Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Witches 🔮 Bab 11

Ia bermula dengan rindu dan keinginan.

Ia bermula dengan darah dan perasaan takut

Ia bermula dengan penemuan...
Ahli sihir...


Dahulu, dunia kami dipenuhi dengan keajaiban tapi sekarang ia menjadi milik manusia.

Makhluk seperti kami bersembunyi daripada pandangan manusia dan takut dijumpai.
Kami berasa cemas walaupun sesama sendiri.

"Setiap pengakhiran pasti ada permulaan baharu."

Emily yang masih dalam keadaan memeluk Hayden di datangi oleh Rose dan Rebbeca. Mereka berdua kehairanan apa yang berlaku pada Hayden. Tiba lama selepas itu, Hektor dan Bella juga berada di situ.

Emily bangun berdiri. Dengan tangisan dia berkata kepada sang Dewi.

"Dewi... Tolong aku. Sembuhkan Hayden, walaupun apa pun terjadi. Aku sanggup," rintih Emily dalam esakan.

Muncul satu cahaya dari langit berwarna oren. Cahaya yang terang itu menyilaukan pandangan mata mereka yang berada di situ. Tangan di angkat naik menghalang silauan dari menerjah kornea mata. Tiba-tiba kedengaran suara seseorang bertanya.

"Engkau sanggup menerima apa juga yang akan berlaku kepada engkau?" soal Dewi Cahaya.

Emily mendongak memandang ke atas. "Ya. Aku rela, meskipun nyawa aku jadi taruhan."

"Baiklah. Kalau itu yang engkau pinta. Serahkan darah engkau kepadanya. Dia akan sembuh seperti biasa. Tetapi ingat! Selepas ini, dia tidak mungkin dapat bertahan menghisap darah engkau seperti sebelum ini dia mampu bertahan." Terang Dewi dengan tenang.

Mereka yang lain memandang sesama sendiri dan menoleh ke arah Emily. Mereka risau akan keselamatan gadis itu. Emily segera mendapatkan Hayden.

"Gigit saya dan ambil darah saya, cepat!" arah Emily tegas.

Hayden pada awalnya menolak kerana tidak mahu orang yang dia sayang sakit. Akhirnya dia mengalah apabila Emily berterusan memaksanya. Dia juga tidak mampu bertahan lama terasa nyawa terputus dari badan. Dia membenamkan gigi taringnya pada leher Emily. Dia menghisap rakus darah Emily sehingga dia rasa bertenaga dan segar. Lukanya pun perlahan mula menutupi. Hayden mengerling sedikit ke arah Emily. Muka gadis itu pucat dan lemah. Tubuh Emily jatuh melurut sempat disambut oleh Hayden dan dibawa ke dalam rumah. Hayden mengarahkan Hektor dan Bella mengambil bekalan darah yang banyak untuk Emily. Lalu kedua-duanya segera meninggalkan tempat itu.

Perlahan Hayden meletakkan tubuh Emily di atas tilam katil itu. Dia melabuhkan punggung di sebelah kiri Emily. Tangan naik membelai rambut panjang gadisnya. Tidak terucap betapa dalamnya cinta dia pada si kekasih hati. Sanggup bergadai nyawa demi dia.

Hektor dan Bella datang terus membuat kerja mereka. Selesai mencucuk jarum dan tiub getah di tangan Emily dan menampal plaster, Hektor mengantungkan pek darah di atas tiang besi seperti apa yang berlaku di hospital.

Mungkin Hektor ada cita-cita untuk menjadi doktor tetapi tidak kesampaian. Kerana mereka tidak bentah bau darah yang menusuk ke dalam rongga hidung mereka bertiga. Hayden mudah mengawal tetapi tidak kepada Hektor dan Bella. Hektor dan Bella mendesis dan serentak itu taring keduanya keluar. Hektor dan Bella cepat berundur ke belakang. Riak wajah Hayden kelihatan tenang seperti tidak risau dengan keadaan Bella dan Hektor. Ya. Hanya seketika, apabila si puntianak itu telah dapat menarik nafas dengan lega. Rose dan Rebbeca yang melihat turut berasa kasihan. Pasti susah buat keluarga puntianak itu.

Hayden senyum nipis pada makcik-makcik Emily. Mereka setia menunggu Emily sedar dari pengsan. Hayden menggosok kedua telapak tangannya. Perasaan risau masih belum surut dalam hati dia.

'Bangun, Emily. Saya rindu awak.' Bicara Hayden dalam hati.

Tubuh Emily, masih tidak bergerak. Kaku.

"Ini air suam untuk lap badan Emily, kan makcik Rose?" soal Hayden dengan mata terpaku pada barang di tangan wanita itu.

"Ya," jawab makcik Rose dengan riak muka kebingungan.

Hayden menghulur tangan.

"Saya buat..." Hayden berkata sambil melemparkan senyuman.

Makcik Rose tersentak seketika sebelum dia turut membalas senyuman lelaki itu.

"Terima kasih, Hayden..." ucap Makcik Rose terharu. Beruntung anak buahnya ada yang sangat menyayangi dia.

"Tidak perlu, makcik Rose. Saya yang patut ucapkan itu pada Emily." Hayden tersenyum hambar dan melabuhkan duduknya di sisi Emily.

Rebbeca datang memeluk kakaknya. Dia turut mengalir air mata kerana sedikit emosi berbanding dengan Rose.

❦❦❦

Tiada siapa tahu tentang kematian Vivian. Kehidupan di teruskan seperti biasa. Hektor dan Bella datang semula ke rumah Rose dan Rebbeca dengan beberapa beg darah.

"Hello..." sapa Bella sedikit kuat. Dia memandang Hektor yang memerhati sekeliling rumah.

"Rasa lawak... Kita datang rumah musuh," tutur Hektor dengan nada bergurau.

Tiba-tiba... Pintu rumah terbuka dari dalam. Muncul Rose yang berada di situ dan menjemput tetamu masuk ke dalam rumah milik keluarga mereka.
Masuk sahaja Bella dan Hektor. Lagi sekali Hektor terkejut apabila daun pintu itu tertutup dengan sendirinya.

Hektor tergamam. 'Rumah ini ada hantu?' desis dia dalam hati.

"Rebecca ketawa melihat reaksi muka Hektor. Rumah ini 'berhantu' boleh bergerak sendiri. Lihat sahaja tingkat atas boleh buat kawasan lagi panjang dan terbelah beberapa bahagian. Mudah orang-orang ingin datang menginap di rumah kami," jelas Rebbeca panjang lebar dan sedikit bergurau.

"Ini rumah ahli sihir, bukan puntianak ataupun syaitan. Sudah semesti semua barang boleh bergerak dengan kerana kuasa magik."

Rose membetulkan kenyataan adik perempuan dia itu. Adik dia suka sangat mengusik dan menakutkan tetamu yang datang. Walaupun dari keturunan puak ahli sihir, mereka tetap takut dengan apa yang di katakan oleh Rebbeca. Dia menggeleng kepala dan tersenyum.

"Oh..." Bella dan Hektor ketawa janggal. Hektor membuang nafas sebelum bergerak ke arah sofa dan duduk di atasnya.

"Hati-hati duduk."

Hektor terkejut dengan suara asing yang menyapa telinganya. Terburu-buru dia bangun dan jatuh tersungkur ditepi sofa tersebut.

"Alamak, sorry! Saya tidak sengaja membuat awak terkejut," ujar seekor burung putih yang berada di sebelah sofa itu.

"Burung boleh bercakap?" tanya Hektor dengan wajah tidak percaya.

Rose, Rebbeca dan Bella ketawa melihat telatah Hektor. Sungguh comel. Biasa Hektor sentiasa menunjukan wajah yang beku seperti bapa sedaranya. Susah senyum dan mesra dengan orang yang tidak dia kenali. Kini, Bella merasakan Hektor sudah matang dan pandai menyesuaikan diri dengan keadaan yang mendatang. Dia tersenyum bangga. Air kopi di atas meja diambil dan dihirup perlahan.

"Sedapnya, air kopi makcik." Puji Bella ikhlas.

Kembang hidung Rebbeca apabila orang memujinya.

"Biasa-biasa sahaja, Bella." Rebecca berkata sambil tersengih malu.

"Bella dan Hektor bilik kamu berada di tingkat dua. Berehatlah, sudah tentu kamu berdua keletihan dengan perjalanan yang jauh tadi, bukan?"

Bella menoleh ke arah pandangan makcik Rose. Mereka melihat Hektor sudah menguap beberapa kali dengan mata yang terpejam. Bella menganggukkan kepala.

"Hektor, mari kita masuk ke dalam bilik yang makcik Rose dan Rebbeca sediakan. Tak elok tidur di sini. Tak sopan," tegur Bella perlahan.

Hektor mengikut langkah Bella menunju ke anak tangga yang dibawa oleh Rose. Rebbeca memandang sambil tersenyum di atas kerusi meja makan. Dia rasa gembira dengan suasana baru ini.

Bersambung...

1074 words

###

Hye guys! Stay at home. Semoga kita semua selamat dari Corona virus. Aamiin.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro