Bab 7
Penat aje beli baju baru.
Umair Wajdi kena pergi Kuala Lumpur pula.
Dah laaa Dutch celup tu buat hal lagi hari ni. Semua hadiah yang aku bagi, dia terima... Bukan tak terima. Aku ajak lunch pun, dia bersetuju nak pergi lunch... Tapi...
"Kita boleh pergi lunch but... Still it won't change my decision."
Ya Allah.
Tetap sungguh iman Dutch celup ni.
"I think, Encik Zahier... If you fall in love, you will be the most loyal lover dalam dunia ni."
"After all, the Dutch memang yang paling loyal dalam dunia pun..."
Dahlah sejenis yang perasan...
Lepas tu menyakitkan hati.
Sengaja nak mengurangkan iman aku!
Ah, stres!
"I really admire your effort dan kita tak boleh nak tolak rezeki, kan? Tapi, saya tak boleh pergi lunch esok. Why not, esoknya?"
Terpaksalah... Aku setuju. Mana tahu, aku boleh pujuk lagi waktu makan nanti. Nasib baik juga Umair Wajdi tak tangguh ke hari ini, kalau tak... Melepas aku kali kedua. Masuk ketigalah sebab esok dia nak pergi ke Kuala Lumpur tu. Apalah... Nasib!
Sepuluh tahun aku tunggu...
Sehingga saat terakhir pun, masih tak tercapai juga salah satu wish list aku tu. If it meant to be, it will be. Tunggu sajalah!
"Amboi... Sanggup. Beli bunga, beli coklat nak pujuk Dutch celup tu."
"Awak yang cakap dengan saya, bagi bunga dan minta maaf. Saya dah bagi bunga, dia kata saya ada effort yang bukan-bukan. Tu yang saya bagi coklat dan ajak dia lunch. Ingat boleh selesai hari ini, tak boleh juga. Terpaksa pujuk, bukannya ikhlas pun."
"Dengan saya pun awak tak pernah pujuk sampai macam tu sekali."
"Awak tak pernah merajuk pun, macam mana nak pujuk?"
Umair Wajdi ketawa. "Haah, eh... Saya rasa dah terlewat untuk saya merajuk sekarang."
"Terlewat kenapa pula?"
"Yalah, saya nak pergi KL. Mungkin lepas balik dari KL saya akan merajuk dengan awak buat selamanya."
"Jenuh nak pujuk kalau macam tu!"
"Kalau macam tu, saya merajuk sekarang... Balik KL nanti awak kena pujuk saya."
"Hah... Merajuk pun boleh beritahu ke?"
Umair Wajdi ketawa lagi. Kemudian dia menghela nafas dan senyum. "Oh, Safa Auliya... I will miss you, so much."
"KL aje pun."
"Rasa macam lama kali ni."
"Semalam aje, kan?"
"Semalam pun macam rasa seribu malam..."
Aku senyum.
Haih.
Selalu macam ni, kan. Tak pernah nak cakap secara serius tentang perasaan. Selalunya ada double meaning macam ni. Apa salahnya, cakap saja...
Safa Auliya... I love you.
Huh.
Boleh meletup jantung aku!
Tapi...
Sekali cakap, jadilah...
Sekali aje.
"Sepuluh tahun kita kenal... Pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun baru."
"Kan..."
"Ingat tak masa kat universiti dulu..."
"Tempat jatuh lagi kan dikenang, Umair... Gila tak ingat!"
"Awak sengaja kan jatuh depan saya, supaya saya kena angkat awak?"
Heh...
Bedebuk aku jatuh masa tu.
Mana tak jatuh, licin kot. Aku tak perasan, ada air di laluan aku dan aku nak cepat. Terlambat bangun pula, terlambat nak ke kelas. Lagipun, sejuk. Masa tu, hujan lebat... Sedaplah tidur.
Akhirnya...
Cempedak jadi nangka.
Bedebuk jatuh macam nangka busuk, elok pula tu jatuh depan seorang lelaki yang elok!
"Ehhh... Saya dah cakap, saya tak ada apa-apa, yang awak angkat saya, kenapa? Awak tu yang cari kesempatan, kan?"
Umair Wajdi ketawa. "Saya takut awak cacat aje nanti. Tak pasal awak pula salahkan saya, gara-gara awak tempang sebab saya tak tolong awak."
"Eleh..."
Aku pun ketawa.
"Nasib masa tu awak ringan sikit tau."
"Ohhh, sekarang awak nak kata saya gemuklah?"
"Bukan. Saya nak kata awak bahagia."
"Pandai, eh..."
Lepas tu...
Aku dan dia, tak pernah berjarak. Dia pun tak beza banyak tahun dengan aku. Beza setahun saja. Kebetulan dia orang Ipoh, aku pun orang Ipoh. Dia dapat kerja di Ipoh dulu, lepas tu aku pun sama. Dia rajin sikit... Dia ambil sampai PhD sambil kerja... Aku setakat ijazah sudah. Tu yang dia jadi lecturer... Aku jadi marketing officer. Memang sekejap saja rasanya, hubungan ini sudah sepuluh tahun. Tak sedar bila yang timbul perasaan terhadap Umair... Tup-tup aku tulis dalam wish list aku yang aku nak kahwin dengan dia.
Setahu aku...
Cinta adalah seperti itu.
Tak sedar.
"Oh... I really miss the good old days, Safa."
"Me too..."
"Apa agaknya perkara yang awak tak boleh lupa tentang saya?"
"Hmmm... Hari yang saya nampak papa dengan perempuan lain. Walaupun awak sepatutnya mengajar, tapi awak tangguhkan kelas, awak datang jumpa saya... Tenangkan saya. Awak bersabar dengan saya. Awak tak berganjak walaupun saya macam orang gila. Dahlah masa tu papa tak bagi saya berkawan dengan awak... Tapi, awak tetap aje jadi kawan saya. Hari tu awak ambil tempat papa saya. Hari tu pasal awak... Memang saya tak akan lupa."
Umair Wajdi tersenyum. "Mana mungkin saya boleh ganti tempat papa awak..."
"Awak lebih baik daripada dia. Buktinya sepuluh tahun pun, awak masih bersama saya."
"Sebab saya tak berpeluang untuk jumpa orang lain selain awak. Awak tu... Queen control."
"Cehhh!!!"
Hari tu, kalau Umair Wajdi tak halang aku... Aku mungkin akan hilang entah ke mana. Nasib baik aku yang nampak... Kalau mama yang nampak? Tapi tak sangka... Mama pun dah tahu yang papa ada perempuan lain. Haih, papa... Pijak semut pun tak mati.
"Apa pula yang awak tak boleh lupa tentang saya?"
"Tentang awak?"
"Yalah..."
"Saya tak boleh lupa semuanya tentang awak, Safa. Boleh jadi gila kot kalau lupa semuanya."
"Eleh..."
"Saya ingat warna tudung awak... Sewaktu pertama kali kita jumpa. Warna biru gelap. Awak jatuh terjelepok depan saya dan awak tanya saya... Tudung saya okey tak?"
Aku ketawa. Paling pantang tudung terpeleot... Bukan ingat kaki yang terpelecok tu!
"Saya ingat awak cakap... Perfect. Walhal, tudung tu dah senget. Pin di bawah dagu dah duduk di atas kepala!"
Umair pun ketawa. "Manalah saya tahu pasal tudung. Bukannya saya pakai tudung. Kot laaa pin di atas kepala tu, style masa tu."
Stylelah sangat...
Hodoh kot masa tu!
"Saya ingat our first movie together."
"Cerita apa, eh?"
"Harry Porter."
"Haaa... Ya... Ya dan awak tidur."
"Saya bukan tidurlah. Saya tengah mimpi jadi Harry Porter."
"Poyolah awak, Umair."
"Betul. Buktinya saya tahu ending."
"Sebab awak ada bukunya. Awak sanggup baca buku tu sebab awak tahu saya minat Harry Porter. Lepas tu, awak sengaja nak spoilkan movie tu, kan?"
Umair Wajdi tergelak. "Mana awak tahu saya ada buku tu?"
"Kan saya tolong awak kemas rumah sewaktu awak nak pindah ke rumah baru awak tu."
"Habislah rahsia saya."
Aku tersengih. "Apa lagi?"
"Tangisan pertama awak untuk saya..."
"Hmmm... Sewaktu awak kena denggi. Platlet darah awak turun sampai 20."
"Habis semua nyamuk dan keturunannya awak maki..."
"Tak pernah tahu macam mana nak siang ketam. Masa tu saya pandai siang ketam dan masak sup yang tak sedap tu."
"Sup tu yang paling sedap yang pernah saya rasa seumur hidup saya."
"Bab ambil hati... Awak memang nombor satu, Umair."
"Bab curi hati... Awak pula nombor satu, Safa."
"Saya curi hati awak? Mana ada!"
"Ada. Awak dah letak dalam salah satu jar awak tu. Dan... Saya tak pernah jumpa seorang perempuan yang mempunyai sangat banyak koleksi jar yang berkategori."
Aku tergelak.
"Tak pasal saya pun terjebak sekali gara-gara awak hadiahkan saya sebuah jar tu. Tak pasal juga saya kena buat wish list dan berjanji untuk sempurnakan dengan awak. Awak ni, sangat berpengaruh tau dalam hidup saya. Saya tak akan pernah lupa tentang awak... Dan berharap awak tak akan lupakan saya bila saya tak ada nanti."
Dahi aku berkerut...
"Tak ada ke mana?"
"KL la..."
"Benda lama sehari aje... Tak payahlah cakap macam nak pergi selamanya."
Umair senyum.
"So..."
"Apa?"
"Kalau saya merajuk, saya tak nak awak bagi saya jar tau. Saya nak awak bagi saya bunga dan coklat juga."
"Ya Allah... Saya ingatkan topik ni dah habis."
"Mana selesai lagi."
"So, betullah ni nak merajuk?"
"Haah... Balik KL nanti awak kena pujuk saya tau."
"Yalah, Encik Umair Wajdi... Balik nanti saya tunggu awak dengan bunga dan coklat."
"Tak nak coklatlah... Saya tak makan coklat. Cukup hanya bunga. Bunga tabur..."
"Banyaknya songehhh..."
"Sekali seumur hidup."
"Yalah..."
"Love you, Safa Auliya."
Terus aku...
Errr...
"Jom balik... Mak tiri kat rumah awak tu dah tunggu!"
Cepat aje Umair Wajdi cover!
Tapi, aku rasa... Aku tak silap dengar kot. Tak apalah... Dua hari tunggu, dua harilah... Perkataan love you untuk sepuluh tahun punya tunggu dah dapat. Cukuplah... Jangan tamak.
Heh!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro