Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 3

The Dutch!

Dutch celup!

Kalau Belanda tu... Belanda juga. Walaupun celup. Dia nak dia juga. Nasib baik, meeting dulu melalui telefon. Kalau jadi jumpa tadi... Aku cekik-cekik juga potential client tu. Ini pun dah rasa nak masuk dalam telefon tu.

"Offer kita dah tetap dah, Encik Zahier."

"Cik Safa dah baca ke belum proposal saya?"

"Dah. Tapi Encik Zahier... Outlet tu besar. Harga sewaan tu dah tetap. Tak boleh nak bagi harga sewaan ikut outlet kecil."

"That's why, I offer to you... Tiga tahun advance rental. Bukan tiga bulan, Cik Safa."

"Tak boleh, Encik Zahier.

"The Dutch don't offer twice."

"So are we!"

"Then so be it. Nasib baik saya telefon dulu, kalau saya datang kat tempat awak dan begini tawarannya... Buang masa aje."

Macam aku ni tak ada kerja lain nak melayan panggilan dia. Tak pasal gara-gara dia... Aku kena menghadap bos aku, Encik Rahmad. Terus mood aku swing sebab...

"Awak faham tak Safa bila saya cakap, akaun ni penting... Maknanya akaun ini sangat penting. Ke awak dah tak faham cakap bahasa Malaysia? Nak tukar pi bahasa Belanda ke?"

Eh!

"Hmmm... Saya faham bos tapi, almost 20% kita loss on rental kalau kita bagi dia sewa ikut harga outlet kecil."

"Itu on rental, itu yang awak nampak. Awak tak nampak... Dia bersetuju nak sponsor setiap event kita, participate on monthly sales sampai 90%, belum lagi nak buka booth pameran kat luar tu."

Aku terus... Terdiam. "Saya tak tahu pun ada deal macam tu. Tak ada dalam proposal pun, Encik Rahmad."

"Sebab tu saya kata... Deal aje terus. No question to ask. You know Safa, the Dutch won't take no for an answer."

Huh...

Semua main the Dutch sekarang ni...

Apa kes?

"Call dia. Set up another meeting."

Tapi...

The Dutch don't offer twice!

Macam mana?

"Safa... To get some, you have to lose some. A simple basic investment, Safa. Berapa kali nak ajar? Saya suruh awak balik kerja dengan papa awak... Baru awak tahu!"

"Eh..."

Manalah aku nak tahu, Encik Rahmad ada deal lain! Tak pasal-pasal aku kena marah. Sekarang ni, macam mana aku nak set up another meeting? Mampus kena maki. Aku tak nak syarikat rugi, ended up... Aku yang rugi. Macam mana aku boleh tertinggal informasi penting tu? Encik Rahmad yang deal sendiri... Lepas tu tak beritahu aku, bukan aku yang salah kalau tak tahu. Zahier Adam pun tak cakap, cuma cakap hal advance rental tiga bulan.

Terpaksalah aku...

"Helo, Encik Zahier... Saya Safa from..."

"Yes, I know... Cik Safa. Kalau awak telefon nak cakap pasal outlet tu, my decision is final. "

"Tapi, Encik Zahier..."

"Thank you. I must go..."

"Saya tak tahu yang..."

"Bukan masalah saya. I really need to go."

Terus dia tutup panggilan. Aku... Tercengang. Ya Allah... Kekwatnya Dutch celup ni! Baru kerja dengan syarikat Belanda, belum berketurunan Belanda lagi dah poyo!

Gara-gara dia, mood aku terus tak elok laaa jadinya!

"Hai..."

Agak petang sikit, Umair Wajdi sampai. Hilang terus dah malu dengan Umair Wajdi selepas sakit hati dengan Dutch celup tu. Tapi sejuk juga hati ni bila Umar Wajdi senyum menjemput aku.

"Hai..."

"Sorry lambat."

"Tak apa. Sebab dah beritahu awal, tak jadi nak marah."

"Sebab saya tahu awak tak suka menunggu, tu yang saya beritahu awal. Kalau tak, muncung tu boleh gantung hanger."

"Cakap orang, awak pun dua kali lima. Kita ni macam kembar tau. Banyak persamaan daripada perbezaan."

"Sebab tu awak melekat dengan saya selama sepuluh tahun ni."

"Saya? Bukan awak ke?"

Uwair Wajdi ketawa. Aku masuk ke dalam kereta. Dia pun.

"So, kita nak dinner kat mana?"

"A special place."

"Mamak pun special juga."

"Mamak pula? Ada sebuah restoran ni... Kawan saya cakap, sedap. Kawan saya tu, dia bukan orang sini... Tapi, satu Ipoh ni dia tahu, kat mana sedap nak makan."

"Dia orang mana?"

"Dutch. Belanda."

"What?!!! Kita makan mamak sudah. Mesti tempat tu tak sedap. Orang Dutch ni... Tak ada taste, langsung. Tak payah nak percaya. Samalah dengan Dutch celup tu. Baru kerja dengan syarikat Belanda... Perangai pun dah sama Belanda!"

Automatik...

Terus aku naik angin.

Tak boleh betul nak dengar perkataan Dutch tu. Tercengang-cengang Umair Wajdi. Tak pasal, dia terpaksa mendengar aku membebel pasal Dutch celup tu. Daripada gerak pergi, sampai nak gerak balik... Tak habis. Elok sangatlah Fiona bagi nama tu. Memang sesuai sangat pun.

"Sabar..."

"Mana boleh sabar. Tak boleh sabar."

"Nanti tak pasal, awak pula yang jadi macam orang Dutch yang tak boleh bersabar."

Aku terdiam. Sedikit menghela nafas. Penat. Yalah, membebel tak berhenti. Makan pun, tak kenyang. Tak tahulah, sedap ke tidak tadi. Masuk telan... Masuk telan. Lilin yang menyala di tengah-tengah antara aku dan Umair Wajdi tu... Siap aku hembus dan suruh pelayan clearkan meja. Nak bercakap... Payah! Rajin pula pelayan restoran ni set up kan meja macam meja pengantin pula. Dahlah restoran tu kosong, tak ada orang. Sahih tak ada kerja sangat dah tu.

"Sekarang, bos nak suruh buat second meeting. Mamat ni tak nak second meeting dah. The Dutch don't offer twice. Pigidahhh! Nama dahlah sedap, Zahier Adam... Tapi, perangai tak semenggah langsung!"

Sempat lagi nak mengejek.

Lepas tu...

"Matilah nakkk... Mesti diberhentikan kerja. Lepas tu nak kerja kat mana? Nak mengajar macam awak, tak pandai..."

"Kerja dengan papa awak?"

"What? Dia akan gelakkan saya separuh matilah, bila sirih pulang ke gangang!"

"It's time, Safa. Untuk berbaik-baik semula dengan papa awak tu. Kalau tak, bila lagi?"

"Never, Umair... Never."

"Kena fikirkan sebab he is your wali..."

Aku...

Merengus.

"It's not a solution, Umair."

"Okey... Okey. Kalau telefon, dia tak nak layan. Esok awak pergi jumpa Encik Zahier tu, bawa bunga dari kedai Ummi dan minta maaf. Selesai. Kan?"

"Bunga?"

"Yes. Dutch loves flower. Mereka ada satu Keukenhof, tempat yang awak teringin sangat nak pergi tu... Nak tengok bunga tulip. Mesti mereka suka bunga."

"Hmmm... Okeylah. Saya cuba. Eh, sekejap aje dah sampai rumah. Esok awak ambil saya lagi ke?"

"Insya-Allah. Kenyang tak tadi?"

"Entah. Tak sedar pun bila makan. Tup-tup habis, tup-tup sampai rumah. Awak kenyang ke?"

"Kenyang makan Dutch aje daripada tadi."

Aku tergelak. Teruk betul aku ni. "Sorry... Tak senang awak nak makan, asyik dengar saya membebel aje."

"Tak apa. Saya suka."

"Okey, nanti saya rekod eh. Jimat dah awak, tak perlu keluar duit nak makan. Restoran tadi pun tak ada orang, kan? Sahih tak sedap. Tu laaa saya kata, jangan percaya dengan Dutch."

Umair Wajdi ketawa. "Awak ni kan, Safa..."

"Awak boleh ketawa pula. Saya memang palang dah dengan Dutch ni..."

"Tapi awak kan suka bunga tulip."

"Dutch flower, okey? Bukan Dutch celup!"

Umair Wajdi tergelak. "Jangan palang sangat. Nanti awak yang susah nak angkat palang tu."

"Nak angkat palang untuk apa?"

"Mana tahu, Safa... Dunia kan bulat. Silap hari bulan hanya dia saja yang boleh tolong awak... Mana tahu?"

"Kenapa dia... Bukan awak? Awak selalu ada untuk saya... Selalu tolong saya. Awak dah jemu eh nak tolong saya?"

"Eh tak, bukan macam tu..."

"Habis tu macam mana?"

"Macam ni, cakap banyak pun tak guna. Awak tengah bengang. Nanti tak pasal, tengah marah dengan orang Belanda berkait pula dengan orang Malaysia. Awak masuk, awak mandi, awak solat... Lepas tu, awak tidur dan mimpikan saya. Esok saya datang jemput awak macam biasa. Okey?"

"Nasib baik ada awak... Kalau tak, saya dah bom Belanda tu."

Masuk saja rumah...

"Mana? Manaaa cincin?"

"Hah? Cincin apaaa?"

"Umair lamaq hang, kannn? Sebab dia suruh aku gubah bunga ros merah dan suruh aku hantaq kat restoran Lah Parra. Orang restoran tu kata, Umair siap tempah satu restoran sebab nakkan privasi. So, mana cincinnya?"

Dan aku...

Tersentak!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro