah Emily dan menendang kuat badan gadis itu yang sedang terbaring. Emily tercampak jauh sehingga anggota badannya berlaga dengan dinding batu sebuah istana lama. Emily mengerang kesakitan. Wajah dia penuh luka-luka. Dia tak berdaya untuk melawan. Hanya tangan kiri dia tergapai-gapai  supaya Julia berhenti memukul dia. Ya. 'Dia' itu adalah Julia. Julia menyepak kuat tangan kiri Emily. Emily meraung.

"Engkau pengkhianat, Emily!" marah Julia lantang.

Emily yang sedang merangkak hendak bangun ditendang lagi sekali dan ditumbuk. Emily cuba melawan tetapi dia gagal. Akhirnya dia jatuh ke tanah. Nafas dia begitu kencang. Perit sakit yang dia tanggung sukar digambarkan.

Julia mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Selepas itu, dia mengetuk kuat kotak kecil yang tebal itu.

Emily yang ingin bangkit tercampak ke dinding bila gelombang itu menghentam badannya. Julia mencampak kotak kecil itu ke tepi. Dia menggunakan kuasanya. Lalu tubuh Emily terapung di udara. Julia membuka baju belakang Emily sedikit ke atas. Tapak tangannya dihala ke arah tulang belakang Emily.

Emily menjerit-jerit kesakitan apabila terasa belakang badan dia seolah dibakar. Julia yang hampir kehilangan kuasa cuba lagi mencari dan mengeluarkan kuasa ahli sihir Emily. Menitik air mata Emily menahan kesakitan.

"Keluarkan kuasa engkau! Tunjukkan! Engkau pengkhianat!" Emily memandang pelik ke arah Julia. Dia betul-betul tidak faham apa yang Julia cuba sampaikan. Dia tidak dapat keluar kerana semua jalan ditutup oleh Julia.

Puas dia menyeksa dan tidak dapat apa yang dia inginkan. Tubuh Emily dicampak dalam telaga yang boleh dikatakan begitu dalam. Dia terbatuk kecil apabila dada dia perit sebab terhentak.

                  


Bersambung...

1219 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro