06
"Yeseo, Tuan Jung panggil masuk bilik dia,"
Yeseo yang sedang sibuk menghadap komputer itu mengangkat wajahnya dan memandang Nakyung yang baru keluar dari bilik CEO mereka itu.
"Aku?" soalnya tidak percaya.
"Ya lah, kau. Lee Yeseo ssi," ujar Nakyung.
Yeseo bangkit dengan penuh debaran. Jarang sekali dirinya dipanggil oleh CEO mereka.
"Yaa, kau rasa kenapa? Aku ada buat salah ke eh?" Yeseo sedikit risau.
Nakyung tersenyum mendengar itu. Kelakar pula bila melihat wajah gusar Yeseo.
"Aniya. Kau tak ingat ke? Kau kan akan gantikan Irene Unnie jadi secretary sementara arkitek baru kita tu,"
"Ah, aku baru teringat," kali ini Yeseo sudah mampu tersenyum.
Baru dua minggu lepas dia dimaklumkan yang dirinya perlu menggantikan Irene sebagai setiausaha arkitek baru syarikat mereka. Ianya kerana Irene sedang dalam cuti bersalin buat masa itu.
"Pergi lah masuk cepat. Jangan terkejut pula bila tengok muka arkitek baru tu," pesan Nakyung.
"Kenapa?" soal Yeseo ingin tahu.
"Pergilah tengok sendiri,"
Yeseo sempat menjeling Nakyung sebelum dia melangkah ke arah bilik CEO mereka. Dengan penuh gemuruh, pintu bilik diketuk dan dia masuk bila suara Tuan Jung mengarahkannya berbuat demikian.
"Tuan,"
"Masuk Yeseo. Saya nak kenalkan kamu dengan arkitek baru kita,"
Yeseo melangkah masuk dan matanya terbuntang melihat gerangan yang sedang duduk di hadapan Tuan Jung itu. Begitu juga dengan lelaki itu.
"Eo?"
"Kita berjumpa lagi," lelaki itu tersenyum.
"Kamu berdua dah kenal?" soal Tuan Jung hairan.
"Yeseo ni kawan sepupu saya Tuan. Baru dua hari lepas kami berjumpa," ujar Yohan yang sebenarnya adalah arkitek baru di situ.
"Bagus lah kalau macam tu. Senang Yeseo nak bekerja di bawah kamu nanti," ujar Tuan Jung sambil tersenyum.
"Harapnya begitu lah," balas Yohan.
"Jadi Cik Yeseo, mari bekerja dengan baik," tangan dihulur.
"Baik Encik Yohan," Yeseo menyambut huluran itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro